Temani Aku

azamirah

Romance Series 16229
4.8
(26 ratings)

Synopsis

Kerana tergoda oleh gaji yang ditawarkan, Hamani sanggup bekerja sebagai orang gaji kepada lima jejaka yang baru berpindah ke lorong taman perumahannya. Dek desakan ibu dan rakannya yang mahu dia menghabiskan cuti semesternya dengan perkara berfaedah, Hamani menjadi antara ratusan gadis yang memohon untuk jawatan tersebut. Mengejutkan bagi Hamani apabila dia yang terpilih memegang title terhormat itu hanya kerana rumahnya terletak beberapa langkah daripada banglo itu! "Syarat pertama, jangan menyoal apa-apa berkaitan kehidupan peribadi kami. Syarat kedua, jangan masuk campur urusan kami. Dan yang terakhir sekali, dan paling penting, jangan masuk dalam master bedroom walau apa pun yang terjadi." Meskipun pelik dengan syarat yang diberikan, Hamani rela menerima kerja sementara itu. Namun, sikap panas baran Eziary menyeksa jiwanya dan kata-kata pedasnya mengguris hati. "Mind your own business, maid. Aku bawak perempuan, tukar diorang macam tukar baju ke, itu hak aku. Don't cross your line." - Eziary Nain Sabar ditanam walau benih kebencian bercambah. Hamanj tidak lagi hairan dengan sikap Eziary yang 100 peratus berbeza berbanding wataknya dalam drama dan didepan kamera. Baginya, cukup tempoh dua bulan tamat, dia akan angkat kaki. Tapi satu peristiwa telah mengubah segalanya, begitu juga layanan Eziary terhadapnya. Adakah Eziary hanya mempermainkan hatinya seperti wanita yang pernah diusungnya ke hulur ke hilir? Atau membalas dendam kerana dia melanggar syarat kontrak? "Kalau awak sanggup dan sudi menyambut tangan saya, saya rela tinggalkan semuanya. Dunia glamor ni, kerjaya saya, demi awak." Hamani buntu! Haruskah dia menerima huluran kasih Eziary dan memaksa dia meninggalkan kehidupannya atau berkorban agar Eziary menjadi dirinya yang sebenar?


Share this novel

Rate this story


Comments

Norol Asma'
2022-09-30  1 Replies

Sis bukan lg kawan dh unpublished ke?

NUR NANA
2021-10-02 

Hai assalamualaikum dear. Maaf mengganggu, izin promote novel pertama saya'Cinta Kita'dan jangan lupa follow saya ya Tq support me love you all <33

Camilia
2021-07-27 

Hai awak! Izinkan saya promote cerita saya. Jemputlah baca cerita saya yang bertajuk 'Her Innocence'. Karya saya tak sehebat penulis lain luar sana tapi saya harap awak suka baca cerita saya. Saya harap awak dapat support karya saya. Jangan lupa untuk follow saya supaya awak dapat notifikasi dari saya.

azamirah

282 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience