BAB 7

Romance Completed 4359

Mulutku terlopong. Benar-benar kagum dengan bakat Paparazi Risqa dalam mengorek maklumat tentang Aryan yang aku sendiri tidak tahu menahu.

“Hamzah beritahu aku, sebab terpilih untuk berlakon dalam teater yang bakal diarahkan oleh seorang pengarah tempatan yang mendapat Katanya ada ijazah dalam Seni Persembahan. Dari cerita Hamzah, aku dapat agak dia adalah mamat si kuda putih or si kuda belang tu, opps! Sorry!” Aku memberikan jelingan maut pada Risqa.

Sekali lagi aku menahan keluhan. Kereta yang dipandu oleh Risqa terasaseperti merangkak. Kalau boleh aku ingin segera sampai ke rumah.

SUdah tidak betah rasanya mendengar cerita tentang Aryan.

Mandi, tidur dan bermimpi. Berharap dalam mimpi nanti akan bertemu dengan Kuda Putih. Bermain dan mengusap mesra bulunya sama seperti yang aku lakukan pada kucing keaku ngan aku, Embun.

Aku tersenyum sendiri. Harapan dan impian aku mungkin jauh tersasar daripada kenyataan.

Keliru, sedih, hampa, marah dan bahagia berbaur dalam minda aku.

Apapun, aku rasa lega kerana dia telah selamat berada di tanah airnya sendiri. Berjuang untuk memartabatkan seni warisan bangsanya sendiri.

“Hujan nampaknya semakin lebat. Tak tahulah pukul berapa kita nak sampai rumah ni,” Risqa merengus sambil tangannya lincah menukar stesen radio.

Mungkin untuk mencari maklumat tentang kesesakan jalan raya.

Hujan semakin mencurah. Terasa begitu dingin sekali. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Cuba melayan perasaan sendiri, aduh siapa dapat

membaca hatiku saat ini… Rasanya tiada dan lagu yang berkumandang di radio di mana liriknya benar-benar menjentik hatiku seakan membawaku menerawang ke dunia anganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience