Pagi itu, Chris bangun dan mendapati badannya dibalut dengan selimut yang tebal. Chris terkejut apabila melihat Marian tidur nyenyak di sebelahnya. Marian pun terbangun. "aikk.. Kenapa awak tidur sini? Bukan ke awak tidur kat atas katil ke semalam?" tanya Chris.
"awak demam semalam. Saya tertidur kat sini semalam.." balas Marian.
Dring! Dring! Dring! Seseorang menelefon Chris.
"hello mak?"
"camna?"
"semua berjalan seperti yang mak rancang, tapi kenapa mak buat Marian macam tu? Marian ada buat salah ke kat mak?"
"diamlah.. Buat je ikut cakap aku. Tulah mak suruh Chris kahwin dengan dia. Selepas kahwin, baru Chris tahu sebabnya "
Rupa-rupanya, ini semua rancangan ibu Chris. Chris rasa serba-salah apabila ibunya melakukan perkara sebegini kepada Marian, innocent girl. Chris pun tak tahu kenapa. Setiap kali Chris menanyakan perkara yang sama kepada ibunya, ibunya memang tak pernah memberitahu dia sebabnya. Chris ingin memberitahu Marian tentang ibunya tapi dia takut ibunya akan buat perkara yang tak betul.
Chris membawa Marian pulang. Sebelum sampai ke rumah, Chris memberhentikan keretanya di sebelah gerai yang menjual makanan favouritenya. Dia membawa Marian keluar dan membeli makanan.
Mereka duduk di atas bangku yang telah disediakan. Chris makan dengan gelojoh kerana seharian tak makan apa-apa. Marian yang melihat telatah Chris hanya tertawa kecil. Chris yang sedar bahawa Marian mentertawakannya bersuara, "kenapa?". Marian terlihat di pipi Chris ada sebutir nasi dan mengambil handkerchiefnya, lalu menyapu pipi Chris. Chris tahu yang di pipinya ada sebutir nasi dan dia terasa malu. "gelojoh nya awak makan sampai ke pipi nasi.." ketawa Marian. "mestilah.. Dari malam semalam tak makan" jawab Chris.
"oh ya.. Err.."
"apa dia?" soal Chris.
"tak payah lah" balas Marian.
Tiba-tiba, Chris mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Chris menundukkan kepala dan berkata, "will you marry me?" Marian yang terkejut mula berfikir.. Dia ingin membuang sikap nya yang suka memainkan perasaan orang. Dan mungkin bila dia sudah kahwin dengan Chris, sikapnya itu dapat dihapuskan. Lagipun, orang pernah bilang, jatuh cinta selepas kahwin ialah perasaan yang terbaik.
'cakap je lah I Will.! Bukan susah pun. Dua perkataan je kot' jerit hati Marian. Akhirnya, "I will"
Beberapa hari kemudian...
"minggu depan kau akan kahwin dengan Chris?! Congratulation, Sis Mary!" ucap Hellina dan Deana lalu memeluk Marian dengan erat.
"Tak lama lagi kamu akan berkahwin dengan Marian. Kamu akan tahu punca ibu membencinya dan menyuruh kamu mencarinya selama bertahun-tahun ini."
"selepas kami berkahwin nanti, mak boleh tak.. Buang perasaan benci mak tu?" tanya Chris.
Ibu Chris ketawa sambil memegang perutnya. "kamu rasa mak nak ke? Jangan haraplah. Mak nak dia bertemu dengan ajal dia."
Chris yang mendengar kata-kata ibunya berasa takut ibunya akan membunuh bakal isterinya nanti.
Chris telah merancang untuk memberitahu Marian selepas mereka berkahwin nanti.
Share this novel