BAB 6

Romance Completed 7687

“Dah jumpa auntie Yazreena?” tanya mama.

Aku berhenti dari membaca. Lantas laptop ditutup perlahan.

“Dah.” Jawabku.

“Dia baik,kan?”

“Ya.. Kenapa mama tanya?” aku dah pelik. Mungkin sebab auntie Yazreena kawan baik mama..Kut?

“Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Mama tersenyum-senyum. Aku bertambah pelik. Mama ni dah kenapa?

“Mama? You look so weird.” Ujarku.

“Weird ke? Biasa je ni.”balas mama yang masih tak lekang dengan senyumnya.

Aku membuka semula laptop. Mama melangkah masuk ke dalam bilik tanpa menceritakan sebab musabab dia tersenyum-senyum itu. Tak faham betul aku.

Nina: Dya!

Tetingkap chat muncul di ruangan fac. Aku menaip laju membalas chat.

Dya: Yeee..

Nina: Rafi putuskan hubungan kami.. I really need you right now. ?

Lantas aku mencapai telefon bimbit di atas meja dan mendail nombor telefon Nina.

“Hello..Assalamualaikum.” aku bersuara sebaik sahaja panggilan dijawab.

“Wa’alaikumussalam.” Balas Nina. Kedengaran tangisan di hujung talian.

“Kau okay tak?” tanyaku risau.

“Not really. Aku benci Rafi.” Rungutnya.

“Bawa bersabar. Don’t think it too much. You’re still have me. Kau nak aku pergi rumah kau ke?” tanyaku lagi. Iyelah, manalah tahu kut-kut Nina mengalami tekanan perasaan.

Nina gelak.

“Thanks, but no thanks. Aku okay.Aku rindu kau..” luahnya.

“Aku pun!”

“Jom jumpa.” Ajak Nina.

“Bila?”

“Esok..?”

“Esok aku kerja..” beritahuku.

“Kerja?? Kau kerja apa??”Nina seakan-akan tidak percaya.

“Guru tuisyen je. Dekat Bakti Roses. Alah.. Dekat kawasan rumah aku je.”

“Okay.. Aku datang dekat tempat kerja kau lah kalau macam tu.” Ujarnya.

“Kau nak datang ke?? Waaa.. Okay!! Aku tunggu!” aku teruja. Mana tidaknya, kawan baik nak datang melawat. Haha. Haruslah gembira!

“Okay! Settt..! Esok aku datang.. Tengahari macam tu lah.. Boleh?”

“Bolehhh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience