"Entah-entah akak kena culik dengan serigala jelmaan."
Mataku membutang luas mendengarnya.
"Kenapa? Kenapa dia nak tangkap kakak kamu?" soalku kebingungan
"Mereka sengaja nak cari pasal!" teguran serigala dingin mengejutkan ku.
"Sebenarnya...semua ini salah saya." Mereka semua menumpu pada salah seorang saudara mereka yang bersuara.
"Hari tu saya tak sengaja melangkah masuk ke kawasan larangan mereka. Mereka marah dan asyik menyerang kita selepas tu."
"Ini bukan salah kau,"ujar serigala dingin.
"Mereka tu memang sengaja nak cari pasal. Mereka takkan berhenti selagi mereka tak puas," ujarnya agak panjang lebar.
"Maafkan saya abang. Abang yang selalu tercedera disebabkan tu."
Budak lelaki itu lantas mendakap abangnya. Dua saudaranya turut tidak melepaskan peluang. Mereka bertiga mendakap abang mereka dengan erat.
Air mataku hampir menitis menyaksikan adegan itu.
'Aku tersentuh wei," getus hatiku sendu.
Serigala dingin hanya kaku diperlakukan sebegitu. Dia tiada bereaksi dan hanya membisu dalam dakapan adik-adiknya.
Aku tersengih kecil melihat riak wajahnya.
'Kosong! Aku tahu dia tersentuh tapi sikap dingin dia tu punca segala,' gumamku dalam hati lalu aku menggeleng-geleng.
Siang terus berlalu. Serigala dingin berkata dia ada rancangan tersendiri dan akan merempuh masuk dengan senyap.
Oleh kerana kebosanan yang melanda. Aku telah bermain di tebing sungai.
Sementara itu aku membasahkan hujung seluarku yang dilumuri lumpur kering.
'Lagipun aku cuti panjang, dah nak tamat tempoh pun. Tunggu mandi je,' bisikku suka.
Aku terlihat ke hadapan. Mataku tertangkap pada suatu wajah.
'Serigala dingin!' bisik hatiku lagi.
Dia sedang berbaring di batu besar dan menatap langit.
Ketampanan wajah serigala dingin membuatkan aku terpegun.
"Apa kau pandang-pandang ?"
"Ark!"
Aku terjatuh ke dalam air kerana terkejut ditegurnya.
'Dia perasan?' soal hatiku cemas. Aku tenggelam di dalam air.
Mataku terpejam rapat.
'Malunya? Cemana dia boleh perasan?'
Eh!
Aku masih terpejam mata dan terasa kaki mencapai udara.
'Aik! Aku ada kuasa terbang ka? Bukan aku dalam air ke?' bisik hatiku lalu, aku lantas membuka mata dan melopong luas.
Ark!
" Lepaskan aku!"
Rupanya aku ditarik ke atas oleh serigala dingin yang sedang berada di tebing. Dia menarik bajuku dari atas. Nasib aku pakai baju labuh muslimah.
Aku terjatuh semula ke dalam sungai.
SPLASH!
Aku terkejut diperlakukan sebegitu.
Segera aku naik ke permukaan air dan menegurnya,
"Apasal kau jatuhkan aku dalam air balik?"
"Kau cakap lepaskan tadi," balasnya dengan suara bersahaja.
"Habis kenapa angkat aku naik tadi?" teriakku agak marah. Namun nada suara masih tenang.
"Aku tengok kau tak timbul keluar. kalau tidak aku pun tak ingin nak buat macam tu," balasnya lagi lalu pergi begitu sahaja.
'Isyh...teruk. teruk! Tak suka kau!' teriakku sekuat hati mungkin lalu ku memeluk tubuh.
'Nak cakap depan-depan tak berani. kang dia terkam aku pasal marah. Arwah aku tak pasal-pasal. Tak sanggup aku.'
Malam menjelma akhirnya. Apabila tiba tengah malam serigala jadian sudah bersedia untuk menjalankan misinya.
Dia mengarahkan kami menunggu kepulangannya. Beberapa kali dia tidak habis memberi peringatan.
"Ingat! Jangan cuba ikut atau pergi mana-mana. Duduk saja diam-diam dan tunggu kepulangan kami. Kalau langgar perintah. Siap!" tegas suaranya dituturkan.
Aku dan ketiga-tiga adiknya hanya mengangguk-angguk tanda memahami.
********
Kami melihat langkah serigala jadian yang semakin lama semakin menghilang jauh ke dalam hutan.
Setelah itu aku mendongak ke langit.
'Cantiknya bulan terang. Aku tak rasa ngantuk la malam ni,' getus hatiku sendiri.
Aku berbuat keputusan untuk melabuhkan punggung di hadapan unggun api. Tidak menyangka adik-beradik serigala bersaudara turut mengambil tempat bersamaku.
"Kamu tak nak tidur ke?" soalku pada mereka.
"Tak dapat tidur. Kami risaukan kakak dan Abang," balas salah seorang dari mereka.
"Kakak kamu ada cerita pada akak semalam, pasal cerita yang akak ada tanya sebelum ni. Nenek tua tu berhijrah ke kampung tu pasal nak carikan perwaris untuk jelmaanya, memandangkan dia tiada anak. "
Aku menyambung cerita lagi, "tetapi dia tak jumpa dan tiba-tiba serigala jelmaanya telah mengamuk kerana tidak dijamu makanan akibat nenek tu yang kehabisan bekalan makanan. Jelmaan menyerang penduduk kampung."
"Ya," kata salah seorang dari mereka lalu menyambung cerita ku,
"Nenek masuk ke hutan untuk melindungi jelmaannya memandangkan dia mendapat tahu penduduk kampung bercadang nak serang serigala tu."
Rancak dia bercerita," tapi tak sangka serigala tu ada banyak. Semua mati dan hanya seorang yang terselamat. Sejak hari itu kampung tu kosong dan nenek tua itu turut terkorban dibaham jelmaan belaannya yang mengamuk dengan dahsyat."
"Apa yang berlaku setelah tu?" soalku dengan sengaja supaya kami ada perbualan untuk mengisi kesunyian lewat malam ini.
'Aku dah tahu ceritanya. Tapi lebih seronok kalau dapat dengar lagi. Taklah kekok nanti fikir nak berborak apa,' gumam hatiku lalu aku menumpu pada mereka semula.
Pertanyaanku dibalas, "zaman berzaman terus berlalu, serigala jelmaan semakin menghilang. Hanya ada beberapa yang masih wujud di hutan ni. Tetapi mereka masih nak tunjuk lagak."
"Korang tak takut ke dengan diaorang?" soal ku dengan agak berkerut.
"Serigala jelmaan memang menakutkan tetapi mereka ada kelemahan jugak," balas mereka sambil tersengih.
"Tapi kan...korang serigala jadian, tak ada pulak dengar cerita korang. Serigala jadian muncul dari mana?" soalku menyuarakan kebingungan yang terbuku tetiba.
"Nenek moyang kami berhijrah ke sini setelah itu. Masa tu, serigala jelmaan semakin berkurang. Serigala jelmaan dan jadian membuat suatu perjanjian dan menetapkan sempadan kawasan. Oleh itu kami dapat tinggal bersama, sehingga kini!"
"Oh, baru tahu!" balasku sambil tersenyum. Kini baru aku tahu keseluruhan cerita. Sebanyak dua kali.
"Tapi kan..." aku mengerling jam di tangan.
"Dah pukul tiga nak ke empat pagi ni. Apasal abang dan kakak korang tak kembali lagi?" soalku lagi.
Masing-masing memandang dengan penuh risau. Aku lantas bersuara mengejutkan mereka.
"Apa kata kita pergi tengok apa yang sedang terjadi. Mana lah tahu kan entah abang kamu memang perlukan bantuan," cadangku.
Masing-masing saling berpandangan kembali. Sebaik mencapai kata putus, kami segera berjalan menuju ke kawasan serigala jelmaan.
Amaran yang ditinggalkan tadi tidak dihiraukan lagi. Kerisauan melanda membuatkan kami tidak dapat duduk berpeluk tubuh sahaja.
Tbc..
Vote and comment please ??
Share this novel