Rate

4

Adventure Series 650

"Awuuuuuuu."

Aku terjaga dari tidur sebaik merasakan ada bunyi serigala bergema. Aku menguis-nguis mata yang masih kuyu.

'Mimpi kot bunyi tu,' bisik hatiku meneka.

TIdak menyedari aku  tertidur semasa agak beremosi awal tadi.

Aku melihat ke sebelah.

Amira tidur dengan nyenyak.

Aku membuka zip khemah dan bangkit keluar dari situ. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa. Aku memeluk tubuh.

'Aduh, pehal sejuk semacam malam ni?'

Aku melihat ke langit. Malam masih menemani. Gugusan bintang yang berkerlipan di langit membuatkan aku tersenyum. Cantiknyaa ciptaan Ilahi!

Aku mengerling jam yang masih terlekat di tangan.

"Dah jam 12 ni. Patutlah seram sejuk semacam!'

Aku mendekati unggun api yang dinyalakan tidak jauh berhadapan khemah.

'Apa kata aku panaskan badan dulu sebelum sambung tidur balik.'

Aku melabuhkan punggung berhadapannya lalu mendekatkan tangan pada bahangnya. Aku tersenyum.

'Bestnya rasa hangat!'  Aku tenggelam sebentar.

Tiba-tiba...

Eh!

Aku menelan air liur pahit. Mata aku memerhati di sebalik semak samun yang asyik bergoyang-goyang di hadapanku.

'Eh apasal daun-daun semak tu bergoyang padahal tak ada angin lalu pun tadi.'

Aku meneliti di sebalik daun-daun itu. Mata ku membungkam luas saat mataku tertangkap sesuatu.

Ada sepasang anak mata yang berwarna merah sedang merenungku dengan tajam.

Mulutku lantas menguntai ayat-ayat suci zikrullah. Jantungku berdegup pantas ketika itu.

Aku asyik memerhati ke depan dan ke bawah. Terlalu takut sehinggakan kakiku menggeletar tanpa henti.

'Aku nak balik ke khemah semula!' rintihku sendiri.

Aku mengetuk kaki yang asyik tidak henti bergoyang. Aku menegurnya,

"Woi kaki duduk diam-diamlah. Kau kena beranikan diri untuk berjalan. Janganlah takut sangat. Bukannya jauh mana khemah tu!''

Aku melihat kembali ke depan.

"Arghh!"

Seekor serigala hitam bermata merah hampir menerkamku. Aku sempat melompat ke tepi dan jatuh rebah ke lantai.

"Mak tolong Arissa mak!" teriakku  kuat dengan harapan Amira akan bangkit datang membantuku. Namun tiada reaksi dari khemah.

Aku mengesot badanku mengundur di tanah. Mataku melihat khemah yang sudah berada jauh dariku.

Deruman nafasku asyik naik turun. Serigala itu melangkah perlahan mengikut rentakku. Aku mengundur sedaya mungkin.

Namun aku agak tersentak saat unduran ku terhenti apabila badanku menyapa di sebuah pohon besar. Aku menepuk dahi.

'Alamak, Ada pokok pulak halang jalan aku!'

Serigala hitam itu perlahan-lahan makin mendekat. Aku mengomel sendiri meluahkan isi hati terakhir.

"Rasanya masa aku dah sampai!"

"Ibu ayah, maafkan Arissa pasal kadang-kadang tak dengar cakap ibu ayah. Pada kucing Arissa, Miko cayang bucuk-bucuk masam, maaf sebab tuan kau ni selalu bagi kau makan lambat. Pada Amira, I love u frend. Kau carilah kawan yang lebih baik dari aku!"

"Arghhh!"

Aku seraya menutup mata saat terlihat taring gigi dan kakinya sudah keluar dan sedang melompat tinggi di awangan untuk menerkamku.

KEDEBUK!

Keadaan menjadi sunyi sepi. Aku masih terpejam mata rapat.

Aku dah mati ke? Tangan dibawa naik menyentuh lengan dan seluruh wajahku.

'Apasal tak rasa sakit pun? Tak ada kesan terkaman pun.'

Aku membuka mata perlahan dan melihat ke tepi. Hampir aku pecah ketawa melihat serigala hitam itu jatuh rebah ke lantai.

'Tapi...macam mana serigala tu boleh tumbang. Aku tak buat apa-apapun.'

Hah!

Aku melopong  mata luas saat melihat ada seekor lagi serigala di sebelahku.

Ada serigala lagi? Tapi kali ni matanya berwarna kuning.

Aku mengundurkan langkah lagi, namun serigala tadi telah bertukar menjadi manusia mengejutkanku.

'Dia manusia ke? '

Serigala yang bertukar menjadi manusia itu mendekati dengan wajah dingin.

Dia bersuara,

"Cepat ikut aku pergi dari sini sebelum serigala hitam tu terjaga. Mereka takkan lepaskan kau begitu saja. Kau akan jadi mangsa untuk mengenyangkan perut mereka yang lapar."

Aku tergamam mendengarnya,  lantas menegurnya.

"Tapi kawan saya macam mana? Dia ada sorang-sorang kat khemah kami."

Lelaki serigala itu membalas, "kau tak perlu risau. Mereka takkan serang kalau kawan kau tak ada depan mata mereka. Dah ikut aku."

Aku mencebik bibir , 'banyak lah kau.  Buat dia terjaga kang. Arwah dia malam ni tak memasal aku rasa  bersalah seumur hidup,' bisikku di dalam hati.

'Mau saja aku kata padanya begitu, namun wajahnya yang dingin mematikan hajatku.'

Aku menurut tanpa banyak bicara. Aku menuruti langkahnya tanpa tahu arah.

Setiap kali aku menyoal diri, 'betul kah apa yang aku buat ni? Kenapa aku percayakan dia buta-buta padahal baru bertemu. Entah dia nak culik aku ntah. Entah dia cuma perangkap aku atau entah dia nak ngap aku bila ada peluang?'

Aku tidak henti mengeluh sejak tadi, tanpa ku sedari langkahnya terhenti

Dia menoleh padaku dan berkata

"Kau ni bisinglah. Boleh senyap tak. Tak lama lagi kita sampai ke kubu aku. Faham!"

Aku mengangguk-angguk faham lalu merenung wajahnya yang berkerut.

'Perghh! Lelaki Serigala. Encik Serigala.... yang sangat dingin.'

Kami meneruskan perjalanan semula. Meredah lorong-lorong kecil yang tanahnya kekadang rata dan berlumpur.

Aku sedikit kecewa saat melihat hujung  seluarku sudah penuh dilumuri lumpur.

'Memang rasa tak selesa!'

Kami akhirnya tiba di sebuah dataran yang tidak seberapa luas.

"Kita dah sampai,"ujar lelaki itu dengan dingin.

Kelihatan seperti ada suatu keluarga sedang berkumpul mengelilingi api seperti sedang berbual. Mereka sedang ketawa sebelum sedar kami tiba.

Bestnya. Story bed time ke? Atau horror  punya?

"Ada tetamu," tegur lelaki itu dengan suara dingin pada mereka. Aku mengecilkan mata

'Ceh...memang tak ramah betul lelaki serigala. Dingin!'

Seorang dari mereka berempat menerpaku. Dia seorang gadis yang seperti berumur  dalam lingkungan belasan tahun menegurku,

"Kakak ni siapa? Marilah ikut serta kami."

Aku tersenyum mendengar pelawaanya. Kaki segera diatur menuju dan mendekati mereka lalu aku melabuhkan duduk bersama mereka.

Ada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Mereka asyik memandangku dengan senyuman.

Sementara itu ku curi lihat ke  lelaki serigala  yang tidak berjauhan sedang berbaring pada sebuah batu besar dan menatap langit. Dalam pada itu sempat jugak aku buang pacat pada kaki. Huh!

Aku menoleh pada mereka semula dan mulai berbual dengan mereka.

'Tak sangka mereka ni ramah!'

Aku tidak habis menyoal mereka mengenai persoalan yang asyik bermain di benakku.

'Rupanya serigala hitam yang menyerangku adalah serigala jelmaan.' Aku menelan air liur pahit.

'Patutlah mata dia warna merah!'

'Apa yang mengejutkanku adalah saat mendengar pengakuan bahawa mereka adalah serigala jadian. Nenek moyang mereka telah disumpah, mereka adalah generasi seterusnya. '

Aku mengambil peluang menyoal lagi,

"kamu semua tahu tak kisah nenek tua dan orang kampung pada zaman berabad dahulu tu? Siapakah nenek tu dan dia jelmaan serigala tu?"

"Sebenarnya.." si gadis bersuara ingin bercerita.

"Sudah!" terjahan suara lelaki serigala mematikan katanya. Mereka bertiga memandang lelaki serigala dengan wajah tertunduk.

"Pergi tidur!" arahnya dengan suara agak dingin tetapi masih terkawal nada keluar.

Mereka lantas bangkit tanpa banyak menyoal. Aku menjeling ke arah lelaki serigala.

'Apalah tegas sangat. Dia buat  budak-budak tu macam askar pelatih.'

"Bawa tetamu tidur di atas pondok!" arahnya lagi.

Si gadis mengangguk-angguk faham saat ditegur lelaki serigala.

Si gadis menyuruhku  menuruti langkahnya.

Sempat waktu itu,  aku berpaling ke sebelah. Aku terlihat tiga budak lelaki serigala yang masih bawah umur tu membaringkan badan di bawah pohon besar dan mulai menutup mata.

Aku beriak agak sayu,

'Mereka tidur kat bawah tu je ke?kesiannya.'

Aku segera menuruti langkah si gadis memanjat tangga kayu yang sedang menghala ke sebuah pondok kecil di atas pokok.

"Tidur sini."

Panggilnya lalu aku bingkas merebahkan badan bersebelahannya. Tilam yang berlantaikan kayu keras itu tidak dipedulikan lagi.

'Janji boleh tidur. Lantai sejuk menyamankan badan. Makin sedap nak tidur sejuk-sejuk cam ni!'

"Akak!" teguran dari sebelah mengejutkanku. Mata yang baru hendak menutup segera segar semula.

"Ya,"balasku perlahan.

Gadis itu mulai bersuara, " tadi akak cakap, akak baru berumur 18 dan akak cakap akak masih sekolah."

"Ya...kenapa?"

Aku memaksa mata yang hendak menutup terbuka. Sesekali pipi ditampar untuk menyedarkan diri.

"Saya berumur 14 tahun. Tahun ini. Semasa saya kecil, ibu bapa kami masih hidup lagi. Tika itu saya pernah bersekolah dan ada ramai kawan. Tapi.."

Dia beriak agak sayu.

Mataku terus terbuka luas dan mengantuk terus hilang tetiba. Aku agak terkejut mendengarnya.

"Kamu ni adik beradik la kiranya. Mak ayah kamu dah meninggal?"

Air mata sudah terlihat memenuhi tubir matanya. Dia membalas dengan anggukan.

Aku hanya memerhatinya dengan pandangan kosong. Hatiku turut diragut pilu.

'Sedihnya, dengar cerita adik ni.'

Dia meneruskan bicara, "tapi..kami tak ada duit dan hidup merempat setelah itu. Sewa rumah tak dapat dibayar. Akhirnya abang bawa kami ke hutan dan buat keputusan untuk tinggal di sini selama-lamanya. Abanglah  yang telah berusaha membesarkan dan menjaga kami."

Aku memberanikan diri menyoal, "abang yang kamu cakap tu adalah yang selamatkan akak tu ke?"

"Ya..tu lah abang saya," balasnya tanpa memandangku.

Barangkali malu kerana menangis di hadapanku. Air mata masih mengalir di pipinya.

Aku menyoal lagi," boleh tak cerita kat akak tentang soalan yang akak tanya kamu tapi kamu tak sempat nak balas masa abang kamu tegur tu?"

Dia mengangguk-angguk dengan senyuman. Akhirnya aku menariknya masuk  ke dalam dakapanku.

Tubuh kecilnya terasa hangat. Ya, aku lakukan lepas teragak-agak nak buat. Aku peluk dia untuk redakan rasa sedihnya.  Dia terus menangis dalam pelukanku.

Aku mengosok-gosok belakangnya untuk menenangkan.  Tanpa ku sangka, aku terlihat dari atas ini lelaki serigala mengatur langkah perlahan pergi.

Tertanya-tanya juga aku. Adakah dia terdengar perbualan kami?'

Wajahnya kelihatan hambar saja. Dia berlalu dengan tertunduk.

******

Malam yang panjang terus berlalu, aku terlelap tanpaku  sedar.

Tetiba wajahku terasa sedikit panas. Aku membuka mata perlahan.

Sinaran matahari dari atas sedang menyuluh wajahku.

Aku menghadang sinaran itu dengan tangan.

'Dah pagi ke?' bisik hatiku.

Aku melihat ke sebelah.

Kosong!

'Mana gadis pergi? Dia dah bangun ka?'

"Akak-akak berdua bangkit! Dah siang ni! Mari sarapan bersama."

Teriakan dari bawah memintaku membalas.

Aku segera melihat ke bawah dan bersuara," mana kakak kalian? Dia tiada di atas."

Wajah mereka separuh terkejut mendengar pernyataanku. Mereka saling berpandangan lalu membalas,

"Kami bangun paling awal hari ini. Kakak tak pernah bangun lambat. Dia selalu sediakan sarapan. Tapi hari ini..."

"Entah-entah..."

Kata-kata salah seorang dari mereka membuatkan wajahku yang sedia berkerut menjadi berkedut.

"Kenapa? Apa yang terjadi?"

Tbc..

Vote and comment please  ??

enjoy yr day

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience