Rate

7

Adventure Series 650

'Habislah, aku akan dimakan,' bisik hatiku.

Matanya yang kemerahan merenungku dengan tajam. Kuku di tangan terlihat menonjol. Dia sedia untuk menerkamku.

Tidak!

Aku memejam mata dalam ketakutan.

"Lari!"  teriakan bergema tetiba tetapi aku tidak tahu mengapa.

Aku masih terpejam mata rapat dan mengigil dalam ketakutan.

'Aku dah mati ke? Tapi kenapa dapat rasa macam ada sentuhan?' soal hatiku seketika.

Aku membuka mata perlahan. Gadis sedang berdiri di hadapanku. Aku melihat ke tanganku. Tidak menyangka tangannya sedang mengenggam tanganku erat.

Aku melihat sekeliling tubuhku. Tali di badan sudah dileraikan.

"Kamu yang selamatkan akak?" soalku padanya.

Dia lantas membalas, "taklah. Abang yang selamatkan. Dia sedaya upaya leraikan ikatan dari badan dan berjaya. Tapi...dia tak sempat nak serang serigala jelmaan tu."

"Kenapa?" soalku lagi.

"Sebab matahari dah terpancar sebelum abang buat..."

Suara tawa kedengaran setelah itu.  Serentak mereka mentertawakan abang mereka bersama.

Aku hanya tersengih melihat mereka. Serigala dingin hanya beriak selamba.

Gadis bersuara lagi, "kelemahan serigala-serigala jelmaan adalah waktu siang. Mereka hanya muncul pada waktu malam dan berehat pada siang. Sekarang kita dah bebas.

Si gadis meneruskan kata lagi, "terima kasih pada abang sebab berjaya leraikan ikatan kita semua..."

Sengaja dia memberhenti sebelum dia meneruskan kata lagi, "walaupun abang gagal selamatkan kakak!"

Sekali lagi tawa kedengaran sebaik mendengar usikan gadis. Serigala jadian masih beriak selamba.

Dia berdehem sebelum bersuara menegur mereka lalu beredar pergi.

"Sudahlah...jom balik!"

Kami segera melangkah pergi. Tetapi bukan pulang ke tempat ke mereka semula.

Aku mengetahuinya sebaik serigala bersaudara menyuarakannya. Kami hanya mengikut langkah serigala jadian yang mengetuai jalan.

Jalan yang kami lalui seperti dikenali. Namun ku diamkan sahaja persoalan mengenai itu. Malas hendak menyoal.

Kami memberhenti saat tiba di sebuah pokok. Mataku melilau sekeliling dan memberhenti saat dapat menangkap sesuatu.

'Khemah? Ni macam khemah aku dan Amira?'

Serigala dingin menghampiri ku dan bersuara, "rasanya dah sampai masa untuk kau pergi. Mereka sedang menunggu!"

"Macam mana awak tahu? Mereka sedang tunggu?" soalku padanya.

"Aku nampak keluarga kau sedang mencari-cari kau masa tengah bersiar-siar siang kelmarin. Mereka tak perasan aku. Mereka asyik sebut nama kau. Aku tak beritahu kau sebab aku rasa lebih baik kau tahu lepas semua hal ni selesai."

Aku tersenyum mendengarnya. Hatiku berbisik, 'jadi sebab tu lah kau rasa bersalah dan nak selamatkan aku.'

"Terima kasih," ucapku.

Serigala dingin hanya mengangguk-angguk. Adik-beradik serigala merenungku dengan wajah sayu.

Mereka lantas bersuara sendu,"akak dah nak pergi? "

Serigala dingin bersuara lagi, "tempatnya bukan disini. Keluarganya sedang menunggu kepulangan dia."

Gadis segera mendakap tubuhku, dia bersuara dalam sayu, "akak jangan lupakan kami. Walaupun  singkat pertemuan kita. Tapi kami sangat sayang pada akak."

"Betul tu...betul tu," kata tiga saudara serigala serentak. Aku mengangguk-angguk mendengar kata-kata mereka.

Air mataku yang berair ku seka.

'Sentimental la pulak!' gumam hatiku.

" Arissa!"

Aku bereaksi saat mendengar suara teriakan memanggil. Eh, macam suara Amira!

"Tunggu dulu!"

Aku menahan mereka yang hendak berlalu pergi. Mereka bereaksi dan menoleh ke arahku.

"Saya rasa kamu tak patut tinggal di sini lagi. Hiduplah seperti manusia biasa yang lain. Pergi dari sini dan mulakan hidup baru di luar sana."

Aku memandang wajah gadis sambil tersenyum dan berkata lagi," tunaikan impian yang kamu impikan!"

"Tapi macam mana? Kami tak ada tempat tinggal," kata gadis padaku.

"Jangan risau. Kehidupan kamu akan terbela. Pusat khidmat kebajikan masyarakat. Pergilah ke sana. Maka semuanya akan terjawab," balasku panjang lebar.

"Arissa!"

Panggilan dari belakang membuatkanku menoleh.

Amira sedang berdiri di hadapanku bersama ibu bapaku. Mereka lantas menerpaku lalu mendakapku.

Suara tangisan ibu bergema, "mana kamu pergi nak. Sudah dua hari kamu hilang. Tahu tak kami risau."

"Maaf bu," ucapku dalam suara sebak. Kami melepaskan dakapan perlahan.

Aku segera melihat ke belakang.

Kosong!

'Mereka dah balik rumah mereka!' Aku memaksa diri tersenyum.

Amira menegurku kemudian," Arissa kau okey tak? Apa yang berlaku? Kenapa bila aku bangun je pagi tu kau terus tak ada. Aku cari kau, tapi tak jauh pasal aku takut tersesat. Aku balik rumah dan terus bagitau ibu ayah kau. Kau tengok khemah ni..."

Jari Mira dihalakan pada khemah. Aku tersengih.

Dia menyambung lagi, "aku tak bawak balik tau. Pasal kalau kau jumpa jalan balik dan nampak khemah ni, senang kitaorang nak jumpa kau. Kau merajuk ke? Kau cari sorang-sorang serigala tu? Kau pergi mana sebenarnya? Kau sesat? Ada sesuatu berlaku tak?"

Aku membalas dengan senyuman dan berkata, "kalau Arissa cerita, ibu ayah dan kau percaya ke?"

Mereka merenungku dengan wajah berkerut. Aku hanya tersenyum memandang wajah mereka.

*************

Sejak itu, beberapa hari berlalu. Aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Karangan yang diminta guru berjaya ku siapkan. Aku menulis berdasarkan inspirasi dari cerita hidup sebenarku.

Pengembaraanku di dalam hutan, ku cerita segala-galanya dalam suatu karangan yang berbentuk cerpen.

Aku pergi ke sekolah seperti biasa.
Kehilanganku tempoh hari masih menjadi tanda tanya buat pelajar-pelajar dalam kelas.

Aku sengaja merahsiakannya.

'Kalau cerita pun bukan korang percaya nanti kan. Tak  nak kena cop mental,'  bisik hatiku diselangi tawa hambar.

Kelas berjalan seperti biasa apabila guru subjek bahasa melayu masuk mengajar seperti biasa.

Cikgu Hamadi mengembalikan semula karangan yang dihantar kepada murid. Namun ada suatu karangan yang menarik perhatiannya.

Katanya," saya telah memberi tugasan menulis karangan bebas. Semuanya menarik dan saya dapati penulisan kamu semua sangat baik dari segi penggunaan kosa kata dan tatabahasa. Namun begitu ada seorang pelajar menarik perhatian saya...namanya Arissa."

Aku melopong saat mendengar namaku disebut.

"Saya?" Soalku.

Cikgu Hamadi meneruskan bicara, "kamu pandai mereka cerpen ya. Tetapi ceritanya berimaginasi tinggi. Ianya bagus. Tetapi kamu mesti lebih realistik lagi nanti ya. Kisah serigala jelmaan dan jadian. Sangat menarik!"

Satu kelas tersengih mendengarnya. Aku turut sama.

'Tak tahu nak kata ini adalah suatu pujian atau tidak.'

Hanis mengerling ke belakang dan tersenyum.

'Ya serigala!' Hanis menganggap kehilangan aku kerana ceritanya. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Baiklah..."

Teguran suara Cikgu Hamadi membuatkan kami masih merenungya.

"Saya dikhabarkan ada pelajar baru akan masuk. Dia dan adik-adiknya baru berpindah ke sebuah rumah anak yatim di sini."

"Silakan masuk!"

Arah cikgu sebaik memandang muka pintu.

Seorang lelaki berpakaian seragam lengkap sekolah melangkah masuk dan berdiri di hadapan kelas.

Aku cuba mengimbas wajahnya.

'Hurm, macam kenal!'

Dahiku menjadi berkerut.

Dia bersuara saat diberikan arahan untuk memperkenalkan diri.

"Nama saya Asyraf. Selamat berkenalan," katanya dengan suara agak serius.

Aku segera menguntum senyum saat berjaya mengenal pasti wajahnya.

Encik serigala? Serigala dinginlah! Aku tersengih kecil kemudian.

Amira menyapa bahuku lalu berkata, "kau dah kenapa sengih seorang?"

Aku hanya membalas dengan gelengan dan menumpu melihat ke hadapan semula.

Hatiku berbisik, "selamat datang Encik Serigala.

Kita bertemu lagi!

TAMAT

Vote and comment please  ??

Next,  siri kedua

Gudbye

ada siri kedua awwwww. tpy saya akan pub kalau ada rmai view, vote and supporter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience