BAB 11

Romance Completed 7687

“Betul ke keputusan Anne ni, along?” tanyaku,risau.

Berkenaan dengan hajat auntie Yazreena semalam, aku telah buat keputusan untuk melihat dahulu wajah anak lelaki auntie Yazreena itu. Bukankah dalam Islam ada memberitahu bahawa kita dibolehkan melihat bakal suami sebelum membuat keputusan untuk menikah dengannya. ‘Bakal suami’? Erk.. Macam aku ni sudah setuju untuk bernikah dengan dia pula. Errr..

“In Sha Allah. Yakin sahaja dengan Allah. Lagi pun Along tak kisah kalau adik yang kahwin dahulu sebelum along. Lebih-lebih lagi anak auntie Yazreena tu dah nak sambung belajar balik. Mungkin korang dah sampai seru untuk menikah?” panjang along memberi ayat-ayat semangat untukku. Huu.. Terharu!

“Dia baik tak?” tanyaku.

Kata Along semalam, lelaki itu kawan along sejak sekolah menengah lagi. Pelajar cemerlang pulak tu. Tapi, kalau pelajar cemerlang perangai macam hantu. Huh, tak nak lah aku!

Along tersenyum.

“Dia baik. Dia banyak bagi nasihat dekat along masa along dalam kesulitan. Adik berserah sahaja kepada Allah. Ingat, bahawa barakah cinta itu adalah cinta yang di bawah keberkatan dari Allah.” Pesan along lagi.

Aku sudah boleh tersenyum tenang.

“Assalamualaikum.”

Aku dan along menoleh belakang.

“Fadhli!” lelaki itu seakan-akan terkejut apabila melihat along. Along begitu teruja lantas bangun dan bersalaman dengan lelaki itu.

“Adik, inilah anak auntie Yazreena. Umar. Umar, inilah adik aku. Anne.” Along memperkenalkan kami berdua.

“Umar?” aku mengerut dahi.

“Ya saya. Umar. Umar El Raff bin Rauf.” Ujarnya sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience