.......sehari selepas perkahwinan.......
"Marian, abang nak beritahu mary sesuatu." kata Chris.
"ya?"
"mary ingat lagi tak masa Mary kena culik, Abang selamatkan Mary tu?"
"ingat. Kenapa?"
"sebenarnya.." belum habis Chris menjelaskan perkara sebenar kepada Marian, ibu Chris datang.
"tak lama lagi, pak cik kamu datang dengan sepupu kamu, Dylan." kata ibu Chris. Dia membawa Marian ke dapur untuk menyediakan makanan. Sambil itu, dia memberitahu Marian sebahagian tentang Chris.
According ibu Chris, Chris merupakan jejaka yang disukai ramai perempuan. Rupanya yang tampan membuat ramai orang terpesona. Dia pada asalnya orang yang sombong, tapi semenjak beberapa minggu ni dia tak sombong lagi dah. Dia orangnya kasar, hanya orang tertentu sahaja dapat merasa layanan mesranya. Dia orangnya cergas, selalu mendapat kejohanan dalam sukan.
"hey Chris!" suara seorang lelaki bergema dalam rumah itu. Dia memeluk Chris dan bertanya khabar kepada Chris. "mana isteri kau? Cantik tak?" tanya lelaki itu. Lelaki itu namanya Dylan. "maryy?" Chris memanggil Marian. Marian pun datang dan berdiri di sebelah Chris. Dylan melihat Marian seperti tak percaya dengan apa yang dilihat oleh matanya sendiri. Pak cik nya pun sampai.
"mari kita makan. Makan! Makan! Makan!" ibu Chris memanggil semua mereka keluar makan. Marian duduk di sebelah kiri Chris. Manakala Dylan duduk di depan Marian. Ibu Chris duduk di kanan Pak Cik. Pak cik duduk di depan Chris.
Semasa mereka lagi makan, Dylan mengambil peluang ketika Chris melihat ke arah lain dan mengedipkan matanya ke Marian. Marian tidak peduli dengan Dylan dan membuat Dylan geram. Dylan ingin menyepak kaki Marian, tapi yang dia sepak bukanlah kaki Marian, sebaliknya kaki Chris. Chris pun menyepak kaki Dylan semula, tetapi dengan lebih kuat. Dylan cuma menahan marah.
Di bilik.....
"Chris.. Er... Abang.., tadi kata nak beritahu saya sesuatu. Apa dia?" tanya Marian.
Chris mengunci pintu bilik dan menutup lampu agar ibunya tak akan tahu dia akan memberitahu Marian. Marian yang tak tahu apa-apa risau Chris akan menciumnya atau.. Tahu-tahu lah korang.
" Sebenarnya... "
" sebenarnya apa ni? "
" shhh.. Jangan sampai orang lain dengar" kata Chris sambil meletakkan jarinya di bibir isterinya.
"sebenarnya, mak yang rancangkan penculikkan Mary tu. Mak ingin membalas dendam terhadap Mary. Abang rasa mak nak bunuh Mary. Tapi abang beritahu Mary sebab abang nak Mary jaga diri bila dengan mak." bisik Chris kepada Marian.
Marian yang mendengar mula risau dan hairan, mengapa mak mertua nya benci terhadapnya.? Chris memberitahu Marian A sampai Z tentang betapa bencinya ibunya terhadap Marian.
Marian ingin menangis kerana terkejut dan Chris memeluknya agar tangisan isterinya tidak didengari oleh sesiapa selainnya. 'aku kena tahu kenapa mak boleh benci aku sedangkan dia sendiri yang suruh Chris kahwin dengan aku.' bisik hati Marian.
Chris diberitahu ibunya, jika dia memberitahu apa-apa pasal dia, dia tak akan teragak-agak membunuh anaknya sendiri.
Malang sekali....
Share this novel