Rate

8

Drama Series 487

Tanpa pengetahuan Chris dan Marian, perakam suara telah diletakkan di dalam bilik mereka. Dan apa yang Chris beritahu kepada Marian telah didengari oleh ibunya.

Pagi itu, Marian merasakan bahawa percakapan dia dengan Chris telah didengari oleh orang lain. Oleh kerana dia risau, dia mencari sesuatu di semua tempat dalam bilik nya. Akhirnya, Marian terjumpa perakam suara di sebalik bantal. Perakam suara itu mempunyai tandatangan mak mertuanya. Dan itu bermakna mak mertuanya yang meletakkan perakam suara itu di situ. Marian segera menyimpan perakam suara itu dan dia ingin memberitahu Chris selepas Chris balik dari tempat kerja bahawa perbualan mereka telah didengari oleh ibunya.

Marian ke dapur untuk mencari mak mertuanya, meminta izin keluar berjumpa kawan. Tetapi, tiada siapapun di dalam rumah itu kecuali Marian, orang gaji dan pengawal keselamatan. Marian bertanya kepada orang gaji mereka dan mereka memberitahu bahawa ibu Chris telah pergi ke tempat kerja Chris. Dan Marian mengetahui bahawa ibu Chris tak pernah ke tempat kerja untuk melawat Chris. Marian risau mak mertuanya akan buat sesuatu pada Chris.

Marian menelefon Chris dengan segera tapi tidak dijawab. Itu menambahkan lagi kerisauan Marian. Selepas itu, Marian menelefoni ibu Chris dan bertanya di mana ibu Chris sekarang.

"mak di tempat kerja Chris ni. Kenapa?"
"mary dari tadi call dia. Tapi tak dijawab. Boleh tak Mary nak cakap dengan Chris sekejap?"
"nanti call mak lagi. Low battery. Bye"

Panggilan terus ditamatkan. Marian teramatlah risau. Marian keluar berjumpa dengan kawan-kawannya. Tetapi, ini kali pertama Marian tidak memberitahu rahsianya kepada kawan-kawannya.

Tiba-tiba, ibu Chris menelefon Marian.
"Mary?"
"abang?"
"sorry eh.. Tadi abang mute telefon abang. Sebab tu lah abang tak jawab."
"ohh.."
"kenapa call abang sampai 13 kali ni? Rindu ke?" Chris sedang mengusik isterinya.
"abang cepatlah balik. Selain rindu tu, ada lagi benda lain."

Berbunga-bunga hati Chris mendengar Marian menyebut perkataan rindu. Kawan-kawan Marian yang mendengar perbualan Marian dan Chris tertawa besar apabila Marian memanggil Chris 'abang'. "ehh.. Nak panggil apa lagi?" jerkah Marian.
"baby lah" balas Deana. Mereka ketawa dengan lebih besar kali ni.

Di rumah.......

Marian melihat Chris menanggalkan tali leher. Belum sempat Chris menanggalkan tali leher tersebut, Marian terus memimpin tangan Chris dan membawanya ke bilik.

"abang. Abang tak apa-apa ke?" tanya Marian. "tak. Kenapa?" tanya Chris pula.
Sebelum Marian berkata-kata, ibunya memanggil Chris ke biliknya. Semasa Chris baru hendak keluar, Marian terus memeluk suaminya dengan erat dan kata, "take care".

Marian tertanya-tanya. Mengapa mak mertuanya memanggil Chris?

...............
Sesampai Chris ke bilik, dia terus baring di atas katil tanpa membersihkan diri dahulu. Marian tahu yang Chris sedang menahan kesakitan dari mukanya. Marian memerhatikan Chris dan cuba menyuruhnya bangun. Tetapi Chris tidak boleh bangun. Dia memegang perutnya. Marian tahu sesuatu yang tak kena. Dia segera menelefon doktor keluarga mereka. Dia memberitahu Chris agar bertahan. Apabila doktor sampai, Chris umpama tinggal nyawa-nyawa ikan.

Nasib baik doktor sempat. Doktor memberitahu Marian, Chris keracunan. . Marian ada menghidu bau kuih karipap sebelum Chris dipanggil ibunya. Disebabkan kepintaran Marian, di dalam kepala Marian rasa, ibu Chris meletakkan racun di dalam kuih itu. Chris sepatutnya tahu, tapi dia tak beritahu Marian yang dia kemungkinan diberi amaran oleh ibunya. Marian rasa inilah yang berlaku sebenarnya. Marian hampir kehilangan suaminya jika dia tak bertindak dengan segera tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience