BAB 6

Romance Completed 7816

Muncul Dr. Niyaz Nukman dari wad pesakit nombor 22 itu, wajahnya agak putih bersih, tenang dan damai kalau sesiapa yang melihatnya. Untung siapa jadi pesakitnya. Datin Saffiyah dan Dato Shawkie pantas bangun dari kerusi hospital dan bergegas ke arah Dr. Niyaz.

“Dr bagaimana dengan anak kami?”Datin Saffiyah pantas bersuara. Suaranya terdengar begitu sendu. Dato hanya menahan dalam hati. Selepas mendapat panggilan dari hospital sebentar tadi, jantungnya berdebar. Risau melebihi segalanya.

“Saya berharap Dato dan datin bersabar atas ujian ini. Afiq belum sedarkan diri. Lukanya tidak terlalu parah, tetapi memakan masa yang lama untuk sembuh.”

Kedengaran suara Dato Shawkie mengucap rasa syukur.Datin Saffiyah sudah mampu mengulum senyuman. Pantas tangannya mengelap airmata yang ditahan sejak tadi. Sedih Versi gembira.

Dr. Niyaz Nukman segera berlalu meminta diri. Tidak ada perkara yang perlu dibincangkan lagi. Semuanya jelas terang lagi bersuluh.

Dato Shawkie dan Datin Saffiyah segera masuk ke wad dimana Afiq ditempatkan. Sayu hati si ibu memandang anak tercinta bertarung dengan kesakitan. Mujur anggota badannya tidak ada yang patah. Rasa syukur dipanjatkan didalam hati.

Mata dibuka perlahan, silau matanya memandang cahaya putih yang terlalu menusuk ke matanya. Tangannya mengesat perlahan matanya. Pantas memandang ke kiri dan ke kanan. Bingung dia memikirkan, sejak bila berada disitu. Di suatu tempat yang sungguh indah.

“Awak dah sedar??”

Suara halus itu menyapa gegendang telinganya. Pantas kepalanya menoleh kearah seorang gadis berpakaian biru laut duduk tidak berapa jauh darinya. Bertudung litup, ahh!! Ayu sungguh. Gadis itu kemudiannya memandang kearahnya, Cuma sesaat, dia kembali menundukkan wajahnya.

Dia????

Seolah-olah dia pernah mengenali gadis itu. Tapi siapa?? Bingung dia memikirkan hal itu. Macam-macam soalan, satu pun masih belum terjawab.

“Awak siapa?? Dan bagaimana saya boleh ada kat sini??”

Suara serak memecah kesunyian ditepi pantai yang sungguh indah itu. “Awak lemas tadi, abang saya tolong selamatkan”

“lemas??”

Bukankah dia berada dirumah Uminya tadi? Kenapa pula berada di tepi pantai?? Afiq bertambah hairan.

“Awak tak tipu eh?”

“Buat apa saya nak tipu dengan awak, lagipun tadi abang saya kata, sebelum awak lemas awak ada kata yang awak belum sedia nak kahwin, tapi dah terima cadangan umi awak”

Afiq terus terdiam, betul ke bohong? Hatinya berkata betul, otaknya menafikan.

“kalau tak sedia nak kahwin kenapa terima cadangan umi awak tu? Tapi memandangkan awak dah terlanjur menerima cadangan umi awak tu, maka harus diteruskan. Yakinlah, jodoh awak tu mesti baik punya,doa banyak-banyak dengan Allah, jangan meratap.”

Gadis itu memberikan nasihat percuma. Eleh, cakap senang, bukan dia yang nak kahwin pun. Huh! Sakit hati. Padan muka lain kali setuju tanpa berfikir. Nak bagi lupalah, apalah, tengok siapa merana??

“Awak kena yakin dengan diri awak sendiri. Sebenarnya awak ni dah cukup syarat, sedia nak jadi suami pun jelas pada pandangan mata saya ni. Cuma awak masih belum yakin untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Awak lelaki, mesti yakin dengan keputusan sendiri. Dahlah, jangan stresskan diri dengan hal ni. Kan best ada pasangan, boleh jaga segala makan pakai awak.”

Ehh!! Nak je saya lempang gadis ni tau. Tapi cakapnya ada benar juga. Berisi macam ubi. Hurmm, baiklah, baik. Terasa baru diberi motavasi. Mendirikan masjid tu kan satu perkara yang mulia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience