BAB 9

Romance Completed 7687

Aku menghempaskan badan ke atas katil. Lenguh pulak badan hari ini. Lenguh badan tak apa berbanding dengan sakitnya hati dalaman ni. Serius aku geram gila dengan sikap ustaz tu petang tadi. Suka hati dia je nak main ugut-ugut aku. Aku mana ada nak mengorat budak pun! Kenapalah ustaz tu sangat menyakitkan hati?

Tok tok tok!

Pintu bilikku diketuk membuatkan aku sedikit tersentak.

“Masuk.. Pintu tak kunci.” Jeritku.

Tombol pintu dipulas perlahan.

“Cak!” wajah along muncul di muka pintu.

Aku menjerit terkejut.

“Along!!!” lantas aku berlari mendapatkan along.

“Adik along ni sihat tak?” rambutku ditariknya.

“Janganlah..!” marahku. “Ni kenapa tiba-tiba balik? Dahlah tak inform sepatah pun.” Aku menarik muncung.

“Saja. Nak buat surprise.”

“Eleh.. Tapi, memang surprise! Bakal kakak ipar adik datang tak?” usikku nakal.

Along membulatkan mata.

“Dia nak datang buat apa?? Along baru bertunang dengan dia. Bukan berkahwin lagi.” Marahnya. Erk.. Tak pasal-pasal kena marah pulak. Adeii.

“Alah.. adik gurau ajelah.. Emo pulak along ni.” Aku buat muka.

“Actually ada satu lagi surprise..” along tersenyum-senyum.

“Apa? Ha..! Along nak kahwin minggu ni ke?” aku meneka.

“Hesy! Apa pulak.. Bukanlah!”

“So..?” aku tak sabar-sabar nak tahu.

“Ada tetamu special dekat ruang tamu. Jom pergi jumpa mereka. Adik pakai tudung tau.”

“erk.. Mereka? Mereka tu siapa?” aku mengerut dahi.

“alah.. pergi ajelah pakai tudung tu dulu.. Cepat!!”

Tubuhku ditolak masuk ke dalam bilik. Lantas pintu bilik ditutup kuat dari luar. Ngek betul along aku ni. Surprise amende ni wei? Gulp.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience