BAB 6

Romance Completed 4359

Aku cuba juga mengutusinya dan bertanya khabar. Malangnya tak ada satu yang berbalas.

Aku sampai ke tahap tertanya-tanya apakah ada coretanku yang mengguris hatinya lalu minatnya untuk berkongsi cerita dengan aku hilang.

Aku sendiri tidak pasti mana silapnya. Atau sememangnya dia tidak jujur dalam persahabatan yang terjalin ini.

Akhirnya nyanyian rindu semakin bersenandung dalam setiap mimpi aku hingga kesudahannya lena ku beralaskan airmata menahan rawan dalam hati.

‘Anna Karina, jangan berpegang pada kenangan kerana semua itu memori dan usah terlalu mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Kelak memakan diri sendiri.’ Hati kecil aku selalu berbisik namun naluri aku masih mengharap.

Meski aku tahu ia umpama laying-layang yang terputus talinya.

“Kau tahu tak dah lapan bulan dia di sini.” Ujar Risqa perlahan. Aku tersentak sambil mengerutkan dahi bagai tidak percaya.

Segala yang yang berlegar di minda hilang bersama angin lalu. Aku hanya memandang ke arah Risqa yang fokus memandu meredah kesasakan lalu lintas di petang hari.

Lebuh Ampang mana mungkin sunyi tatkala waktu senja mula menjengah, di saat selautan manusia berpusu-pusu untuk pulang ker rumah.

Keadaan semakin meruncing bila hujan mula turun dengan renyai-renyai seperti hatiku yang sedikit demi sedikit dihimpit nyanyian duka.

“Kau toksah tahu dari mana aku dapat info tentang kepulangan dia ni. Apa yang aku tahu dia dah balik tapi aku tak pasti, back for good atau cuma bercuti,” jelas Risqa padaku seakan mengerti yang aku perlukan penjelasan lebih terperinci daripadanya.

“Informer aku kata mamat Aryan tu sekarang aktif mengarah teater. Dengar cerita bulan depan nak mulakan projek mega. Persembahan teater sulungnya di Istana Budaya. Kau rasa tak wow ke macam tu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience