BAB 2

Romance Completed 4359

Apakah dia yang bercakap sebentar tadi? Jika ya mengapa kini dia reaksi darinya bisu?

Sudah lama rasanya nama Kuda Putih itu tidak singgah di ruang mindaku. Namun begitu tidak juga pernah lekang daripada ruang hatiku.

Adakalanya ia datang bersama rindu.

“Maaf. Nama saya Aryan.” Lelaki itu kemudiannya menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku membuatku terpinga-pinga

Mataku melilau memandang di sekeliling.

Mujur pelanggan di kedai buku Times hari itu tidak ramai, hujung bulan agaknya.

Kalau tidak, aku pasti malu sendiri bila disapa dengan tiba-tiba oleh lelaki yang tidak aku kenali yang membuat aku gelabah dan hampir mencarut tadi.

“Maafkan saya tapi saya ikhlas mahu berkawan dengan saudari.” Ujarnya lagi. Sekali lagi dia bersuara.

Aku merenungnya atas dan bawah. Rupa parasnya boleh tahan kacak.

Berseluar jeans lusuh dengan kemeja bewaarna putih yang sememangnya adalah penampilan kegemaran ku.

Dia memandang aku dengan penuh harapan dan pengertian. Sepasang mata kuyu warna coklat itu cukup menggoda.

Pandangan kami saling bertukar.

Entah mengapa ada satu perasaan halus yang mengalir perlahan dalam hati aku ini dan tanpa sedar aku menyambut huluran tangannya.

“Nama Anna Karina,” jawabku dan aku melihat satu senyuman indah diukir di bibirnya dan sejak dari waktu itu, aku dan dia selalu berhubungan, entah kenapa aku gembira bila bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience