Sudah berapa kali lenaku terjaga, aku sudah lupa kiraannya. Mungkin setiap satu jam, mungkin juga setiap setengah jam tapi yang penting, mata aku langsung tak mahu terlelap. Semuanya gara-gara rasa gemuruh yang memalu dadaku sejak malam tadi. Nervous punya pasal, rasa itu terbawa-bawa hingga ke alam mimpi dan aku termimpikan majikan ku nanti membuli hingga aku meraung di bucu katil. Sesungguhnya what a fish!
Dan baru saja aku dapat melelapkan mata dengan aman, deringan penggera telefon pintarku mematikan hasrat, memaksaku membuka mata untuk melihat hari baru yang sejujurnya aku tidak mahu hadapi. Keluhan tanpa ditahan terlepas dari bibir mungilku tatkala memoriku kembali berputar pada hari temudugaku pada dua hari yang lepas. Sungguh aku tidak menjangkakan keputusan secara tiba-tiba itu. Aku mendapat kerja gara-gara rumahku yang terletak dalam lorong yang sama dengan banglo itu. Hanya sebab itukah?
Pelik-pelik saja pemilik baru a.k.a bakal majikanku itu. Walaupun hati separuh tak rela, separuh lagi rasa tak sabar pula hendak memegang title seorang pekerja berwawasan. Tidak akan lagi aku dipandang enteng oleh Kak Long dan rakan-rakanku. Heh.
Bersemangat, Hamani! Pantang berundur sebelum melangkah.
Dengan semamgat berkobar-kobar disebalik rasa cemas yang menyesakkan dada, aku bangkit dari pembaringan lalu mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Subuh. Usai saja, dapur menjadi sasaran destinasiku selaku tukang masak tidak bertauliah di rumah itu.
"Kak Ngah masak apa?" Suara Fika yang serak buat aku menoleh ke belakang. Adikku yang berusia sembilan tahun itu sedang memegang bantal busuk sambil memisat matanya. Aku cuma menggelengkan kepala. Payah betul nak berpisah dengan bantal tidurnya itu. Pernah aku menarik dari pelukannya pada satu malam dengan niat mahu bergurau tapi belum sempat aku ambil, Fika tersedar dari lelapnya. Dan-dan adikku itu meraung, memanggil mak untuk memarahiku.
"Sandwich tuna. Fika sukakan?" Tanyaku sambil jari lincah memotong setiap sisi roti buku yang dibeli oleh Kak Long dua hari lepas.
"Suka, suka!" Jawabnya ceria. Suka benar dia dengan sandwich. Sebab itu roti buku antara bahan masakan yang wajib ada dalam kabinet dapur.
Aku melemparkan senyuman. "Cepat pergi mandi. Lepas tu bangunkan Ara," arahku lembut.
Bergegas kaki kecil itu berlari masuk ke bilik mak untuk bangunkan anak bongsu yang sememangnya liat bangun pagi. Tidak sampai lima minit, kedengaran bunyi pancuran air hujan dari bilik air utama.
Aku tersenyum bangga. Antara aku dengan Kak Long, adik-adikku lebih mendengar kataku dan patuh dengan setiap arahan dan suruhan. Mungkin sifat semulajadiku yang lebih tegas dalam bab disiplin, menjaga dan mengajar Fika dan Ara sudah menjadi tanggungjawabku meskipun Kak Long kelihatan lebih garang dan menyinga pada luarannya.
Dalamannya? Hampeh.
"Wow, sandwich! I like."
Aku menjulingkan mata. Panjang umur wanita itu. Baru saja aku bercakap pasal dia, terus muncul si empunya diri di dapur. Hampir terbatuk aku menghidu haruman minyak wangi yang sangat tajam. Cepat-cepat aku menolak tubuh Kak Long yang sudah siap dengan pakaian pejabatnya ke arah meja makan.
"Perfume apa Kak Long pakai ni? Menyengat!" Komenku tanpa mempedulikan matanya yang terjegil ke arahku.
"Ewah, memandai je kau! Kau apa tahu? Ni perfume Avril Lavigne tau, mahal akak beli!" bidasnya tapi menurut juga tingkahku yang mahu dia berdiri jauh sekurang-kurangnya lima langkah dariku.
Aku mencebik. Mahallah sangat! Dexandra je kot. Nak menipu tu agak-agaklah jugak. Di atas meja dresser Kak Long penuh dengan berbotol-botol minyak wangi yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera itu. Serasanya hampir 50 peratus minyak wangi sudah dicubanya. Setiap hari pasti haruman yang melekat di tubuh langsing itu bertukar. Kadang kala menyenangkan, tidak kurang pula menyakitkan hidung. Seperti hari ini.
Tak lama kemudian, perlahan suara Kak Long bertanya padaku. "Tak wangi eh?"
Hatiku tergelak. "Tak wangilah. Tajam sangat. Pening kepala hidu baunya," kataku jujur. "Nanti orang ingat Kak Long datang ke ofis nak mengorat pulak."
"Akak try beli kat online, jadi tak tau baunya macam mana. Kau ambillah, akak bagi free."
Pantas aku menggelengkan kepala. Buat apa minyak wangi setajam itu? Nanti aku pula dituduh mahu mengorat majikanku. Tak mahulah!
"Tak naklah. Angah tak suka baunya. Kalau yang Lancome tu angah nak," aku cuba memancing Kak Long, mana tahu kakak sulungku itu mahu berikan minyak wanginya kepadaku secara percuma.
"Yang mana?"
Mataku bersinar. Ada harapan nak dapat free!
"Lancome Miracle," beritahuku dengan harapan menggunung. "Satu je, Kak Long. Please... Angah tak mampu beli perfume lagi. Nanti dah bergaji Angah belanja Kak Long sebotol."
"Hm, yalah." Akhirnya Kak Long meluluskan permintaanku selepas lama benar memerah otak menimbang tara keinginanku yang kecil itu. Aku bersorak kegembiraan, rasa tidak sabar mahu memulakan hari kerjaku. Terasa moodku di paras bahagia.
"Sembur banyak-banyak, biar bos kau nanti sangkut terus," Kak Long mengutarakan cadangan miangnya kepadaku tapi aku malas ambil peduli. Gila apa nak naik bulu di hari pertama kerja. Nak kena buang kerja kenapa?
"Lepas ni bolehlah upgrade minyak wangi kau kat dalam bilik tu. Asyik pakai cologne je, ingat ni zaman budak-budak sekolah lagi ke?"
Terasa merah padam wajahku dengan sindiran Kak Long yang tepat menembak ke aran sikapku yang memandang remeh hal penampilan diri. Bukan aku tak mahu membeli minyak wangi, kedekut itu jauh sekali tapi realitinya aku tak mampu. Masa belajar, buat apa nak beli minyak wangi mahal-mahal? Cukuplah bedak dan cologne yang boleh membuang bau yang tidak menyenangkan. Eleh, cakap orang. Kak Long sendiri pun semasa zaman belajarnya tak mampu nak merasa haruman ratusan ringgit. Hanya selepas bekerja saja dia mampu, itupun sebotol minyak wangi original setahun. Yang selebihnya, minyak wangi murah. Ada hati nak memberi komen gaya hidup aku.
"Dah kerja nanti Angah belilah yang mahal sikit," jawabku, tidak selari dengan apa yang berbisik di hati kecilku tadi. Apa-apa pun Kak Long masih anak yang tua, kena hormat. Heheh.
"Lepas ni pergilah bersiap, pakai lawa-lawa sikit. Hari pertama kena datang awal, baru majikan tabik dengan semangat kau."
Walaupun sudah ku pujuk hati agar bertenang, tapi ia tetap mengkhianatiku, lebih-lebih lagi bila masa seakan berjalan dengan pantas umpama sang arnab. Kalau boleh, aku nak masa jadi macam kura-kura, lambat dan lembap supaya aku masih kekal remaja dan tak perlu fikirkan hal kerja. Tapi apakan daya, setiap tahun usiaku menginjak, begitu juga dengan tanggungjawabku. Dunia pekerjaan memang tidak dapat lari melainkan selamanya aku berhasrat memegang jawatan penanam anggur.
Kalau nak kena hadap bebelan mak dan Kak Long tujuh hari tujuh malam, silakanlah.
"Kenapa? Nervous?" Seperti dapat membaca gelogak jiwaku, Kak Long bertanya. Minuman teh O dihirup sambil mulutnya mengunyah roti sandwich dengan gelojohnya.
"Nervous tu tak...-"
"Tapi?"
Aku mengeluh lagi. Bingung otakku memikirkan kerja baruku ini. Nak kata bertuah dapat kerja senang tapi gaji besar, aku tak rasa begitu. Musykil ada lah! Apa agaknya kerja yang akan aku lakukan sampai ditawarkan gaji selumayan itu? Berbaloikah nanti?
"Kau ni fikir banyak sangat la," kata Kak Long, menganggu lamunanku. "Apa kata kau try je dulu sehari dua. Kalau rasa tak sesuai atau ada something wrong dengan majikan kau tu, berhenti je lah."
"Tapi diorang ada buat kontrak!" Betahku, masih rasa tidak sedap hati.
"If then, tolak je lah. Tapi tak kisah apa pun, kau kena kentalkan hati. Tak semua kerja mudah, tak semua ikut apa yang kita rancang. Yang penting, pandai bawak diri dan ingat Allah sentiasa ada dengan kita. Apa pun keputusan kau, kami akan bagi sokongan padu," nasihat Kak Long yang buat pertama kalinya, aku kasi tabik spring. Semangat yang pudar tadi mulai berkobar mendengar ayat penuh makna itu.
Aku memberi senyuman tekad. "Thank you, Kak Long."
Wanita dihadapanku hanya mengangkat cawan minumannya, seolah meniru gaya 'toast' dalam filem barat. "Goodluck, sis."
¤¤¤¤
Dengan baju kurung merah jambu dan shawl lilit gaya artis terkini, aku berdiri dengan lutut menggeletar di hadapan pagar yang bertutup. Sepuluh minit lagi adalah waktu yang dijanjikan tapi Kak Long sudah mengingatkanku untuk datang lebih awal untuk memberi tanggapan yang positif pada hari pertama.
Loceng kecil di bawah peti surat besi yang berukir dengan nombor 3144 aku pandang lama. Tidak tahu mahu menekannya atau tidak. Sekejap-sekejap aku duduk bertinggung sebelum mundar-mandir sambil menggigit kuku.
Argh!!
Relaks, Hamani. Nafas ditarik dalam. Lepas. Kemudian dengan satu nafas panjang, aku tekan loceng, mendengar bunyi ding-dong bergema sehingga ke luar pagar.
Oh my! Tak pernah aku segugup ini seumur hidupku. Duduk dalam dewan peperiksaan pun tidak secemas ini. Tabahlah wahai hati!
"Ya?"
Terkujat aku sebentar dan seperti orang bodoh, tercari-cari di mana arahnya suara itu datang. Mataku tunak pada interkom di atas loceng tadi, seperti baru sedar akan kewujudan benda itu.
Aku tersengih sendiri. "Er, saya Hamani, pembantu rumah yang baru apply hari tu."
Keadaan sunyi sebentar, sebelum suara garau itu memecah kesunyian pagi. "Sekejap."
Sebaik saja lelaki itu berkata, pintu pagar terbuka secara automatik, mempersilakan aku masuk ke rumah yang sumpah mewah dan gah. Walaupun aku sudah melihat banglo itu bahkan sudah pun menjejakinya, tapi rasa kagum itu tidak dapat hilang lebih-lebih lagi bila aku menangkap bayang kereta mewah bersusun di garaj kereta.
Teragak-agak, aku melangkah ke arah pintu yang bertutup. Dengan ucapan salam, aku mengetuk pintu kayu yang bercat warna krim itu. Sekali ketuk saja, pintu itu terbuka dari dalam. Wajah lelaki yang lebih muda dariku terjegul dengan senyuman lebar.
"Masuk, masuk," pelawanya ramah, mempersila aku masuk. Aku membalas senyumannya sambil kaki terkocoh-kocoh membuka kasut wedgesku.
"Letak je tepi." Jarinya menunding ke arah tempat sebelah pintu di mana terletak beberapa selipar bersusun rapi. Aku menurut saja, menyusun kasutku disebelah selipar yang ada.
"Let's meet the other," penuh teruja suaranya memberitahuku hingga aku hilang kata dengan keramahannya yang tersangat luar biasa bagiku. Baru jumpa, takkan semudah itu nak beramah mesra. Tambahan pula aku cuma orang gajinya saja. Lagilah tak perlu layanan sebaik itu.
Mataku meliar memerhati keadaan sekeliling. Besar juga mataku melihat dekorasi yang sudah siap sepenuhnya terutamanya di ruang tamu. Sabtu lepas, cuma dinding saja yang dicat dan dihias. Sekarang ini perabot sudah disusun cantik dengan gaya minimalist, ringkas tetapi menarik.
"As you can see, this is the living room. Nothing much," katanya tapi aku gelengkan kepala.
"It's nice," pujiku jujur.
Lelaki itu tersengih, menampakkan lesung pipit yang jelas kelihatan kini apabila dia tersenyum. Terpana aku sebentar dengan kekacakannya kerana ini kali pertama aku bertemu dengan lelaki sehandsome itu. Nak kata rakan sekuliahku dahulu tak kacak, mereka memang ada gaya dan ada rupa. Tapi belum sampai tahap kacak seperti golongan model dan artis.
Lelaki di hadapanku ini memang cukup pakej. Senyuman? Cair. Pandangan mata? Tajam menusuk kalbu. Style rambut? Pergh, dah macam oppa Joongki aku tengok. Belum lagi termasuk penampilannya yang sangat bergaya meskipun hanya berpakaian santai. Kalau dia pohon jadi model atau pelakon, gerenti meletup terus.
"You've been staring at me for a while. Why? Is there something on my face?" Tersentak aku dengan ayat usikan lelaki itu, tepat mengenai wajahku. Tertunduk aku menahan malu kerana ditangkap merenung wajahnya.
"Sorry," ucapku perlahan. "First time nampak lelaki handsome."
Sesaat, suasana menjadi sunyi antara kami. Makin merona wajahku selepas terlepas cakap. Sungguh tidak malu anak dara Kak Halimah ini.
Tidak semena-mena lelaki itu melepaskan tawa besar hingga bergema suaranya di ruang tamu itu. Aku pula kaku dan sedikit jengkel seolah ayatku yang penuh ikhlas dan jujur itu dijadikan bahan jenaka olehnya.
"Apa ni? Apa yang lucu sangat?"
Pandanganku dihala ke kiri dimana dua orang lelaki yang aku cam pada hari temuduga Sabtu lepas sedang menapak ke arah kami. Lelaki lagi? Tak ada perempuan ke di rumah ni?
Kepala aku tunduk sedikit untuk menunjuk rasa hormat. Lelaki yang duduk di tengah dan yang menawarkan aku kerja itu hanya mengangkat tangannya seraya tersenyum. Aku fikir yang seorang lagi akan melakukan hal yang sama kerana maklum akan batasan antara kami tapi tidak. Tangan dihulurkan untuk bersalam, membuatkan aku rasa serba salah.
"No, no. She is off-limit Khai," Lelaki muda tadi menegur, jari telunjuknya digoyang-goyang. "Kau cuba tengok dressing dia dulu. Tak elok kacau perempuan baik."
Ayat yang diucapkan seolah melindungiku tiba-tiba kedengaran mengejek. Berkerut dahiku mencerna kata-katanya, tidak faham maksud yang cuba disampaikan. Wajahnya kelihatan tenang tapi senyuman diherot seperti menyinis. Pandanganku ditala pada wajah lelaki tadi, tidak berubah seperti tidak terkesan oleh teguran lelaki muda itu. Dia menjungkit bahu sebelum duduk di sofa di ruang tamu, bermain dengan telefon pintarnya.
"Sorry...Hamani, right?" Lelaki yang menemudugaku cuba mengalih perhatianku dari lelaki dingin tadi. "Well, as I said before, you will officially be our maid if you sign the contract. Khai, mana benda tu?"
Lelaki dingin yang dipanggil Khai itu bangkit dari duduknya tanpa suara, menoleh ke arahku pun tidak. Menonong langkahnya ke arah bilik bawah tangga di mana aku ditemuduga hari itu dan tidak lama kemudian, dia keluar membawa sekeping kertas putih bersaiz A4.
"First thing foremost, there are rules and regulation if you want to work here. Semua tempat ada rules, so we are no different. This contract was made to ensure our privacy is protected and to make sure you obliged so that no harms come to our life."
Terkebil-kebil aku cuba memahami penjelasan lelaki itu yang aku rasa agak mengarut dan tidak logik. Pertama sekali, dah kenapa aku nak membahayakan diorang? Sah-sah aku ni cuma orang gaji saja, bukannya setiausaha atau pembantu peribadi yang bekerja melibatkan kerjaya mereka. Aku mengemas dan memasak saja, cik abang oi! What the fish are you talking about?
"So rules pertama, don't ask questions regarding our private life. Awak buat kerja awak, and that's it. No interferes with each other businesses."
Aku angguk. No problem. Aku pun tak ingin tahu apa korang buat.
"Kedua, keep our life a secret. Rahsia kami perlu dijaga sebaiknya. Apa yang awak dengar dan apa yang awak lihat, keep it to your own."
Er, lain macam saja bunyinya. Buat kerja haram ke apa?
"Last but not least," Lelaki itu menunduk kepalanya agar setara dengan pandangan mataku, renungan tajam menusuk hingga aku dipaksa menelan air liur. "Jangan sesekali, I repeat, don't ever ever stepping your foot inside the master bedroom. Tak kisah pun apa yang terjadi."
Gulp.
Tiba-tiba rasa nak naikkan bendera putih sekarang. Sudah tentu wajahku yang bersemangat tadi berubah riak kerana lelaki itu melebarkan senyuman.
"Jangan risau. Kalau awak buat kerja awak macam biasa, then there's nothing to worried about."
Kelu lidahku untuk membalas. Sudahnya, aku mampu anggukkan kepala.
"Well then, shall we sign the contract?" Lelaki itu membawaku ke ruang tamu, menjemputku duduk.
"Before that, anything you want to ask us?"
Dua orang lelaki tadi mengambil tempat disebelah lelaki di hadapanku tapi masing-masing mendiamkan diri seperti tidak mahu masuk campur. Aku mengagak lelaki itu adalah pemilik rumah ini kerana lebih banyak bersuara dan bersikap mengarah. Dari wajahnya, aku menjangkakan usianya lewat 20-an dan walaupun tidak sekacak yang lain, karismanya jelas terserlah dari senyuman dan gaya percakapannya.
Kertas putih di atas meja aku baca lagi sekali. Tiga syarat tadi ditaip dengan font Times New Roman saiz 18pt sehingga penuh ruang kertas itu. Yang tinggal hanyalah ruang bawah dimana tertulis nama aku dan nombor kad pengenalan.
Keningku berkait. Ini sajakah? Mana tempoh kerja?
"Er, tak ada tempoh kerja?"
"Ah, right," Dia menepuk pahanya. "There's no time limit. You can work here as long as you want, well maybe until we don't need your service anymore. But for now, we need a maid to do the house chores."
"So I can work even for...a day?"
Lelaki itu sengetkan kepalanya. "That... technically right. If you berhenti esok hari, kitorang terpaksa cari yang baru lagi. Hm, banyak kerja pulak. Awak fikir dulu, think deeply. Tawaran ni cuma datang sekali saja. Kami tak paksa tapi yeah, mana nak dapat kerja mudah tapi gaji ribu ringgit kan?"
Nafas yang tersekat di kerongkong akhirnya berjaya meluncur laju, menghantar oksigen ke seluruh anggota tubuhku dengan sempurna. Mindaku kini tidak lagi stress dan cemas.
"Saya tak perlu bayar apa-apa pampasan?"
"No."
"Okay, deal." Tanpa berfikir panjang aku menjawab.
Makin mekar senyuman lelaki itu. Pen yang tersangkut di poket bajunya diambil lalu diserah kepadaku. "Awak sign sini dan tulis tarikh hari ini."
Mereka bertiga aku lihat tersenyum sendiri semasa aku menandatangani kertas kontrak itu. Pandangan penuh makna itu seakan memberitahuku aku telah berjaya jatuh ke perangkap yang dipasang oleh mereka.
Mereka menang, aku kalah.
Firasat aku saja, kan?
"Simpan dalam fail." Lelaki itu menyerah kertas kontrak kepada Khai tapi sebelum itu, mereka berdiri di hadapanku, mengukir senyuman. Bagai kerbau dicucuk, aku turut sama berdiri.
"Congratulation!" ucapnya sambil mendepakan tangan. "You have officially become part of our small family. "
Seperti on cue, yang lain menepuk tangan sehingga aku terpinga-pinga dengan reaksi di luar jangkaan itu. Ingat ni majlis penyampaian anugerah ke nak bertepuk tangan bagai? Tapi aku layankan saja, malas mahu turut serta dengan perangai aneh-aneh majikan baru aku ini.
"So, jom. Kitorang bawak tengok every corner of this house-"
"Tunggu kejap!" Sebelum mereka bertiga bergerak, aku segera menahan. Mereka memalingkan badan dengan kerutan di wajah. Aku pula yang panas hati tiba-tiba. "Tak kenalkan nama ke? I mean, what should I call you-"
"Wait, you don't know us?" Lelaki muda tadi memandangku pelik. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Should I?"soal aku lagi, tidak mahu mengalah. Kenapa aku perlu tahu mereka? Kalau korang Perdana Menteri, tak apa pulak.
"You tak tengok drama eh?"
"Drama? Drama melayu?"
Lelaki muda itu menunjukkan riak tidak sabar, seperti bosan dengan kedunguanku. "Of course I'm talking about our drama! Ada drama lain lagi ke? Oh, wait-" Matanya tertancap pada wajahku, lama. "You are one of the minah kpop?"
Darah terasa menyerbu ke wajah. Malu ada, marah pun ada. Apa hak mereka untuk mempersoal minatku? Dan apa kaitannya pula dengan soalan aku?
"Apa kaitannya kpop dengan soalan saya?"tanyaku dengan renungan tajam.
"Wow, fierce!" Dia ketawa, senang dengan kemarahanku. "Tak boleh jentik langsung idola diorang."
"Excuse me?"
"Okay, that's enough, Kimi. It's not her fault for not knowing you. Kau boleh simpan autograf tu buat kenangan sendiri."
"Hmph, buat apa? Baru nak sign special untuk dia, boleh pulak tak kenal kita. Khai, aku bagi kau."
"Tak nak."
Mereka bertiga bertelingkah sesama sendiri tanpa mempedulikan kehadiranku yang terkebil-kebil memerhati perangai mereka yang seperti remaja belum matang padahal muka dah ada yang berjambang. Tapi bergaduhnya riuh serumah. Inikah majikanku nanti? Alamatnya mahu stress sehingga mendidih naik ke kepala melayan karenah mereka.
"Enough, boys. Sorry Hamani, terpaksa tengok perangai budak-budak diorang ni," kata majikanku itu, kepala digelengkan.
Aku berikan senyuman paksa.
"Okay, guys. Perkenalkan diri."
"Hakimi Safian," lelaki muda itu perkenalkan diri dengan senyuman ala modelnya. "Umur 21 tahun."
Well, boy, aren't I older than you? Aku tersenyum kemenangan di dalam hati.
"Yang disebelah ni memang tak banyak bunyi tapi hati dia sebenarnya baik. Khairul Hazreen, boleh panggil dia Khai je. Tahun ni berapa umur kau, Khai?"
Khai membuat muka beku. Pasti berkecil hati umurnya tidak diingati oleh rakan-rakannya. "26," jawabnya sepatah. Mahal betul suara. Kalah Datuk Siti Nurhaliza.
"Ah, yes, yes. Lupa pulak. Rasa macam kau tua dari aku." Berdekah lelaki dihadapanku ini ketawa. "As for me, Uqasha Zainodin. Panggil je Qasha. Age is secret but definitely the oldest in this house."
"Apa ni rahsia-rahsia? Tak adillah!" bidas Kimi tapi dibalas dengan jungkitan bahu oleh Uqasha. "Siapa suruh bagitahu?"
Aduh, gaduh lagi! Memang boleh migrain aku kalau macam ni.
Selepas bertengkar buat beberapa saat, Uqasha membawa aku meneroka ke seluruh bilik dan ruang di banglo itu sementelah yang lain terus lesap entah ke mana. Bilik yang aku ditemuduga hari itu dijadikan bilik bacaan dan kata Uqasha, aku cuma perlu menyapu dan membuang habuk kerana tidak ada yang perlu untuk dikemas.
Selepas itu, kami menuju ke dapur tempat di mana aku akan menghabiskan masaku memasak untuk mereka. Terdapat dinding pemisah antara ruang makan dan ruang tamu seperti rumahku jadi hatiku agak lega kerana mereka tidak dapat melihat kerjaku sekiranya sedang beristirehat. Menapak saja di dapur, terlopong mulutku melihat ruang dapur yang dihias dengan gaya moden manakalanya temanya padan dengan dekorasi di ruang tamu.
"Saya akan hantar timetable waktu makan kitorang. You just serve the food when the time has come."
"Anything particular you want to eat?" tanyaku, mahu tahu menu awal kegemaran orang di rumah itu supaya boleh membuat kaji selidik dengan guruku, Cikgu Google.
"Nah, anything is fine." Uqasha membuka ruang peti sejuk untuk menunjuk kepadaku bahan yang ada didalamnya. "Kalau nak tambah apa-apa, bagitau Pak Man, our driver. Dia boleh bawakkan awak pergi supermarket."
"Ada alergi apa-apa tak?"
Uqasha terdiam sebentar, menggaru dagunya tanda berfikir. "Nope. Tapi a mild spicy food will be better. Favorite orang di rumah ni selalunya sup so Tomyam is much preferably."
"Saya faham."
"Next is..." Kami mendaki anak tangga yang juga direka dengan gaya minimalis sehingga aku merasakan pemiliknya gemarkan sesuatu yang mudah dan senang. Jika ditanya minatku, aku lebih cenderung kepada gaya kontemporari kerana bersifat lebih romantis. Tambahan pula bila dinyalakan lilin dan aroma terapi, pergh, memang cair habis!
Ruang atas tidak kurang juga luasnya seperti bahagian bawah. Ditengahnya dijadikan sudut menonton televisyen sementara di hujung sekali diletak wardrobe besar disebalik pintu gelangsar yang lutsinar. Hatiku terpaksa mengakui kecemburuan dan rasa kagum terhadap kekayaan lelaki disisiku ini. Muda-muda sudah punya rumah yang mewah. Dah tentu gajinya besar. Apakah agaknya kerja majikanku ini?
"Baju korang?
"Well, yeah," balas Uqasha malu-malu. Tangannya mengusap tengkuk dibelakang. "Some of it terutamanya baju kot dan tux. Need a special place to keep it."
"Oh, okay."
Sambil mataku meliar kagum, padanganku terhenti pada pintu yang tertutup di sebelah kiriku. Teringat kembali kandungan kontrak yang baru aku tandatangani lima belas minit yang lalu, aku bertanya kepada Uqasha dengan jari ditunjuk pada pintu bercat coklat muda itu.
"Master bedroom?"
"Yup, that's him. Tiga bilik ni awak boleh kemas bila kitorang tak ada tapi not for this room."
Hm, letak raksaka ke apa dalam bilik tu?
"Okay, that's it for the introduction." Uqasha mengerling jam di tangannya, satu keluhan dilepaskan. "Kami perlu keluar sekejap lagi, ada kerja. Awak buat apa yang patut, kemas sikit-sikit dan jam 12 nanti, make sure lunch is ready."
Aku menurut saja. "Is heavy okay for you?"
"Better."
Kakiku sudah bersedia melangkah turun apabila suara Uqasha memanggil namaku, memaksaku untukku untuk menoleh ke arahnya.
"Lupa nak cakap tadi," Uqasha menarik senyuman penuh makna. Matanya seolah berkerlipan di bawah cahaya lampu candelier.
" Welcome to Villa Titian Kasih."
Uqasha tersenyum tapi otakku sebenarnya cuba mencari semula serpihan memoriku apabila nama banglo itu disebut.
Titian Kasih? Dimana aku pernah mendengarnya ya?
A/N: Tak sangka cerita ni ada peminat, author rasa terharu sangat. Ingatkan tak ada yang minat, itu yang malas nak update hehehe. Apa pun trimas pada yang memberi komen, dari situ author tahu ada yang ternanti-nanti cerita ni. Pada yang tak tahu, cerita ni ada dipublish di . Baca sana lebih syok sebab ada gambar dan lebih cepat update. Kalau ada account , bolehlah cari username author, @miiraandy. Tq lagi sekali kepada pembaca yang sudi baca cerita ni. :)
Share this novel