Rate

3

Adventure Series 650

Hanis membalas pertanyaanku.

"Ya...tepat sekali. Sejak itu kampung itu tiada berpenghuni lagi. Nenek tua dan serigala-serigala itu terus menjadi tanda tanya. "

"Alah...macam tu ja ceritanya?" ucap hatiku sedih.

Aku beriak sedikit kecewa, tidak berpuas hati dengan pengakhirannya.

"Mana kau dapat cerita ni? Kau reka? Kalau reka memang best! Tapi...kau bagilah rancak sikit cerita penghujungnya," kataku.

"Tak lah. Aku dapat tahu cerita ni daripada nenek yang dapat yang tahu dari nenek-nenek moyangku yang dulu."

Aku hanya tersengih mendengarnya,
'Kenapa nenek aku tak tahu pun. Hebat betul nenek Hanis,' bisik hatiku lalu aku tersengih kecil lagi.

*****

Sudah beberapa hari berlalu, tetapi aku masih tetap dibayangi cerita Hanis. Aku asyik tertanya-tanya.

"Siapa serigala-serigala tu? Mana nenek tu pergi? Dia jelmaan serigala tu ke?' soal hatiku sejenak.

Aku teringat kembali  perbualanku dua hari yang lalu dengan Mira sewaktu di pondok sekolah semasa waktu pulang.

"Mira...cuti jumaat sabtu ni kau free tak?"

" Free..kenapa?" soalnya.

Aku membalas dengan teragak-agak.

"Aku nak ajak kau jenjalan masuk hutan!"

Dahi Mira agak berkerut, "masuk hutan? Nak jungle trekking ke?"

"Tak...aku nak cari kebenaran kebenaran pasal serigala yang Hanis cerita tu. Aku asyik terfikirkan cerita tu. Dan aku tak boleh nak lupa selagi tak tahu cerita sebenar."

"Serigala? Cerita Hanis? Apa yang kau ngarut ni!" soal Mira lagi.

'Alamak, aku lupalah Mira tertidur masa tu,' ucap hatiku.

Aku cuba memujuk lagi, "alah Mira...temankan lah aku. Anggap kita berkhemah kat dalam hutan. Lagipun hutan  belakang sekolah je pun."

"Hutan belakang sekolah? Asal tak cakap awal-awal. Hutan tu tak lah berapa takut sangat. Ramai orng suka masuk hutan tu main-main waktu petang," ujar Mira

"Setuju lah ni?"

Aku merenung wajah Mira dengan tepat. Dia akhirnya mengangguk-angguk.

Aku mendakapnya dan terus tersenyum.

******

Kini kami sudah sehari di  sini dan berjaya mencari tempat yang sesuai mendirikan khemah Yang berada di sebelah air terjun.

Aku dan Mira baru sahaja bertengkar pagi tadi. Kini hanya malam menemani sendiri. Mira langsung tidak bersuara dan  terus tidur awal.

Aku sedikit sedih. Kami bergaduh mengenai misiku. Suaranya masih terngiang-ngiang di telinga.

"Mana serigala yang kita cari? Itu semua cerita zaman dulu. Karut kalau percaya. Sekarang dah berabad berlalu mana ada serigala wujud lagi. Kalau ada dia dah ngap kita! Esok kita balik. Aku tak peduli kau setuju atau tidak. Keputusanku muktamad!"

Tegas kata-kata nya. Aku terkedu dan hanya berpasrah.

'Rasanya lebih baik aku dengar cakap Mira. Mungkin itu cuma dongeng ja,' aku berbisik sendu.

Tbc...

Vote and Comment please ????

vote and comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience