BAB 10

Romance Completed 7687

Sebaik sahaja aku memakai tudung dan blaus berlengan panjang. Aku menyegerakan langkah menuju ke ruang tamu. Tidak sabar untuk berjumpa dengan surprise yang diberitahukan oleh along.

“Auntie Yazreena?” aku terkejut. Kenapa auntie datang rumah kami? Siapa sebelah dia? Hmm.. Mesti suami auntie itu kut. Fikirku di dalam hati.

Auntie Yazreena tersenyum.

“Anne sihat?”

Aku cepat-cepat bersalaman dengan auntie Yazreena sambil membalas senyuman.

“Alhamdulillah sihat.” Balasku.

“Sebenarnya auntie datang ni ada hajat.”

Aku mengerut dahi. Hajat? Perlahan aku mengalih pandangan ke arah along. Along tersenyum-senyum sahaja. Bukan hanya along seorang yang tersenyum-senyum malah mama dan papa pun sama. Erk..? Something smell fishy here.

“Hajat apa tu Reena?” mama menyampuk.

“Sebelum tu auntie nak tanya betul ke Anne nak berhenti kerja dari Bakti Roses?” tanya auntie Yazreena.

“Hmm? Ya. Tapi lambat lagi. Anne dah beritahu dekat auntie hari tu, bukan?” balasku.

“Tak adalah.. Umar cakap korang bergaduh sampai Anne nak berhenti dari kerja. Itu yang auntie risau tu. Umar ni pun satu, suka sangat menyakat Anne.” Auntie Yazreena mencebik bibir. Geram dengan sikap Umar.

Aku tergelak. Bengong lah Umar ni. Tak payah lah sampai nak ceritakan hal itu dekat auntie Yazreena. Adei!

“Kita orang gaduh biasa-biasa je. Tadi mood Anne tak berapa nak betul sikit. Itu sebab Anne terkeluar ayat-ayat pelik tu. Tapi Anne tak bermaksud nak berhenti betul pun.” Ujarku hal yang sebenar.

Auntie Yazreena menghela nafas lega.

“Tadi Reena nak cakap pasal hajat apa tadi? Macam serius aje bunyinya.” Mama mencelah lagi. Amboi, tak sabar betul ya!

“Sebenarnya auntie nak tanya Anne masih single atau tidak?” tanya auntie Yazreena tanpa berlapik-lapik.

“Hah? Kenapa auntie?”

“Kalau masih single, auntie teringin sangat nak jadikan Anne sebagai menantu auntie.” Terang auntie Yazreena.

“Anne setuju tak?” tanya mama pula.

“Along kenal siapa anak auntie Yazreena tu.” Along mencelah.

Aku menggigit bibir. Apa aku nak jawab ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience