Ketika Marian membuka matanya, dia melihat kawasan sekelilingnya gelap. Apabila dia menggerakkan badannya, baru dia sedar yang dia diletakkan dalam bagasi yang besar. Tambahan lagi dia takut gelap, dia menutup matanya semula dan berdoa agar dia selamat.
Tiba-tiba, dia ingat yang dia mempunyai telefon di dalam poket seluar nya. Marian terus mengambil telefonnya. Dia bernasib baik kerana tangan dan kakinya tidak diikat. Marian mesej kawan-kawannya dan keluarganya agar mengetahui bahawa dirinya diculik. Masalahnya ialah, tiada perkhidmatan. Dia tertanya-tanya, siapa yang menculik nya?
Tiba-tiba, dia terdengar seseorang membuka pintu dan dia segera membisukan telefonnya sebelum meletakkannya ke dalam poket balik. Dia berpura-pura masih pengsan. Orang itu membuka zip bagasi itu. Marian merasakan dirinya diperhatikan oleh orang itu dan membuat hati nya berdebar.
Marian mengambil telefonnya semula apabila dia mendengar bunyi pintu tertutup. Dia tahu orang yang membuka zip bagasi itu tadi telah keluar. Dalam masa yang sama, bunyi kereta di luar. Marian berharap bahawa itu ialah kereta polis.
Tetapi, bukan polis yang datang. Entah siapa. Belum sempat Marian menyimpan telefonnya semula, zip dibuka. Marian terkejut apabila orang yang membuka zip itu ialah Chris. "shhh.. Saya datang bukan nak bunuh awak lah. Saya nak selamatkan awak." bisik Chris kepada Marian. Rupa-rupanya, Chris telah menyamar menjadi salah seorang penculik. Dia membawa Marian lari dari tempat itu.
Pelik, tapi tiada sesiapa di dalam rumah terbiar itu kecuali Marian dan Chris.
Chris membuka topengnya setelah masuk ke dalam kereta. Marian yang duduk di bahagian belakangnya melihat kesempurnaan wajah Chris melalui cermin. 'kenapa aku rasa macam tertarik dengan dia ni?' kata hati Marian. Sepanjang perjalanan mereka, hanya bunyi hujan yang menemani mereka. Mereka hanya diam sepanjang jalan mereka pulang.
Tiba-tiba, kereta yang dipandu oleh Chris berhenti secara mengejut. Mereka sama-sama terkejut.
Secara kebetulan, mereka terhenti di depan sebuah rumah penginapan. Chris keluar dan memeriksa kereta. Marian yang berada di dalam melihat Chris basah kuyup kerana hujan yang lebat, keluar dari perut kereta membawa payung untuk melindung Chris dari hujan.
"Terpaksa lah kita tidur kat hotel malam ni." kata Chris. Marian tak kisah asalkan selamat.
Selepas membayar tidur satu malam di hotel tu, Marian terpaksa tidur sebilik dengan Chris kerana duit yang dibawa mereka tak cukup untuk membayar dua bilik.
Chris tidur di atas sofa dengan bertuala kerana tidak membawa pakaian. Marian yang nelihat Chris hanya bertuala melarikan matanya dari memandang dada Chris yang terdedah. apabila melihat Chris menggigil, Marian lalu menyentuh kening Chris dan Marian tahu yang Chris demam panas. Marian mengambil selimut yang disediakan dan digunakannya untuk membalut badan Chris. Marian tertidur di sebelah Chris malam itu.
Share this novel