Rate

2

Adventure Series 650

2

    "Akhirnya warga kampung membuat keputusan untuk memburu dan menangkap serigala yang dipercayai menyebabkan kematian penduduk di situ. Hal ini kerana hanya sisa-sisa yang tinggal sahaja akan ditemui. Serigala hanya membaham sebahagian badan mereka untuk mengalas perut."

Aku sedikit tersengih di situ. Macam pengkaji haiwan pulak si Hanis ni. Semua dia tau. Cerita masih tidak berakhir.

Hanis tidak henti bercerita.

"Hari yang dirancang memasuki hutan telah tiba. Setengah dari mereka menjaga kampung, manakala setengah lagi diarahkan memasuki hutan. Sekumpulan lelaki dari kampung yang bersedia berburu berkumpul di hujung kampung."

"Tetiba suatu berita mengejut muncul kemudian, nenek telah hilang begitu sahaja. Barang- barangnya juga tiada. Mereka mempercayai nenek itu adalah jelmaan serigala. Namun mereka tetap memberanikan diri memasuki hutan."

Aku meronta-ronta dalam hati.
'Bila nak habis ni..apa yang jadi sebenarnya? Nenek tu serigala ke?kenapa dia tinggal kat situ lama-lama dan banyak kejadian aneh berlaku.'

"Tanpa disangka mereka...." ujar Hanis. Namun...

BANGUN!

Suara ketua kelas mematikan kata Hanis. Aku beriak sedikit kecewa.

Alah...nak tahu lagi. Ceritalah sampai habis!

Hanis dan Ani berlari ke tempat duduk mereka. Amira yang tertidur di sebelah bingkas terjaga. Dia lantas berdiri saat melihat cikgu terpacak di hadapan kelas.

'Dahsyat..dahsyat. Aku tak kejutkan kau Mira. cemana boleh terjaga?' bisikku lalu aku tersengih kecil.

Aku menumpu ke hadapan. Laungan salam diberikan dan kelas pembelajaran bermula seperti biasa.

Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas. Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul dua. Semua bingkas mengemas beg dan segera melangkah keluar kelas dengan gembira.

Tidak melepaskan peluang, aku turut sama begitu.

Yay...waktu yang aku sentiasa tertunggu-tunggu. Waktu balik!

Aku sudah siap menggalas beg seraya menegur Amira di sebelah.

"Mira aku rasa kau ni ajaib la. Waktu tengah tidur kau boleh dengar apa yang aku cakap. Dah tu masa cikgu masuk tadi. Kau terus terjaga. Mana ada sapa kejutkan pulak tu."

Amira sibuk mengemaskan peralatan ke dalam beg, sementara itu dia membalas kata-kataku.

" Yeke? Aku tak sedar pun. Entah-entah ada jelmaan tengah kawal aku. "

Aku menepuk bahunya kuat.

"Aduih!" Amira berteriak kesakitan. Tangannya asyik menggosok bahu yang sakit.

"Mulut tu jagalah sikit. Jelmaan-jelmaan ni jangan buat main-main," tegurku dengan tegas.

"Kau takut ekk? Entah dia ada belakang kau," ujar Mira dengan senyuman nakal. Sekali lagi tamparan hinggap padanya tetapi kali ini ia mendarat di kepalanya.

"Aduh....kau dah kenapa? Over sangat ni. Aku memain ja, " balas Mira sambil mencebik bibir dan tangannya menggosok-gosok kepala

" Sori la. Aku ni sensitif sikit bab -bab tu," balasku lalu mataku meliar sekeliling.

'Seram sejuk pulak rasanya,' gumamku dalam hati.

"Okey...aku nak tinggalkan kau sorang-sorang dalam kelas ni dengan jelmaan tu!"

Amira berlari keluar dari tempat kami segera lalu beredar dari kelas tanpa sempat aku menahan.

Aku melihat kelas yang kosong.

Kurang asam punya kawan! Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang!

Tiba-tiba bahuku diterpa. Jantungku berdegup pantas ketika itu. Terasa meremang di tubuhku.

'Takkanlah jelmaan?' teka hatiku.

Aku menoleh dengan perlahan-lahan. Memandangkan tiada surara menegur. Aku terbungkam luas melihat ke hadapan,

" Argh!" jeritan nyaringku bergema

Aku berteriak sekuat hati mungkin. Hanis melopong dilakukan sebegitu.

"Kau okey?" soalnya.

Aku tersengih kecil

"Okey! Apa tak okey."

"Habis kenapa jerit nampak aku? Kau teringat cerita aku tadi ekk?"

Aku  melopong, ' Aik macam mana dia tau?' soalku dalam hati.

Hanis tersengih melihat wajahku yang separuh terkejut. Dia menambah lagi," Aku tahu kau pun dengar. Kau nak tahu tak apa kesudahannya?"

Aku segera mengangguk-angguk teruja.

"Nak! Nak!" balasku.

Kami berjalan keluar ke kelas. Semasa perjalanan Hanis meneruskan ceritanya.

"Tanpa disangka mereka, serigala itu bukan satu tapi tersangatlah banyak. Mereka yang memasuki hutan itu mati dibaham serigala. Tetapi tak disangka ada seorang yang terselamat. Dia berjaya pulang ke kampung dan menceritakan semuanya."

"Apa yang jadi akhirnya. Mereka berpindah ke?" soalku teruja.

Tbc...

Vote and comment juseyo ????.

have a nice day

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience