BAB 5

Romance Completed 4359

Sedar tak sedar sudah hampir setahun kepergiiannya. Tahun pertama Aryan di negara orang, banyak kiriman berita untuk aku Meskipun ada kemudahan e-mel, SMS, dia begitu gemar mencatat segala berita tentang dirinya di tempat baru menerusi kiriman poskad dan surat.

Dan tanpa sedar aku menjadi teruja Aku pula menjadi menanti kunjungan warkah bersetemkan kangaru. Penantian aku tidak sia-sia. Ia membuahkan sesuatu yang indah. Hampir setiap purnama pasti ada berita darinya.

Hati aku mula dibuai nyanyian rindu lebih-lebih lagi di saat suratnya menjengah lambat di peti suratku.

Setiap kali itu terjadi, sering saja aku memujuk hati sendiri, ‘Anna Karina, dia mungkin sibuk dengan agenda barunya.’ Lalu nyanyian rindu yang bersenandung dalam jiwa aku hilang begitu saja.

Tahun kedua masih lagi ada berita darinya. Walaupun tidak sebanyak dulu namun masih ada catatan untuk aku.

Aku menghidu sesuatu daripada catatannya namun cuba aku ketepikan agar ia tidak merosak jiwa.

Namun tak dapat ku nafikan, Ada resah yang membara di jiwanya. Ada hati yang berseakan mahu meronta menjerit.

Aryan seolah sedang mencari sesuatu atau boleh jadi cuba melarikan diri daripada sesuatu.

Aku kurang arif untuk memberi nasihat cuma sekadar berharap dan berdoa agar dia akan menemui apa yang dicarinya sedikit masa lagi agar ia tidak dirundung duka.

Kiriman poskad terakhir yang ku terima daripadanya, Aryan menyatakan dia akan menyambung pelajarannya dalam bidang teater.

Dan semenjak itu, dia terus menyepi. Tiada lagi coretan dan kiriman poskad penuh keterujaan darinya.

Aku sendiri tidak pasti kenapa dia menyepi dan aku tak mengerti sehinggalah ke hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience