Suasana rumah banglo dua tingkat itu sunyi selepas ditinggalkan tiga lelaki gantang yang menyambut kehadiranku pagi tadi. Masing-masing lesap dengan kenderaan sendiri dan yang buat aku terlongo di tepi tingkap adalah setiap seorangnya membawa kereta berjenama dan mewah, tidak padan dengan usia. Terutama Hakimi yang baru berusia 21 tahun. Muda-muda sudah pandu Audi. Aku?
Motosikal kapcai peninggalan arwah ayah.
Hm, jauh beza kehidupan aku dan mereka. Ingin bertanya kerja apa, teringat pula kandungan kontrak yang termaktub antara kami.
Selepas siap mengemas ruang tamu, aku ambil kesempatan untuk menerokai kawasan halaman yang tidak sempat aku jejak Sabtu lalu. Sepatutnya aku mengemas bilik tidur mereka bertiga tapi dilarang pula. Alasannya belum bersedia. Pandai malu pulak? Nak sembunyikan majalah atau DVD yang tak patut le tu! Macamlah aku tak tahu bilik lelaki bujang macam mana. Benda yang tak senonoh memang wajib terutamanya dalam laptop diorang.
Aku melangkah keluar dari pintu dapur. Dah macam pencuri pulak terhendap-hendap nak keluar rumah. Semuanya gemuruh punya pasal. Almaklumlah, kali pertama berada di rumah orang lain.
Dari jauh aku sudah menangkap bayang kolam ikan dan gazebo yang dikelilingi pohon dan pokok bunga seperti di dalam drama Jepun. Lagak seperti kanak-kanak riang, aku melompat mengikut susunan cobblestones yang direka mengikut bentuk rama-rama. Taman yang menghijau dihiasi bunga mekar bermacam jenis dan warna mendamaikan hatiku yang sememangnya pencinta alam semulajadi.
Laluan itu akhirnya tamat di kolam yang berdinding batu. Rasa teruja menguasai jiwaku tatkala melihat ikan koi sedang rancak berenang di dalam air yang jernih. Pancuran air memecah keheningan hari yang hampir menginjak ke waktu sebelas. Matahari sudah terik di atas kepala, memaksa aku untuk menyambung kerjaku kerana sekejap lagi majikanku akan pulang. Niat untuk duduk di gazebo terpaksa ditangguh.
Peti sejuk dibuka dan aku lihat ayam mentah beku dan beberapa ekor ikan bawal di dalam plastik hitam. Dalam otak sudah berkira-kira mahu memasak sup ayam dan bawal masak masam manis. Menu mudah dan sekejap. Sayur yang mampu aku temui hanyalah sayur campur yang sudah dibungkus dalam polisterin.
"Rasanya dah boleh masak sekarang." Ayam yang sudah lembut setelah dinyahbeku aku potong manakala ikan disiang. Selalunya kerja memasak tidak mengambil masa yang lama kalau aku sudah tahu cara dan bahannya. Jam di tangan aku pandang sekilas.
Baru 11.15 pagi.
"Awal sangat ke aku masak?" Mataku mengerling bawang yang sudah siap dihiris, sayur yang memang sudah tersedia dan bahan mentah yang sudah dipotong. Mengikut jangkaanku, semuanya akan siap dalam tempoh setengah jam. Rancanganku, aku akan pulang sebentar ke rumah untuk memasak tengah hari sebelum Fika dan Ara pulang. Selepas itu, aku akan kembali meneruskan kerjaku.
Macam senang tapi sebenarnya aku belum lagi memberitahu majikanku tentang rancanganku itu. Mahu dia tak kasi, terpaksa Kak Long membelikan makanan segera untuk adik-adikku. Aih, cubalah Kak Long belajar memasak.
Mahu mencuba nasib, aku teruskan misi memasakku supaya siap lebih awal. Untung-untung majikanku benarkan, boleh juga pulang awal.
Sedang aku menyiapkan kuali di atas dapur memasak, kedengaran bunyi pintu ditutup, sayup-sayup dari ruang utama. Disebabkan rumah itu sunyi, telingaku pantas dapat menangkap sebarang bunyi yang mencurigakan lebih-lebih lagi kalau dari ruang tamu. Mana tahu ada penyamun masuk.
Tidak semena-mena jantungku berdegup kencang.
Dengan berhati-hati, aku meletakkan kuali di atas dapur lalu berjalan terjungkit-jungkit ke arah gerbang yang ditutupi langsir. Diselak sedikit, mata mencari bayang aneh tapi tak jumpa.
Aku tersilap dengar?
Masih lagi ralat memikirkan bunyi aneh itu, tiba-tiba aku terdengar tawa halus dari tingkat atas.
Suara perempuan.
Salah seorang penghuni rumah inikah? Tapi Uqasha tak ada pula beritahu ada kaum wanita yang tinggal di rumah ni. Sebab kau tak tanya! Aku ketuk kepala. Terasa bodoh dengan soalan sendiri.
Aku keluar dari dapur lalu menuju ke arah tangga. Pelbagai andaian bermain di benak fikiran. Siapa yang datang? Adik-beradik Uqasha? Yalah, kalau bukan ahli keluarga majikanku, takkan pula perempuan itu boleh masuk ke dalam rumah melalui pintu yang berkunci. Pasti dia juga salah seorang penghuni rumah ini.
Memikirkan itu, hatiku menjadi kembang. Rasa lega kerana akhirnya ada juga kaum wanita yang tinggal di sini. Taklah rasa takut sangat walaupun ada tiga orang lelaki di sebelah. Boleh juga dibuat kenalan. Itupun kalau dia sudi.
Tawa itu kedengaran lagi. Dan kali ini berselang seli dengan suara seorang lelaki. Hatiku jadi tidak tenteram tiba-tiba. Dah kenapa ada suara lelaki? Ada lagi ke penghuni rumah ni yang belum aku kenal? Mustahil pula tiga mamat tadi tu sebab katanya akan pulang paling lewat pun jam 12.30 tengah hari.
Ish, nak kena tengok ni!
Tanpa membuang masa, aku menukar perananku dari seorang pembantu rumah kepada penyiasat persendirian. Seperti yang aku tonton selalu dalam filem misteri dan thriller, aku merapatkan tubuhku ke dinding, mata pula galak memerhati keadaan sekeliling yang sunyi. Anak tangga dipijak perlahan tapi pantas.
Setiba aku di ruang atas, aku tajamkan telinga. Bunyi tawa sudah lesap, berganti dengan rengekan halus. Aku ekori bunyi itu, tercari-cari arah punca sehingga mataku terhenti pada pintu yang terbuka.
Master Bedroom.
Hatiku berperang sesama sendiri. Amaran berkali-kali dari Uqasha terngiang-ngiang di telinga, bersilih ganti dengan rasa ingin tahu yang membuak di dada. Siapa yang tidur di bilik itu? Sampaikan diberi amaran dan dijadikan kandungan dalam kontrak kerja?
Pemilik rumah inikah atau seseorang yang aku tak boleh tahu?
Kakiku melangkah setapak. Begitu hampir dengan daun pintu yang terbuka sedikit. Berjalan dekat lagi, suasana dan empunya bilik itu pasti dalam pandanganku.
"Jangan sesekali, I repeat, don't ever ever stepping your foot inside the master bedroom. Tak kisah pun apa yang terjadi."
Sesaat aku kaku bila ayat itu bermain di kotak fikiranku. Aku pandang jarak antara aku dengan bilik itu. Suasana hening banglo itu dicemari suara halus yang memanggil aku untuk melihat gerangannya. Perlukah aku mengintai disebalik pintu?
Wait! Yalah, aku hanya mengintai, bukannya masuk. Pintu terbuka, itu bukan salah aku. Aku tak langgar apa-apa syarat. Akal sudah buat kesimpulan sendiri.
Nafas ditarik dalam. Ya, aku hanya berada di luar bilik...
Satu langkah diambil. Sikit-sikit. Perlahan-lahan. Dan akhirnya aku berada dekat, begitu dekat hingga bunyian tadi jelas kedengaran di cuping telingaku. Mulanya seperti tawa dan rengekan, tapi bila dah berdiri depan pintu, lain pula jenis bunyinya.
Seperti desahan.
Darah yang terkumpul di jantung aku rasa sudah naik ke wajah, merembes sehingga pandanganku jadi kabur. Bilik yang bercat ungu dan putih tidak menarik perhatianku sebaliknya katil bersaiz King yang bercadar sedondon dengan warna bilik menjadi tatapanku. Di atasnya kelihatan dua jasad sedang bersatu, masih lengkap berpakaian, sedang melakukan sesuatu yang budak darjah enam pun tahu apa.
Berasmaradana!
"Ahh, Nain..." rengekan manja wanita itu buatkan tubuhku tersentak. Menggeletar lututku apabila lelaki yang sedang menghempap wanita itu bangun lalu membuka kemeja putihnya. Nasib baik katil itu membelakangiku, jadi tidaklah mataku dinodai dengan aksi yang tak sepatutnya. Pun begitu, seperti magnet, belakang tubuh lelaki itu yang kini tidak berbaju seperti memanggilku untuk melihat. Kulit cerah yang bersih dan kekar berotot sangat menggoda jiwa yang pertama kalinya dihidang dengan panorama indah itu.
"Kiss me..."
Ah, sudah! Aksi suami isteri di tengah hari butakah ini? Kenapa tak tutup pintu? Kenapa yang lain tak sebut langsung pasal pasangan suami isteri di rumah ini?
Untuk apa diberi amaran, aku tidak faham. Suami isteri je kot. Apa yang perlu dirahsiakan?
"Honey, I want more."
Dan mata ini, kenapa kau sanggup menderhaka kepada tuanmu?
Wanita yang masih lengkap berbaju itu aku lihat sudah seperti cacing kepanasan. Meliang lintuk dibawah sentuhan suaminya, minta dibelai. Kepala lelaki itu ditarik ke bawah demi menangkap bibir manakala buah dadanya yang aku agak bersaiz D digesel penuh ghairah ke arah tubuh pasangannya. Apa yang buat air liurku kering adalah betapa agresifnya suami wanita itu.
Tangannya yang sedari tadi menekan pergelangan tangan isterinya kini melurut ke bawah, mengikut lekuk tubuh sebelum mencangkuk paha yang terdedah itu ke pinggangnya.
Desahan sang isteri semakin kuat. Aksi di atas katil semakin ganas. Bunyi ciuman, rengekan dan keluhan yang memberahikan bergema di setiap ruang bilik master bedroom itu. Bila telingaku menangkap bunyi tali pinggang dibuka, terus mataku dilarikan, tidak sanggup menyaksikan adegan yang seterusnya.
Astagfirullahazim!
Berkali-kali bibirku mengucap. Sememangnya rasa ingin tahu adalah racun kepada jiwa. Memang benarlah pepatah barat, Curiosity can kill the cat! Kalau dah gatal sangat, pergi kahwin sana Hamani oi! Minta Mak pinangkan seorang jantan untuk aku. Huh!
Tanpa berlengah lagi, aku meninggalkan bilik yang dihuni sepasang suami isteri itu lalu berlari turun ke bawah. Nafas ditarik dan dihela panjang, cuba meredakan detakan jantungku. Seperti lipas kudung, aku berdesup masuk ke dapur demi meneruskan kerjaku yang tergendala. Riak cuba dikawal sebaik mungkin padahal jantung sudah hampir mahu tercabut dari tangkai.
Bertenang, Hamani. Relaks. Tarik nafas. Diorang takkan sedar punya.
Ya. Aku patut teruskan kerja aku. Buat macam biasa. Tinggal lima belas minit lagi sebelum jam 12. Selepas masak ni aku harus balik ke rumah, siapkan makan tengah hari. Uqasha tak bagi, aku akan merayu sampai dia bagi. Kalau dia ugut nak pecat aku, so be it. Ada aku kisah?
Periuk diisi air dan ayam dibaling beserta rempah ratus dan bawang. Api dapur yang menari-nari gelek dipandangku geram. Bila nak mendidih kalau api sebesar tapak tangan?
Cepatlah... cepatlah...
"Hei."
Tangan yang mengacau sup terhenti. Begitu juga denyutan jantungku. Aku langsung tidak berani menoleh meskipun sedar lelaki itu sedang memerhati setiap gerak geriku. Bergerak-gerak bibirku tapi tiada satu perkataan pun terucap, mencari alasan munasabah untuk dipersembahkan. Berpusing otakku menganalisis sebab kehadiran lelaki itu di dapur.
Dia tahu aku sedang mengintainya tadi? Mustahil! Kedudukan katil itu membelakangi aku dan orang yang sedang berasmaradana takkan sedar bunyi disebabkan minda sudah kabur dengan nafsu. Jadi apa tujuannya...?
"Kau orang gaji baru tu?" Dalam suaranya menyoal. Entah kenapa menggetarkan jiwaku. Mungkin kerana aku baru saja terdengar suaranya di ranjang. Melonjak nafsuku dengan suara erangannya.
Perlahan-lahan aku berpaling, mata sepanjang masa memaku di lantai.
"Kenapa pandang bawah? Mata dah rabun lepas mengintai?"
Terangkat kepalaku mendengar soalannya. Niat untuk membalas mati begitu saja apabila mataku disajikan dengan tubuh yang tidak berbaju, berotot dan dihiasi six packs berketul-ketul. Tersekat nafasku di kerongkong. Apa ni tak berbaju depan perempuan? Tak tahu malu ke?
"Why? Tak pernah nampak badan lelaki?"
Pandanganku naik ke atas lalu hinggap di wajah lelaki yang berdiri empat langkah dariku. Bibir merekah yang basah pastinya selepas bercumbuan tersungging sinis dan rambut hitam yang kusut sepatutnya buatkan penampilannya hodoh dan selekeh tapi lain pula jadinya. Kalau Hakimi dikategorikan sebagai kacak tetapi comel, lelaki ini pula seksi dan hot!
Untung wanita itu dapat suami kacak macam artis.
"Maaf. Er, saya Hamani, pembantu rumah yang baru-"
"Itu tak penting," lelaki itu ambil setapak ke hadapan, secara tidak langsung memaksaku ambil setapak kebelakang sehingga dapat kurasakan hujung kaunter berbatu granite itu mengenai belakangku.
"Yang penting, kau dah langgar syarat yang ketiga," katanya dengan pandangan tajam. "Didn't Uqasha brief to you?"
"A-ada...-"
"So? Why did you broke it? Or do you took the rules for granted?"
Rasa takut menerpa dalam diri hingga dapat aku rasakan mataku berbahang. Hari pertama kerja sudah dimarah oleh majikan! Aku ingatkan hariku akan berlalu dengan aman tanpa sebarang masalah dan kesulitan. Baru aku idamkan majikanku memuji masakanku, rupanya lain yang terjadi. Semuanya disebabkan aku nak sangat tengok pemilik master bedroom itu. Kau memang penyibuk, Hamani! Macam mak cik kepoh yang suka buat mesyuarat tingkap.
Aku teguk air liur. Dah alang-alang kena marah dan ada peratusan untuk dipecat, baik aku melawan saja.
"Saya tak langgar apa-apa syarat," aku membalas tegas. Amboi, Hamani! Kemain kau!
Lelaki itu mengangkat keningnya, seakan mencabarku untuk memberi alasan yang munasabah. Kau ingat aku takut?
"The rules was stated 'Don't enter the master bedroom regardless the situation'. Mungkin awak tak sedar kerana sibuk bercengkerama di tengah hari buta dengan pintu terbuka, saya berada di luar bilik dan hanya berdiri beberapa sentimeter saja dari pintu. Saya tak buka pintu, saya tak masuk. Jadi rasanya saya tak langgar pun syarat kontrak kerja." Dalam aku menegakkan benang yang basah, sempat lagi aku menyindir.
Terdiam lelaki itu tidak berkelip. Namun matanya masih mencerlung ke arahku. Bibir diketap.
"Kau nak cakap tu salah aku lah?"
"Saya tak cakap salah siapa," kataku, masih lagi cuba bersabar. "In the first place, tak ada siapa pun bagitau saya pasal awak. Saya terdengar bunyi pintu terbuka so saya ingat ada pencuri masuk. Demi keselamatan, saya skodenglah bilik awak tu memandangkan pintunya terbuka. Benda dah terjadi, nak buat macam mana. Awak nak blame saya seratus peratus pun tak guna jugak sebab awak pun ada salahnya. Jadi apa kata awak relaks, tak payah marah-marah dan sambung balik 'kerja' yang tergendala tadi. Dan kali ni saya janji saya takkan tengok."
Dia diam namun aku sedar dadanya turun naik. Menahan lahar kemarahan. Matanya mengecil, seperti mahu menelan aku hidup-hidup. "Kau tahu dengan siapa kau bercakap? Aku boleh pecat kau-"
"Tak kisahlah awak nak pecat saya hari ni ke, sekarang jugak ke tapi at least, bagi saya masak habis dulu ya? Tak elok masak separuh jalan." Malas mahu melayan, aku teruskan kerja memasakku. Dah alang-alang merebus ayam, terpaksa la masak sampai siap.
Lelaki tadi tidak bergerak, bahkan dapat aku rasakan matanya tembus ke kepalaku. Kalau ada laser, memang dah berlubang agaknya. Terpaksa aku meningkatkan kelajuan tanganku kerana tidak mahu terus berada di dapur, berdua-duaan dengan suami orang. Tak pasal-pasal si isteri turun lalu menuduh aku sengaja mengorat suaminya. Ey, tak kuasa aku!
Hampir jam 12.15, aku dengar pintu utama dibuka menandakan tiga orang lelaki tadi sudah pulang ke rumah. Nasib baik masakan sempat siap, maka terhidanglah lauk-pauk mudah di atas meja makan.
"Wah, sup ayam! Lama tak makan." Besar mata Hakimi, teruja dengan lauk yang dimasakku. Aku tersenyum senang. Mereka bertiga terus mengambil tempat di meja makan yang dapat menempatkan enam orang manakala aku sibuk menyusun pinggan dan gelas.
"Nain belum balik?" Aku dengar Uqasha bertanya pada Khai namum lelaki itu hanya menjungkit bahu. Uqasha mendengus. "Tak patut tanya kau. Apa pun tak tahu."
Nain yang dimaksudkan adakah lelaki itu?
"Kejap lagi baliklah tu. Maybe dia ada date kat luar," balas Hakimi pula.
Terhenti tangan yang menyusun gelas. Date? Bukankah lelaki itu dah kahwin?
"Er, Nain yang dimaksudkan korang..." Belum sempat aku bertanya, muncul makhluk yang disebutkan. Kalau tadi elok dia tak berbaju, sekarang dada yang bidang itu sudah ditutupi oleh t-shirt berwarna putih. Semakin terserlah ketampanannya yang tak mampu aku nafikan. Rambutnya basah, menandakan baru mandi. Haruman sabun menusuk hidung tatkala lelaki itu melintasiku untuk duduk di sebelah Hakimi. Dia tidak berkata, tidak menegur malah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh Uqasha.
"Bila kau balik? Apasal tak whatsapp bagitau dah balik? Punyalah aku risau, ingat kau melencong ke tempat lain," bebel Uqasha sambil mencedok nasi. Aku tuang air sirap ros ke dalam gelasnya tapi mata setia mengerling pada jejaka dihadapan Uqasha.
"Aku penat, sebab tu balik awal."
"Dah bagitau Sherry?"
"Aku dah suruh si Ikmal tu bagitau Sherry. Pandai-pandai dialah nak buat macam mana," jawabnya selamba.
"Kau ni... mahu sakit jantung Sherry melayan perangai kau. Bukan ke kau ada shooting lagi lepas ni? Jangan kau lambat datang sudah."
Oh? Telinga keliku menangkap perkataan shooting yang aku faham bermaksud melakukan penggambaraan sama ada berbentuk filem, drama atau modelling. Jadi apakah kategori mamat bernama Nain ini? Tengok rupa, ada gaya jadi model.
"Ni, mana kau jumpa dia ni?" Aku terkebil-kebil bila Nain menunding jarinya ke arahku. Tak bersopan punya lelaki. Boleh tak aku patah-patahkan jarinya buat kayu api?
Uqasha mengerut dahi. "Kan dah cakap semalam. Kau pun tak banyak songeh bila aku ambil dia jadi maid kita. Lagipun apa masalah Hamani? Okay apa lauk yang dia masak."
"Sedap!" Sampuk Hakimi. "Aku nak request tomyamlah lepas ni."
Aku tarik senyuman paksa. Lepas ni apanya kalau dah kena pecat. Aku cuma tunggu saja perkataan itu terbit dari bibir lelaki itu. Lepas itu aku akan berlenggang pulang ke rumah sambil mengharapkan kejadian hari ini cuma satu mimpi ngeri. Aku dah rosakkan mataku dengan melihat benda yang tak sepatutnya, aku tak mahu hati aku rosak kerana bergaduh dengan lelaki itu setiap hari. Baik aku berhenti saja.
"Sudah-sudahlah dengan perangai cerewet kau tu. Sebab tu maid yang lain lari, tak sanggup layan karenah kau. Cuba sekali ni try dulu, at least dua bulan." Uqasha merendahkan suaranya, mahu memujuk. Aku pulak mahu tersembul biji mata. Maid yang lain? Aku ingatkan aku adalah yang pertama, rupanya ada ramai lagi pembantu rumah sebelum aku. Dan paling mengejutkan, sebab mereka berhenti adalah disebabkan lelaki ini?
"Aku tak suka," katanya ringkas.
Aku menjeling tajam. Tak suka pecat je lah aku, tak payah tunggu lama.
"Kalau tak suka, mungkin lebih baik saya..."
"Eh, banyak cekadaklah kau ni! Kau ingat senang ke nak cari maid yang pandai memasak macam Hamani ni? Bukan kau yang interview, kitorang tau?" Terus Hakimi membantah, tidak bersetuju dengan pandangan Nain.
Nain mendengus. "Bukan dia seorang je yang pandai memasak, aku rasa beratus lagi perempuan yang interview hari tu boleh ambil post maid ni. Up kan balik post hari tu, apa susah?"
"Serious, Nain? Apa masalah kau dengan Hamani?"
Selepas soalan itu diutarakan, kami berpandangan sesama sendiri. Ada dendam yang terselit disebalik kebencian dalam matanya. Nain tidak menjawab sebaliknya menyambung suapan.
"Dah kenapa ada pinggan lebih ni?" Aku pandang pinggan kosong disebelah Nain.
"Oh, untuk isteri Encik Nain," jawabku.
Uqasha membuntangkan matanya. "Isteri?"
"Sejak bila kau kahwin?" Giliran Hakimi bertanya. Bersilih ganti matanya merenungku dan Nain. Aku pulak yang buat muka blur.
"Bukan ke..." Mataku tertancap pada sebatang tubuh yang mengenakan gaun merah darah yang ketat hingga kelihatan lekuk tubuhnya, berjalan dengan gaya seorang model di pentas acara fesyen menuju ke arah kami. Rambutnya yang diwarna emas di hujung berayun lembut, bibirnya merah menyala bagai dicat dengan pewarna lukisan.
"Honey," tegurnya pada Nain lalu pipi mulus itu dikucup sekilas. Dengan selamba, tempat duduk yang kosong disebelah Nain diambil. Nasi dicedok dengan lagak manja.
Terlompat tiga lelaki gantang itu dari kerusi dengan riak terkejut. "Shila?"
"Kau bukan dengan Zara ke?"
Siapa lagi tu? Eh kejap. Bukankah perempuan bernama Shila ni isteri dia?
Nain tidak mengangkat wajahnya. Suapan diteruskan tanpa mempedulikan reaksi melampau rakan-rakannya yang jelasĀ tidak percaya dengan apa yang dilihat. Shila melentok kepalanya di bahu Nain.
"Dah break. I girlfriend baru dia."
What?? Bukan isteri tapi girlfriend?
What the heck?!
A/N: Cerita ni lebih pendek dari Bukan Lagi Kawan dan konfliknya pun kurang. Jadi saya akan habiskan cerita ini dulu dan terpaksa memperlahankan update untuk BKL. Apa-apapun, trimas pada yang sudi membaca cerita ni. Harap enjoy cerita syok sendiri saya ni lolz ????
Share this novel