BAB 12

Romance Completed 7687

Sebulan berlalu..

Kini aku sudah sah bergelar menjadi isteri orang. Isteri kepada Umar El Raff. Ustaz yang aku kenal di Bakti Roses. Jodoh itu memang rahsia Allah. Aku memang langsung tidak menyangka bahawa akhirnya aku akan menjadi isterinya. Erk. Rasa cuak pun ada ni. Sebab dulu aku langsung tidak pernah cakap elok-elok dengan dia. Eleh, dia pun sama!

Kami baru sah menikah pada petang tadi. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Serius aku macam kekok gila. Tapi kenapa aku boleh menerima lamarannya? Heh? Itu sebab aku percaya cakap along. Cinta itu boleh disemai selepas kahwin. Barakah cinta itu lagi nikmat apabila selepas kahwin. Dan aku percaya itu.

“Assalamualaikum.” Pintu bilik dikuak perlahan.

Hah sudahhhhh.. Umar dah masuk! Apa aku nak buat ni? Ya Allah! Ya Allah! Cuak ni. Cuak!

Aku hanya mendiamkan diri. Jantung rasa dah nak pecah!

Umar duduk di sebelahku. Lantas dia memandang wajahku yang sudah kemerah-merahan ini.

“Kenapa diam? Tadi saya bagi salam, awak tak jawab pun.” Tanya dia lembut. Langsung dah tak ada ayat-ayat sinis macam dekat tempat kerja. Erk. Serius aku pelik.

“Jawab dalam hati.” Jawabku tanpa memandang wajahnya.

Dia tergelak. Alamak. Ketawa pula Umar ni.

Dia mengangkat wajahku. Mata kami mula bertentangan.

“Kenapa dengan awak ni, Dya?” tanya dia lagi.

“Tak ada apa-apa.” Aku cuba jawab dengan tenang.

“If you’re not ready, I’m okay.” Dia tersenyum.

“Sebenarnya saya nak bersoal jawab dengan awak boleh tak? Sebab kita bukannya kenal sangat sebelum ni. So, saya rasa saya kena kenal awak betul-betul dahulu. If you don’t mind?” tanyaku terus-terang.

“Tanyalah..” balasnya lembut.

Kenapa aku rasa dia sweet sangat malam ni? Hah!

“Awak umur berapa? Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Lepas ni awak nak sambung belajar, jadi saya kena ikut awaklah? Saya kena buat apa dekat sana nanti?” aku menanti-nanti jawapan yang bakal keluar dari mulut Umar.

Umar gelak.

“Umur saya pun awak tak tahu?”

Aku menggeleng perlahan. Pelik bukan? Haha.

“Saya berumur 25 tahun. Awak 21 kan?” tanya dia pula.

Aku mengangguk. Oh, dia sebaya dengan along.

“So, lepas ni awak kena panggil saya abang.” Dia tersengih nakal.

“Okay, saya cuba.” Ujarku.

“Cuba sekarang.”

“Alah.. Nanti-nantilah.. Awak jawablah soalan saya tadi tu..” rengekku mengada.

“Apa? Cuba sayang sebut betul-betul.” Dia membulatkan mata konon-konon marah. Ceh.. Tak takut! Eh, kejap. Dia panggil aku ‘sayang’ ke tadi?? Oh tidakkk.. Mana datangnya Umar si romeo ni??

Aku menggeleng-geleng laju.

Dia mencebik bibir. Geram!

Aku pecah gelak. Ceh, ingat comel sangat buat muka macam tu? Kuat aku mencubit kedua-dua belah pipinya.

“Cepatlah jawab soalan saya tadi tu, abang!” aku mencubit kuat.

Dia turut melakukan hal yang sama. Aku menjerit kesakitan. Cepat-cepat aku melepaskan cubitan tadi.

“Tahu pun sakit.” Ujarnya.

“Alah.. sambunglah cepat..”

“Nanti abang akan sambung belajar sambil bekerja as a lecturer juga. Sayang kena ikut juga. Kalau tidak nanti siapa yang nak teman abang dekat sana?” dia memuncungkan bibir. Eceh, mengada!

“Pergilah sorang-sorang. Dya nak sambung degree dekat sini.” Aku sengaja menguji dia walhal aku sudah membuat keputusan untuk menjadi isteri sepenuh masa sebaik sahaja akad petang tadi. Aku percaya bahawa rezeki itu Allah yang beri, so kenapa aku perlu risau, bukan?

“Alah.. Tak syoklah kalau pergi sana sorang-sorang, sedangkan diri ini sudah punya isteri. Along dah beritahu dekat abang yang Dya dah tak nak sambung belajar. So, Dya jangan nak mengada-ada okay..”

“Ehh, mana ada. Dya memang nak duk Malaysia lah.”

“No no. abang tak izinkan.”

“Amboi.. guna kuasa suami nampakk..” aku mencuit pinggangnya. Sengallah Umar ni.

Dia ketawa.

“Eh, mestilahh.. Eleh, abang tahu yang Dya memang cintakan abang. Jadi, Dya memang nak ikut abang ke Jordan pun. Kan?”

“Eh.. Mana ada. Abang tu cintakan Dya. Sebab tu abang nak kahwin dengan Dya. Lepas tu mengada-ada suruh Dya ikut dia ke Jordan. Kalau tak ikut, nanti dia guna kuasa suami pula.. Siapa yang susah? Dya jugakk..” belum sempat aku menghabiskan bebelan, dia sudah mengucup pipiku.

“Hei! Mana aci!” marahku.

“Kenapa? Nak jugak? Nah..” dia menayang-nayang pipinya ke arahku..

“Ee.. Dya peliklah, dekat tempat kerja abang tak adalah sweet macam ni. Apa sikap abang sebenarnya ek? Dahlah suka menyakat Dya dekat pejabat dulu. Huh. Menyampah!” tiba-tiba teringat sikap menjengkelkan Umar dahulu.

Umar pecah gelak.

“Sorrylah.. Masa tu memang abang suka sangat menyakat sayang. Habis sayang comel sangat. Masa kita gaduh sampai sayang cakap nak berhenti kerja, abang memang cuak sangat. Sudahlah abang memang ada niat nak berkahwin dengan sayang. Tapi abang buat sayang marah pulak. Abang minta maaf sangat-sangat.” Ujarnya.

“Mana taknya, dia main ugut-ugut kita. Cakap kita mengorat student. Padahal tak pun! Geram kita ni tauu.. Lepas tu, boleh pulak sibuk nak tanya nama Nina. Padahal minat Nina, tapi tak nak mengaku.” Cebikku.

Dia tersengih nakal.

“Cemburu ke?”

Aku membulat mata.

“Langsung tak.”

“Eleh.. Cemburu cakaplah cemburu…”

“Sikitlah..” perlahan aku menutur. Malu pun ada.

Dia tersenyum. Sekali lagi dia memegang daguku.

“Kali ini, sayang tak perlulah takut lagi. Sebab abang dah sah jadi zauj Dya Ri Anne bt Faruq. Jadi, Puan Dya Ri Anne.. Sudikah puan terima Umar El Raff menjadi pasangan hidup di dunia mahu pun di akhirat kelak?” tanya dia dengan muka yang penuh serius.

“Bersaksikan malaikat dan Allah SWT, saya Puan Dya Ri Anne menerima Umar El Raff sebagai zauj saya. Dan saya akan berusaha menjadi zaujah yang terbaik buat Umar El Raff sepanjang saya hidup di dunia ini. Semoga kita terus bersama sehingga sampai syurga. In Sha Allah.” Aku menatap matanya sambil memegang lembut pipi milik si suami.

“Cinta ini adalah hadiah untuk kita, sama-samalah kita menjaganya seiring dengan ajaran Allah SWT. In Sha Allah..” balasnya dengan senyuman manis menguntum di bibir merahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience