BAB 6

Drama Completed 292

Haslan resah sewaktu berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Sudah dua kali penerbangan gadis itu ditunda akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Enam tahun dia menunggu kepulangan gadis itu ke Malaysia. Entah apa rajuknya gadis itu sehingga tidak mahu pulang meskipun sudah lama menamatkan pengajiannya.
“Tia Melia ?” Haslan mengerutkan dahi saat matanya bertatapan dengan seorang gadis yang sedang menghampirinya. Si gadis tersenyum lalu mengangguk, mengiakan tanggapan Haslan .
“Assalamualaikum…” sapa gadis manis yang berjubah dan bertudung litup itu.
“Waalaikumsalam…” jawab Haslan , seakan-akan tidak percaya.
Malam itu, pasangan suami isteri itu menginap di rumah Datuk Hadenan . Datuk Hadenan mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan menantu tunggalnya dari luar negara. Haslan tidak berpeluang untuk bercakap dengan isterinya memandangkan Datuk Hadenan memintanya melayan para tetamu yang hadir. Kesempatan hanya diperolehi ketika mereka berada di kamar tidur.
“Tia nampak cantik hari ni. Abang suka imej Tia sekarang.” Haslan tidak teragak-agak membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Dia ingin memaknakan semula rumahtangga yang dibina oleh mereka lebih 6 tahun yang lalu. Kisah percintaannya dengan Maria sudah menjadi sejarah. Mereka berpisah kerana hati Haslan sudah beralih arah. Namun, siapa sangka, baru sebulan berpisah, Haslan mendapat sekeping kad undangan ke majlis perkahwinan Maria dengan seorang duda berpangkat datuk. Ternyata cinta Maria terhadap Haslan hanya berlandaskan wang semata-mata. Kini, Haslan akan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Tia Melia .
“Tia… abang nak cakap sesuatu…”
“Awak… sebelum awak cakap apa-apa, biar saya cakap dulu.” Haslan terkedu. Tia Melia membahasakan dirinya sebagai ‘saya’ dan Haslan sebagai ‘awak’, seolah-olah cuba mewujudkan jurang di antara mereka.
Tia Melia meletakkan sekeping sampul surat berwarna coklat di hadapan Haslan . “Tadi, saya suruh kawan saya ambilkan borang ni sebelum datang ke kenduri.” Haslan memandang tepat ke wajah isterinya.
“Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab awak hantar saya ke Mesir. 6 tahun berada di negara orang membuatkan saya tersedar akan sesuatu. Selama ini, saya hanyut dalam dunia fantasi saya sendiri. Saya mengejar sesuatu yang tak pasti. Tapi sekarang, semuanya dah jelas. Saya kena kembali ke alam realiti. Oleh itu, saya dah buat satu keputusan untuk kebaikan kita berdua.”
“Maksud Tia?”
“Kita bercerai!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience