MARIAN ALISA dengan nama panggilannya, Mary... Berumur 22 tahun. Dia seorang gadis yang cantik, comel. Kecantikannya membuat ramai lelaki terpikat. Matanya berwarna dark brown menambahkan lagi kecantikannya. Hidungnya yang mancung seperti orang mat salleh. Pipi lembut gebu. Mulutnya berwarna bunga ros. Rambut juga panjang.
Marian seorang yang suka bergurau. Kawannya selalu mencubit pipinya kerana gurauan nya yang membuat orang ketawa sehingga sakit perut.
Marian menjadi seorang yang pemalu di depan orang yang tidak begitu rapat dengan nya. Jika orang itu rapat sangat dengan dia, dia akan menjadi seorang yang paling nakal.
Dia seorang yang tidak akan melepaskan orang yang dia benci begitu sahaja. Dendamnya mesti terbalas. Orang selalu fikir Marian tidak akan berani berdendam kerana dia kelihatan sangat lembut di luar.
Dan, Marian tidak mudah tertipu dengan helah orang. Kawan-kawannya akan mengadu kepadanya jika ada masalah yang mengelirukan. Marian akan membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Marian ni kalau kita kenal sangat dia ni, orang nya baik, murah hati. Apabila dia melihat pengemis di tepi jalan, dia akan menghulurkan duit sebanyak sepuluh ringgit untuk mereka yang mengemis di tepi jalan.
Dia juga sayangkan kanak-kanak. Dia selalu menjaga anak sepupu nya kerana sepupu-sepupunya sibuk bekerja. Dia akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.
'Hi Marian. Please simpan number ni, Chris.' Marian membaca mesej yang datang dari seseorang.
'Ok. But, dari mana dapat number saya?' taip Marian lalu menekan button hantar.
'Kawan awak yang bernama Rissa' balasnya.
'Ohh.. Rissa...ok' balas Marian lalu menutup skrin telefonnya.
Marian ni, suka membuat prank dengan mesej seseorang di WhatsApp dan pura-pura jatuh cinta dengan mereka. Lepas tu, kira-kira berapa hari, Marian akan bawa mereka putus. Tu lah kawannya memberitahu nya "awak memang nakal".
Marian tersenyum sendirian sambil termenung. Beberapa soalan muncul di kepalanya, macam mana eh muka si Chris tu? Agak-agak kacak tak? Hmm..
Share this novel