BAB 8

Romance Completed 4359

Tiada siapa yang tahu apa yang bersarang di hati aku saat ini. Aku membayangkan sekumpulan Kuda Putih sedang bermain-main dan berkejaran di atas bukit di mana rumput hijau yang subur dan meluas dan ada setaman bunga penuh dengan bunga-bungaan pelbagai jenis harum semerbak.

“Alamak! Kuda Putih cium buntut gajahlah, patutlah, jalan jam teruk.” Teriakan Risq buat lamunan ku terhenti.

Segera aku menurunkan cermin tingkap untuk meninjau dan mencari kuda putih. Namun apa yang ada hanyalah air hujan menerpa masuk tanpa diundang, biasan airnya membuat aku terjaga dari fantasi rekaanku.

“Alah bukan Kuda Putihlah tapi kambing putih. Sorry.” Risqa berseloroh.

Nakal. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum. Segera menutup kembali cermin tingkap dan kembali memejamkan mata. Mengharap sesuatu yang indah bakal bertandang. Hampa.

“Cukup cukuplah tu. Aku tahu kau rindukan Kuda Putih tu. Minggu depan Pekan Teater dah mula. Aku pasti dia ada di sana hampir setiap jari, ada masa kau datanglah lawat..”

Risqa menepuk lembut paha aku. Usapan lembut mesra seorang sahabat yang

cukup memahami aku. Aku rasa cukup terharu kerana dala kesunyian ada insan bernama sahabat yang tidak pernah jemu mengambil tahu tentangku dan memahami gejolak rasa yang bersarang meski tanpa ku ucapkan padanya.

Kuda Putih dah kembali, itu pasti. Yang tidak pasti kenapa Kuda

Putih begitu mudah melupakan kenangan yang pernah tercipta antara aku dan dia. Tidak adakah sekelumit nyanyian rindu di dalam hatinya kepadaku?

Pelbagai soalan menerpa yang tidak pernah hilang dari fikiranku namun rasanya aku sudah tidak memerlukan jawapan kerana pada akhirnya aku sudah belajar memahami sesuatu.

Aryan, hadirmu persis angin bayu yang telah mengulit nyanyin rindu di dalam hatiku dan keperhgianmu pula bagai abunyang ditiup ganas sang bayu hingga menghapuskan jejak kenangan yang bersarang lama di segenap ruang kalbu.

Dan masih jua seorang Anna Karina ini terus setia menanti bersama harapan yang entahkan bila terlaksanan.

Jauh di sudut hati sang perindu ini akan terus menyanyikan lagu rindu untukmu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience