BAB 2

Drama Completed 292

“You… you janji nak kahwin dengan I. Kenapa tiba-tiba dengan pinky girl tu pulak?” kedengaran suara Maria merengek di hujung talian.
“You… you kena faham. Semua ni atas permintaan papa I. Takkanlah I nak menolak.” Haslan cuba memujuk kekasih hatinya.
“Habis, I ni macam mana? Takkan nak jadi tunggul je tengok you kahwin?”
“I promise… lepas I dapat tawaran kerja kat London tu nanti, I akan tinggalkan dia. Then I akan kahwin dengan you. Kita stay kat sana. Okay, sayang?”
“Promise?”
Belum sempat Haslan menjawab soalan kekasih hatinya itu, ada suara yang berteriak memanggil namanya. Segera dia mematikan talian telefon bimbitnya dan kembali masuk ke dalam butik pakaian pengantin yang dikunjunginya.
“Tia nak baju ni. Barulah nampak macam princess.” Tia Melia menunjukkan ke arah sehelai gaun kembang berwarna merah jambu yang dipamerkan di butik itu.
“What? Euww… mana ada orang pakai gaun macam ni time kahwin. Tak naklah!”
“Adalah… siapa kata tak ada? Siti Nurhaliza pakai macam ni tau masa dia kahwin dulu.”
“Itu Siti Nurhaliza… awak tu Siti Sifir, tau tak?! Nah, awak pakai gaun ni je lah.” Haslan mencapai sehelai gaun putih yang tergantung di sebelahnya. Mata Tia Melia mula bergenang.
‘Oh, God! Dia dah mula dah!’ Sangkaan Haslan tepat. Gadis itu mula menangis dan meraung di dalam butik itu.
“Tia nak jugak gaun tu. Tia tak kira. Kalau abang tak bagi, Tia report kat uncle Hadenan !” ujar Tia Melia sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.

Suara-suara sinis mula kedengaran sebaik sahaja pasangan mempelai melangkah masuk ke dewan besar itu. Haslan ingin lari daripada situasi yang paling memalukan dalam hidupnya itu. Namun, jelingan tajam bapanya membantutkan hasrat pemuda yang kini sah bergelar suami.
“Auww… jambunya Haslan !” kedengaran satu suara berteriak, diikuti dengan gelak tawa daripada para jemputan yang hadir ke majlis persandingan itu. Tia Melia tersenyum manis saat itu. Tangan kanannya memaut kemas tangan Haslan , manakala tangan kirinya memegang sebatang ‘tongkat sakti’ berbentuk hati.
‘Orang lain pegang bunga time bersanding. Yang dia pegang tongkat Sailormoon pulak!’ bentak hati Haslan . Dia mula berasa tidak selesa dalam tuxedo berwarna merah jambu yang dipakainya. Dia berharap agar majlis itu berakhir dengan cepat.
‘Baju pink, pelamin pink, kek pink, red carpet yang sepatutnya warna merah ni pun jadi warna pink. Argghh!!! Aku dah rasa macam pondan je!’

Haslan muncul di muka pintu dengan perasaan berdebar. Meskipun dia tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa terhadap isterinya, namun berdua-duaan dalam satu kamar itu benar-benar menguji keimanannya. Dengan perlahan, dia menghampiri birai katil.
“Eh, eh, eh! Abang buat apa ni?” soal Tia Melia sebaik Haslan merebahkan badannya ke atas katil.
“Buat apa lagi? Nak tidurlah,” jawab Haslan , acuh tak acuh.
“Mana boleh tidur sini. Ni tempat tidur Snow White dengan Prince Charming la,” ujar Tia Melia lantas menolak tubuh Haslan . Dia mengambil dua anak patung lalu dibaringkan di atas katil yang sepatutnya menjadi tempat peraduan Haslan . Amarah Haslan mula meluap-luap.
“Habis, saya nak tidur di mana?”
“Tuu…” muncung bibir gadis itu dihalakan ke atas sebiji bantal dan sehelai selimut yang diletakkan di atas lantai.
‘Gila. Aku boleh jadi gila macam ni. Ingatkan bila kahwin, boleh sedap-sedap bermanja dengan bini. Tapi last-last kena tidur bawah pulak. Argghh!!! Kalau macam ni, baik tak payah kahwin!’
Pagi itu, semasa di meja makan untuk menikmati sarapan pagi, Haslan menyampaikan hasratnya kepada Datuk Hadenan .
“Err… papa, Has ingat nak bawak Tia tinggal kat apartment Has tu. Maybe besok kami start pindah.” Tersedak Tia Melia tatkala mendengar kata-kata tersebut. Dia memandang tepat ke arah Haslan , meminta penjelasan. Namun, Haslan pandai meneruskan lakonannya.
“Tia pun dah bersetuju. Tia kata dia nak privacy sikit untuk mengenali Has dengan lebih dekat. Bila Tia ajak pindah, Has setuju ajelah. Semua ni untuk kebaikan rumah tangga kami. Kan, Tia?” Haslan tersenyum sinis ke arah isterinya itu. Tia Melia hanya diam membisu.
“Hahaha, baguslah kalau macam tu. Papa setuju sangat. Lagi cepat kamu berdua pindah, rasanya lagi cepat papa dapat cucu. Tak gitu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience