BAB 3

Romance Completed 4359

Kami banyak perbezaan dan bekerja dalam bidanhg yang berbeza namun kebanyakan masa kami akan mencapai kata sepakat bersama dalam banyak perkara.

Kata rakan sekerja, aku nampak begitu selesa dan serasi bila bersama dia dan ada chemistry di antara kami.

Kami berkongsi minat menyanyi dan mendaki yang sama.

Masa lapang kadangkala kami penuhi dengan menonton wayang, pergi ke karaoke dan mendaki bukit.

Adakalanya aku akan menemaninya membaca puisi di rumah puisi atau berlatih teater.

Kerana dia juga aku mula belajar tentang keindahan puisi. Mengenali dunia teater. Mengagumi karya agung Datuk A Samad Said, Datuk Shahnon Ahmad dan beberapa sasterawan negara yang lain yang tidak pernah aku ambil peduli.

Persahabatan yang terbina antara kami jujur dan ikhlas tanpa sebarang syarat mahupun tuntutan, tanpa sebarang harapan dan impian.

Namun putik untuk membungakan kasih ada ketika terjelma juga dalam jiwa, tanpa aku sedar.

Nyanyian dari sang perindu ini adakalanya bertandang juga dalam hati walaupun aku tidak pernah melayan irama tersebut sebelum ini.

Aku biarkan ia berlalu tanpa rasa, tanpa nada kerana aku tahu pasti sakit jika melayannya kelak. Namun ada ketikanya kocakan air kasih itu berbalam juga di dalam hati.

“Anna Karina, aku rasa sudah tiba masanya aku merantau ke negara orang. Rutin hidup di sini tidak begitu mencabar dan aku sudah bosan. Aku teringin untuk sambut tahun baru di negara orang.” Selamba sahaja dia menuturkan kata-kata berkenaan hampir tujuh tahun yang lalu tatkala kami sedang berehat di puncak selepas mendaki bukit Jugra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience