BAB 5

Drama Completed 292

Haslan meletakkan briefcasenya di atas meja. Tubuhnya disandarkan pada sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam. Tugasan yang banyak di pejabat menyebabkan Haslan benar-benar keletihan.
“Awak… buatkan saya air,” seperti biasa Haslan memberikan arahan. Namun kali ini, tiada sesiapa yang menyahut.
Tiba-tiba Haslan tersenyum, teringatkan sesuatu. Lelaki itu lupa bahawa isterinya sudah 2 minggu berada di Mesir. Entah mengapa, dia berasa sunyi berada di rumahnya itu. Tiada lagi bayangan wajah Tia Melia yang tertawa riang tatkala menonton rancangan kartun kegemarannya di televisyen. Haslan tersenyum lagi. Bagaimanakah gadis yang berperangai keanak-anakan itu membiasakan dirinya di negara orang? Haslan merindui usikan-usikan nakal yang dilakukannya terhadap gadis itu. Dia berasa suka tatkala melihat Tia Melia merajuk, sebelum rajuknya hilang sebaik sahaja mendapat semangkuk aiskrim Vanilla kegemarannya. Dia kembali mengimbau zaman kanak-kanak mereka. Sikap Tia Melia semenjak daripada kecil hingga kini memang tidak pernah berubah sama sekali.
Haslan menjengah ke dalam bilik Tia Melia . Anak-anak patung pelbagai saiz dan bentuk memenuhi ruang bilik itu. Dia melabuhkan punggungnya ke birai katil. Matanya tertancap pada anak patung Snow White dan Prince Charming kesayangan Tia Melia . Haslan berkeras tidak membenarkan gadis itu membawa patung-patung tersebut bersamanya ke Mesir. Dialah yang curi-curi mengeluarkan patung-patung tersebut dari dalam beg Tia Melia sebelum gadis itu berangkat pergi.
“Saya rindukan awak,” ujarnya sendirian. Tiba-tiba, dia terpandang ke arah sebuah buku berwarna merah jambu yang diletakkan agak tersorok di belakang deretan anak-anak patung milik Tia Melia . Dengan perlahan, buku itu dicapai. Di bahagian kulit depan buku tersebut, tertulis perkataan ‘My Prince Charming’. Haslan membuka kandungan di dalamnya. Dia tersenyum tatkala menatap gambar-gambarnya bersama Tia Melia yang menghiasi buku tersebut. Gambar-gambar mereka semasa kecil sehinggalah mereka berkahwin.

Tia dh jumpa Prince Charming Tia… Harap hubungan kami kekal selama-lamanya macam Snow White dan Prince Charmingnya…

Haslan terpempan tatkala melihat kandungan terakhir dalam buku itu. Tia mencoret sebaris nota kecil di atas sekeping gambar persandingan mereka.
“Aku Prince Charming dia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience