BAB 7

Romance Completed 7794

“Afiq awak dah sedar, syukur Alhamdulillah ya Allah”

Umi dan Abahnya mengucap syukur. Cukup terdera hati mereka apabila sudah seminggu Afiq tidak sedarkan diri. Nasib baiklah Zakuan sudah tersedar. Entah macam manalah mereka boleh kemalangan.

“Umi, Afiq nak kahwin”

Datin Saffiyah dan Dato Shawkie begitu terkejut. Pantas uminya menguntum senyuman manis, mujur bakal menantu sudah dicari.

“Abah gembira dengan apa yang kamu ucapkan tadi. Dah sedia la ni?”

Afiq mengangguk, hilang kesakitan yang berada dibadannya. Terasa nak naik pelamin hari ni juga. Hissy, entah apa penangan gadis yang memberi nasihat percuma dalam mimpinya itu.

“Zakuan mana?”Afiq memandang sekeliling wad, dia sudah teringat yang mereka terlibat dalam kemalangan. Punca? Memang sahlah da lupa.

“Zakuan ada kat rumah, Mak Lia tolong tengok-tengokkan, nak balik rumah sewa katanya, tapi tak da yang nak jaga”Afiq mengangguk perlahan. Kesian Zakuan.

Selepas sedar dari tidur lenanya dihospital, Afiq sudah dibenarkan keluar oleh Dr.Niyaz Nukman. Si doctor yang macho dan baik hati, murah dengan senyuman. Afiq sudah tidak sabar berjumpa dengan Zakuan. Hatinya memberontak ingin memberitahu Zakuan yang dia sudah tidak sabar mendirikan rumah tangga.

Sabarlah duhai hati, beginikah perasan insan yang mahu mendirikan rumah tangga? Senyumannya mengiringinya hingga kerumah. Pelik umi dan Abahnya memandangnya. Apa mimpi??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience