Rate

Bab 1

Romance Series 26403

"Kau ni boleh tak duduk diam.Buat semak kepala hotak aku je tengok kau jalan ke sana ke sini!"Megat Syahmi memarahi aku.

Aku tidak menghiraukan bebelannya.Mananya aku tak kehulu ke hilir.Sudahlah family kitorang duduk jauh and aku dengan Megat Syahmi duduk dekat sini berduaan?

Err tak adelah jauh sangat pon.Turun tingkat bawah pusing kiri dah sampai ruang tamu, belah kanan bilik ibu dan ayah and belah kiri bilik mama papa Megat Syahmi.

Action lah kau Hanan.Apa susah,kalau Syahmi nak buat something kat kau,kau jerit je la biar satu rumah dengar.And then cakap Syahmi nak 'ngap' kau.Bangangnya idea kau Hanan,sah berdekah-dekah diorang gelak kat kau.

"Kalau semak kepala,tak yah tengok.Tutup mata tidur."Aku menghentak kaki.Kalaulah aku boleh hentak kepala Syahmi sekarang.Uisy,sabo je la.

"Macam mana aku nak tidur kalau kau berjalan merata.Aku tak boleh lelap tahu?!Boleh tak kau duduk atas sofa tu diam-diam."Arahnya lagi.

Isy,apa pasal bengap sangat dia ni.Muka hensem,kaya dan cukup serba serbi tapi bodoh.Kesian bini dia nanti dapat suami bangang grrr.

"Dah semak sangat,lagi senang kau keluar dari bilik ni terus."

"Eh kau lah keluar.Ni rumah aku kan."

"Yela tapi mama dah cakap kan bilik ni hak milik aku.So kau lah keluar!"

"Eh budak kecik.Kau mari sini,aku luku kepala ko!"Megat Syahmi sudah berkira -kira untuk mengejar aku tetapi gagal bila ada ketukan di pintu.

Ha sudah tu pasti mak bapak kitorang terjaga.

"Syahmi,Hanan apa yang kamu bertengkarkan tu?Mama tak boleh tidur lah."Aku membuka pintu.

"Alah,menganggu mama ke?Err kitorang just bincang something tadi.Sorry kalau kitorang bising."Kata aku memohon maaf.Yalah,sedar lah salah aku.Kalau aku tak bising,tak payah susah-susah mama kena naik atas.Buat malu je la Hanan.

Setelah memastikan Mama sudah turun ke bawah,aku menutup pintu dan menarik nafas lega.Nasib tak kantoi tadi!

"Dah tak nak gaduh kan.Kau duduk diam-diam situ and jangan kacau aku nak tidur."Megat Syahmi membaling bantal ke muka aku.Aku hanya menahan geram.Tak mahu mencari pasal dengan Syahmi.Tak pasal aku pulak yang berangin nanti.

"Aku kena tidur bawah ke ni?"Kata aku sambil memandang Syahmi yang kukira sudah hampir terlelap.Ha padan muka!Ingat aku akan biar je kau senang lenang?

Lelaki itu berdecit."Haah la,tanya lagi."

Aku memutarkan bola mata aku dan menjelir lidah.Menyampah aku!

Dengan hati yang berat,aku capai juga bantal yang dibaling Syahmi dan berbaring diatas sofa.Atas lantai?memang tak lah.Buat sakit belakang aku je.

Bangun aje pagi itu,aku boleh rasakan kaki aku macam membeku.Semalam punya hal lah,sebelum aku tidur tu lupa pula aku nak bertanya dekat mamat tu dekat mana kain selimut.Mana lah aku tahu yang suhu akan jadi sejuk macam tu.Sebelum aku tidur tu,elok je tak terlampau sejuk dan tak terlampau panas.

Aku menyelak anak rambut yang menutup wajah aku ke tepi.Jam tangan aku lirik,masih awal baru pukul 5:15

Syahmi yang masih setia di atas katilnya juga aku pandang dengan pandangan kepala-hotak-kau.

Sudahlah biar aku kesejukan atas sofa ni dia pulak boleh tidur atas katil.Kurang asam punya mamat buaya.

Kut iya pon,tolong la selimutkan aku.Kan baik gitu.Ada juga ciri -ciri manusia walaupun Syahmi tu bukan alien.Huh,entah-entah alien pon lagi baik dari manusia seorang ni.

Disebabkan masih awal dan mata aku masih mahu lelap,aku mengambil keputusan untuk tidur semula and jangan tanya kenapa aku tak bangun sembahyang subuh sebab aku tengah cuti.

====================

Aku segera memakai pakaian aku.Setelah selesai aku terus berlari turun."Assalamualaikum ayah,ibu."Aku tersenyum sambil menarik kerusi.Aku memandang Ibu yang tersengih.

Ibu please laaa,ja-

"Lewat kamu bangun hari ni Hanan.Semalam ada apa-apa ke?"Ibu menolak lengan ayah.Ayah hanya tersengih sambil menggeleng kepala.

Shit.Aku dah cakap dah.Sebab ni la jugak aku kalut semacam tadi.Aku terbangun lewat pagi ni.Hisy,tapi memang salah aku pon.Kalau aku tak sambung tidur tadi aku takkan bangun lewat.

"Ibu ni!.Takde apa pun lah!"Marah aku.Lagi satu,takkanlah ibu lupa aku cuti.

"Err mama dengan papa mana?Diorang tak sarapan dengan kita pon ke?"soalku cuba mengalih topik.Bukan aku tak kenal ibu,kalau dibiar nanti entah ke mana merepeknya.

Huh,bahaya!

"Diorang keluar kejap ada hal katanya.Kamu duduk lah sini dengan Syahmi.Ibu dengan ayah pon nak keluar pergi pasar."

Aku melopong.Lah,Syahmi ada ke?Aku ingat dia keluar sebab tak nampak bayang dia pon.Lantaklah,kesah apa aku.

"Ha lagi satu,jangan nak bersenang lenang ya.Tu ha ada dua biji lagi periuk belanga tak berbasuh.Meja tu pon jangan lupa bersihkan lepas makan.Kamu tu pengantin baru,tunjuk peragai elok sikit,sejuk hati mak mertua kamu nanti."Pesan Puan Hidayah.Aku hanya mengangguk perlahan.

Aku hanya memerhati kereta ayah yang perlahan berundur keluar dari perkarangan rumah banglo ini daripada tingkap dapur.

Air teh yang tersisa aku habis kan sebelum aku berlari ke ruang tamu.Kerja-kerja tu nanti lah aku bereskan.Sekarang aku mahu melayan televisyen dulu.

Here's another chapter,hope you guys enjoy.

Share this novel

ctctct
2020-11-19 21:41:17 

dtg period blh nikah ye


NovelPlus Premium

The best ads free experience