BAB 4

Drama Completed 292

“Hmm… tak sangka, berkesan jugak tongkat sakti saya ni. Dahla, lepaskanlah baju saya. Lipas tu dah mati pun.” Haslan cuba menarik hujung baju T yang dicengkam kuat oleh Tia Melia yang masih ketakutan.
“Err… awak, malam Jumaat ni. Kalau awak duduk rapat-rapat dengan saya lama-lama, saya takut lain pulak yang jadi. Saya on je… tapi tak taulah awak,” Haslan mula mengusik. Segera cengkaman itu dilepaskan. Haslan tersenyum nakal sebaik isterinya menghilang di balik pintu kamar.
“Tau takut!” Di sebalik senyuman nakal itu, ada satu perasaan aneh menerjah sanubari sang suami.

“You… bestkan percutian kita ke Perth. Lepas ni kita pergi ke Paris pulak ye. I nak you lamar I kat depan menara Eiffel tu. Mesti romantik.” Maria melentokkan kepalanya di bahu Haslan sambil tersenyum sendirian. Haslan tidak mengendahkan permintaan kekasihnya itu. Dia memfokuskan pemanduannya di jalan raya. Entah mengapa, percutian 5 hari di Perth itu sangat membosankan bagi dirinya.
“You… you nak I hantar you balik rumah terus ke, atau you nak singgah mana-mana?” soal Haslan ketika kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Kita balik rumah you jelah. Lagipun, I nak tayang baju baru I depan bini kesayangan you tu. Mesti dia jelouse.”
20 minit kemudian, mereka tiba di apartment milik Haslan .
“You masuk dulu. I nak angkat beg-beg ni,” ujar Haslan setelah membukakan kunci pintu rumahnya.
“Argghhh!!!!” Baru beberapa kaki melangkah, Haslan terdengar Maria menjerit. Segera dia mendapatkan gadis yang berdiri di muka pintu dengan wajah yang pucat.
“You, kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
“Rumah you…” ujar Maria. Matanya seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat. Haslan menyangka rumahnya telah dirompak. Segera lelaki itu menerpa masuk ke dalam. Dia tergamam seketika.
“Ya Allah… pink!” Matanya melilau ke sekeliling rumah. Dinding rumah, alas meja dan kusyen, pintu bilik, perhiasan dalam rumah… semuanya berwarna merah jambu. Dia menjengah ke segenap ruang di dalam rumah itu. Bahagian dapur, bilik air malah bilik tidur juga telah bertukar kepada tema merah jambu.
“Hai abang Haslan . Abang dah balik?” soal Tia Melia yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya sambil mengulum sebatang lollypop di tangan. Dia tersenyum ceria ke arah suami dan tetamu mereka.
“Tia Melia !!!” Haslan tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Dia harus bertindak segera. Membiarkan Tia Melia berada di rumahnya lebih lama hanya akan menyeksa jiwanya. Dia tidak sanggup melihat apartment yang dibeli dengan duit titik peluhnya bertukar menjadi warna merah jambu.
“Minggu depan, saya akan hantar awak ke Mesir. Saya akan uruskan pengajian awak di sana. Awak akan tinggal dengan kakak angkat saya, Suzane,” lancar saja lelaki itu memberikan arahan. Dia sudah lama merancang untuk menghantar Tia Melia jauh daripada hidupnya. Dan kini, masa yang dinanti telahpun tiba.
“What? Mesir?” soal Tia Melia , agak terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience