Rate

3

Drama Series 487

Bunyi nada dering WhatsApp dari telefon Marian membangunkan gadis itu dari tidurnya.

Chris:Hi
Marian:Ya?
Chris:awak tahu tak semalam ada seorang gadis, cantik dan comel.. Dia terjatuh dan saya yang sambut dia.
Marian:Ya kah?
Chris: ya..kenapa? Tak caya?
Marian:bukan tak caya.. Awak tahu tak?
Chris:apa?
Marian:gadis itulah yang bernama Marian, saya sendiri.
Chris:oh begitu rupanya^v^cantik awak eh
Marian:tak sangka..

Trup.. p... p telefon Marian bergetar dan terpadam kerana bateri habis.

"mak? Boleh tak kalau Mary nak keluar dengan Hellina ke sebuah parti malam nanti?" tanya Marian kepada ibu nya, Puan Kamilia.

Puan Kamilia, iaitu ibu kepada Marian. Orangnya cantik walaupun berumur 50+,kelihatan seperti wanita yang berumur 30+.Tegas tapi baik. Puan Kamilia ibu yang garang. Tapi, walaupun garang, dia tidak pernah menghalang Marian keluar bebas kerana tidak mahu Marian merasakan diri dikongkong.

"boleh je. Asalkan Mary pandai jaga diri. Jangan buat hal pula nanti." kata Puan Kamilia. "thankyou, mak!" ucap Marian lalu memeluk ibu nya. Marian berperangai seperti budak-budak ketika dengan ibu dan ayahnya. Maklumlah, budak manja. Lagipun, Marian satu-satunya anak Puan Kamilia dan suaminya.

Marian mengenakan gaun bewarna ros yang dihadiahkan oleh ayahnya semasa hari lahirnya. Anting-anting bewarna putih berbentuk berlian dikenakan. Kasut tinggi bewarna merah berkilau juga dipakai.

Marian dan Hellina menumpang dalam kereta kawan mereka yang bernama Deana. Apabila sampai ke destinasi, memang ramai tetamu jemputan yang datang ke rumah itu. Rumah itu besar, mungkin rumah orang kaya kot.. Marian dan kawannya tak menyangka yang mereka akan dijemput ke parti di rumah sebesar itu.

Marian menjejak kaki ke rumah sebegitu. Angin pun datang umpama menyambut kedatangan Marian ke rumah itu. Hellina dan Deana pun hilang entah pergi ke mana. Marian yang tertarik dengan kecantikan rumah itu memandang gambar-gambar yang diletakkan di rumah tersebut.

Seorang gadis yang melihat Marian terus menegur Marian, "hai.. Kenapa pandang gambar-gambar tu macam baru tengok? Ohh ya lah kan.. Orang miskin mana ada barang berharga macam tu kan?" kata gadis itu. Ingin Marian menampar gadis itu, tapi, Marian tiba-tiba ingat akan janji nya dengan ibu nya sebelum keluar. Marian cuma mampu menahan marah.

" weyh! Nak kacau orang, sila pergi ke arah sana. "kata seorang lelaki sambil menunjuk ke papan tanda yang tertulis 'EXIT'. Gadis itu pun pergi dengan marah.

" awak Marian kan? "tanya lelaki itu." ya? "jawab Marian dengan hairan." ini sayalah, Chris. "
" oh awak.. "balas Marian. Dia bertentang mata dengan Chris sebentar saja kerana takut dia akan jatuh cinta.

Selepas beberapa jam...

Lampu tiba-tiba tertutup. Marian dah lah takut dalam keadaan gelap. Marian menutup matanya dan tidak bergerak kerana takut. Entah bagaimana Chris boleh merasa perasaan Marian ketika ini. Dia menggunakan lampu dari telefon nya untuk mencari Marian. Akhirnya, dia menemui Marian dan memegang tangannya dengan erat. Marian hanya menutup mata dan mengikut kerana takut. Chris membawa nya ke satu bilik. Dan kemudian lampu terbuka semula.

"ini orangnya mak." kata Chris. Marian yang mendengar pun membuka matanya dengan segera. Di depannya ada seorang wanita. Marian memandang Chris dengan hairan. Chris pula berbuat tak tahu apa-apa. "cantik.." komen ibu Chris. Rupa-rupanya, ini rancangan mereka untuk membawa Marian ke atas. Berbincang pasal perkahwinan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience