BAB 2

Romance Completed 7687

Bibir ini diukir senyuman lebar. Hati pula dari tadi tidak henti-henti mengucapkan kata syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah.. Soalan peperiksaan yang terakhir tadi dapat aku jawab dengan baik. Dengan berakhirnya peperiksaan yang terakhir tadi, maka berakhirlah sudah pengajian diploma aku dalam bidang bisnes. Lepas ni, bolehlah aku bercuti dengan hati yang tenang!

“Yeay!” aku menyorak kecil.

“Dya, lepas ni kau nak buat apa?”soal Nina.

“Balik rumah. Bercuti sakan lah weii.”

“tak nak kerja sambilan ke? Cuti panjang gila kut..”

“Tengoklah dulu.. Itu pun kalau aku rajin.” Seraya aku ketawa. “Malam ni kita bakar ayam,nak??”

Nina tersengih.

“Err.. Malam ni aku dah janji nak keluar dengan Rafi. Dinner dengan dia.”

Aku menarik muncung. Tak habis-habis dengan Rafi. Oh,ya! Rafi tu boyfriend Nina. Budak degree dekat UiTM ni. Entah macam mana boleh tersangkut, aku pun tak tahu. Dan malas nak ambil tahu.

“Okaylah.. Aku bakar ayam sorang-soranglah kalau macam tu..”

“Alah.. Sorryla Dya..”

“Hmm.. Aku tak kisah pun.. Tapi, kau kena ingat Nina.. Tak baik berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Berapa kali kau nak aku pesan ni ha? Aku ni pesan sebab aku sayangkan kau. Kau faham takk..?” hah! Dah mula dah nak membebel. Haha. Sabau jela Nina dapat housemate macam aku ni. Bukan setakat housemate, classmate pulak tu.. Memang hari-harilah Nina terpaksa menadah telinga.

“Iyaa.. Ala.. Kau macam tak kenal si Rafi tu. Dia baiklah..”

“Selagi belum kahwin, takdenyaa istilah baik. “ sindirku pedas.

Nina tersengih lagi.

“Iyaa Dya.. Rafi tu jahat.. Aku akan berjaga-jaga!” siap buat tanda tabik hormat lagi.

“Main-main kau yaaa!!” pipi Nina kucubit kuat. Geram!

***

Barakah cinta hanya datang bila diizinkan dari Allah. Cinta sebelum kahwin? Huh. Permainan dunia semata. Pernah sekali aku hampir tertewas dengannya..

“Kenapa awak lambat?” kurenung lelaki di hadapan ini tajam!

“I’m sorry. Tadi lupa nak ambil dompet. Saya terpaksa patah balik rumah. Kalau tidak, macam mana nak belanja awak makan.” Dia tersenyum. Namun aku masih tidak berpuas hati dengan alasannya.

“Ceh.. Iyalah tu..”aku menjeling.

Dia duduk di hadapanku. Dia adalah Qadir. Senior sekolahku dahulu. Aku berjumpa kembali dengannya kerana dia menuntut di university yang sama denganku. Kebetulan je tu. Dah alang-alang jumpa rakan sekolah lama, jadi kami sering bertukar-tukar cerita lama.

“Dya..”

“Hmm..” sahutku.

“Awak marah lagi ke?”

“Awak rasa?” aku masih dengan nada yang dingin.

“Maybe yes.. Tapi, saya akan anggap yang you’re not. Boleh?”

Eh, eh. Main-main pulak mamat ni.

“Dya..” dia memanggil lagi.

“Iya..”

“Kita ni macam mana?”

“Macam mana apa?” aku mengangkat muka dan memandang Qadir.

“Are we still like this..?”

Keningku mula bertaut. Tidak dapat memahami ayat yang tersirat itu.

“Are we still just a friend..? Not more than that.?”

“Heh..?”

Buk! Adehh.. Sakitnya pinggang.. Boleh pulak jatuh katil? Dahlah termimpikan si Qadir! Hish! Ni mesti tidur lupa nak baca doa ni. Cepat-cepat aku naik ke atas katil kembali dan membaca doa tidur dan beberapa surah lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience