Rate

1 1

Adventure Series 630

1

       Pagi itu seperti biasa aku menuju ke kelas. Senyuman dibibir terukir kerana aku begitu gembira melihat pagi  yang cerah.

"Arissa!"

Amira menyambutku dengan gembira di hadapan muka pintu. Aku menghadiahkan senyuman.

"Awal kau datang?" tegurku sementara kaki kami melangkah ke tempat duduk.

"Kau yang datang lambat, " balas Amira.

Aku mengerling jam di tangan.

TENG! TENG

Patutlah pagi dah cerah, matahari dah terpacak naik tapi aku ingat aku datang awal hari ni. Baru nak pecah rekod!

Aku beriak sedikit kecewa.

"Kau datang lambat sebab apa pulak?" soal Amira. Aku berjeda seketika.

"Tengok drama lah tu." Amira membuat spekulasi dia memandangkan aku tidak ada tanda ingin berbicara.

Aku tersengih.

Sementara membelek beg untuk mencari buku karangan untuk ditunjukkan pada Amira, aku menegurnya.

"Mira..kau dah tulis karangan yang cikgu mintak minggu lepas? Aku tak siap lagi. Tak tahulah nak tulis apa. Bukan aku minat bab menulis ni."

Krik..krik..krik...(tiada balasan)

Aku segera menoleh ke sebelah. Mataku membola besar padanya.

"Mak ai dia tidur.. siap keluar air basi lagi," bisikku.

"Amira!"

Aku berteriak kuat lalu menampar lengannya. Amira langsung tidak bergerak. Aku memuncungkan bibir.

"Tidur mampus la kawan aku ni. Semalam kau jaga anak ke?" gumamku

"Aku main p.s.p la sampai lupa nak tidur. "

Teguran suara Amira mengejutkanku.

Laa spesies aku je pun.  Jenis tidur lewat.

Buat seketika,

'Aik camna dia boleh dengar ni? Bukan dia tidur mati ke?' omel hatiku.

"Karangan tu senang je la...kan karangan bebas. Kau rekalah cerita seram ke, cerita dongeng ke. Cikgu cuma nak tengok cara penulisan kita je. Lagipun cikgu bagi tempoh dua minggu  kan? Minggu depan baru cikgu mintak. Kau jangan risaulah!"

Aku memandang Amira dengan berkerut.

' Hebat...hebat kawan aku dalam tidur pun boleh bercakap. Kau jumpa aku dalam mimpi ke, aku tengah tanya kerja sekolah kat kau?' ketawa kecil aku sendiri.

Aku melihat Amira dengan tersengih. Dia masih menutup mata rapat dan sedikit berdengkur dengan perlahan. Teruk betul perangai kawan aku yang seorang ni. Aku ketawa lagi dengan perlahan.

"Wei.. nak dengar cerita tak?"

Hanis rakan sekelasku bersama Ani, rakan baiknya menegur Anissa dan Hamina yang duduk berhadapan tempat duduk kami.

"Cerita apa?" soal Hamina dengan minat.

Hanis tersengih dan mula menunjukkan wajah saspen. Aku yang berada di belakang tanpa mereka sedari turut menunjukkan minat.

'Hanis nak buat cerita bohong dia dah la tu. Hari tu dia kelentong, ada puntianak tinggal dekat banglo yang ditinggalkan dekat sebelah sekolah kitaorang ni. Dia kata puntianak tu boleh menjelma jadi manusia. Siapa yang masuk rumah tu akan mati,'

Hati aku terus membisik lagi,

'Tapi tahun lepas ada sebuah keluarga beli rumah tu. Aku tengok tak mati-mati pun malah anak lelaki dia sekolah dekat sini'.

'Walaupun kena kelentong aku suka dengar cerita Hanis. Best! Saspen! Asyik rasa nak tahu.'

Aku menoleh pada Amira dengan wajah sayu lalu menoleh ke hadapan semula.

Dahlah aku duduk seorang. Mira mereluh (tidur), aku rasa
sunyi.

Hanis memulakan cerita,

"Kau nak tahu..hutan belakang sekolah kita ni. "

"Pulak dah!" Aku menepuk dahi dan menggeleng-geleng.

'Hari tu rumah banglo sebelah sekolah. Ni hutan belakang sekolah pulak? Tapi ada apa ya? Aku pun teringin nak tahu. Maklumlah aku masih baru kat sekolah ni. Aku pindah sini pasal nak ambik form six je.

Suara Hanis bercerita terus merancakkan suasana.

"Kalau kau nak tahu pada abad zaman-berzaman dahulu, ada seorang nenek tua yang sedang berhijrah dan tidak tersengaja memasuki hutan tersebut."

Hanis terus bercerita, "pada zaman tu ada sebuah kampung didirikan. Nenek tua yang sedang membongkok itu meminta izin untuk menginap di situ buat sementara waktu sebelum dia menyambung penghijrahannya."

Fuh makin hangat!

"Warga kampung membenarkan tetapi dengan syarat meminta nenek tersebut jangan terlalu kerap memunculkan diri. Wajahnya berkedut dan membongkok menakutkan anak-anak di situ..."

Tak bergerak aku dengar cerita bohong Hanis.

"Nenek bersetuju dan mulai menginap di sebuah rumah lama yang masih elok ditinggalkan oleh sebuah keluarga yang sudah mati dan tiada berpewaris."

Hamina dan Anissa mendengar dengan penuh minat. Tidak terlepas juga Ani yang turut khusyuk mendengar biarpun dia sendiri seperti sudah tahu ceritanya. Riak wajahnya hanya bersahaja malah dia asyik mengangguk-angguk sejak tadi.

Aku turut sama dihanyut sama dibayangi cerita itu.

Hanis terus menyambung,

"Nenek itu telah tinggal dari tempoh yang sepatutnya. Ramai orang sibuk menghebohkan hal ini sehinggakan hal itu sampai ke telinganya sewaktu dia sedang bersiar-siar di sekeliling kampung."

"...Kedatangan nenek itu juga telah menyebabkan pelbagai perkara aneh berlaku. Setiap malam mereka terdengar bunyi serigala..

 "Awuuuu.."

Meremang bulu romaku saat mendengar bunyi serigala yang keluar dari mulut Hanis.

Aku terus menadahkan telinga mendengar lagi.

"Malah orang kampung mendakwa sesetengah penduduk kampung hilang tetiba saat memasuki hutan untuk berburu. Ya,  hilang dan ditemui mati. Selepas beberapa hari."

Tbc....

Feel free to leave vote and comment.  Any criticisms are allowed. Thanks for 14K book ni.

Create: 2017
Re-edit : 2020.

hi vote please kalau suka untuk hargai saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience