BAB 8

Drama Completed 292

Tia Melia menekan butang lif ke tingkat 13. Hatinya tergegau tatkala melihat kelibat seseorang di hadapan lif. Namun, belum sempat Tia Melia mengamatinya, pintu lif telah tertutup.
“Astagfirullahal’azim… Ya Allah, cubaan apakah ini?”
Dia mengeluh. Pintu lif telah tertutup sebelum sempat dia menghampirinya.
‘Ahh… mungkin imaginasi aku je.’ Haslan berpatah balik ke tempat rombongan jemaahnya berkumpul. Baru 2 hari dia tiba di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah. Inilah kali kedua dia berkunjung ke Makkah. Pada mulanya, dia sekadar menemani bapanya yang telah uzur. Namun, akhirnya dia sendiri telah tertarik dengan nikmat beribadah di Makkah sehingga mendorongnya untuk pergi buat kali yang kedua.
“Berdoalah, Haslan . Semoga Allah pertemukan semula jodoh Haslan dengan Tia Melia .” Datuk Hadenan cuba memujuk hati anak tunggalnya itu. Bukan setakat Haslan , malah Datuk Hadenan sendiri ada melihat kelibat Tia Melia di lobi hotel itu sebentar tadi. Tapi dia tidak dapat menolak sekiranya kelibat itu hanyalah imaginasinya semata-mata. Mungkin dia terlalu merindui menantunya yang satu itu.
“Tia, tunggu sini kejap. Abi nak kenalkan kita dengan rakan niaganya dari Malaysia,” arah Umairah sebelum melangkah mendapatkan Haji Basiran yang sedang berbual-bual dengan dua orang lelaki. Salah seorang lelaki berpaling ke arah gadis yang sedang menunggu di belakang mereka. Masing-masing terpaku tatkala bertatapan antara satu sama lain.
“Tia?”
“Abang Haslan ?”
Mereka tersenyum kegembiraan. Akhirnya doa mereka untuk bertemu kembali telah dimakbulkan oleh-NYA. Inilah fantasi yang tidak pernah disangka-sangka oleh Tia Melia . Namun, itulah yang diharap-harapkannya selama ini. Cinta yang diredhai oleh-NYA.
“Kita rujuk?” soal Haslan , tiba-tiba. Masing-masing yang ada di situ, kecuali Datuk Hadenan kelihatan terpinga-pinga. Tia Melia tersenyum lalu menganggukkan kepalanya, perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience