Rate

Bab 3

Romance Series 26403

"Abang dah kena buang kerja."

Tangan Hidayah yang tadi lincah membancuh air teh terhenti.Dia memandang suaminya meminta penjelasan.

"Abang dah kena buang kerja,syarikat yang abang kerja tu dah bangkrup."Terang Hamid.Dia melabuhkan punggung diatas kerusi.Wajahnya jelas menggambarkan perasaan kecewa.

" Habis?Macam mana sekarang bang?.Macam mana kita nak bayar duit rawatan anak kita ?"Soal Hidayah bimbang.

" A-abang akan usahakan "

Hidayah terduduk bersama linangan air mata. Risau memikirkan masa depan mereka sekeluarga. Apa yang harus dia lakukan ?

Tanpa mereka sedar ,sepasang mata kecil sedang memerhati daripada jauh. Patung beruangnya ditinggalkan di atas meja lantas kaki kecil itu berlari masuk ke dalam bilik abangnya.

"Abang, Abang sakit ke ?"Polos sekali anak kecil itu bertanya kepada abangnya yang kelihatan pucat.

"Eh mana ada lah. Hanan dengar dari mana ni ?"Hakim mengelus rambut Hanan .

" Hanan dengar ibu dengan ayah cakap dekat dapur tadi "

Si abang kelihatan gelisah. Sedar yang Hanan tidak patut tahu, dia tersenyum.

" Mana ada. Hanan tengok abang macam orang sakit ke ? Tak kan ? "

Hanan menyentuh dahi Hakim. Hakim hanya membiarkan. Ah, masakan kanak-kanak sekecil Hanan tahu.

" Yalah, tak panas pon ." Hakim tergelak mendengar ulas Hanan.

Tiba-tiba Hakim merasa sakit kepalanya makin menyakitkan. Rasa bagai jarum mencucuk-cucuk kepalanya sekarang.

Hanan yang melihat wajah berkerut abangnya bersuara. " Kenapa abang ? "

Soalan Hanan tidak dapat dijawab bila Hakim rebah di dalam pelukannya.

" Abang?Abang?!"Hanan menggoncang bahu Hakim .Air mutiara jernih jatuh ke pipinya melihat keadaan Abangnya.

Hidayah dan Halim yang terdengar suara Hanan menangis terus bergegas ke bilik Hakim.

" Ya Allah anak aku! "Jerit Hidayah bila melihat Hakim yang tidak sedarkan diri.

Hanan tidak menghiraukan ayahnya yang menarik dirinya untuk beredar dari situ.

"Abang!Hanan nak abang, abang kata abang tak sakit. Abang tipu Hanan ! "Rintihnya.Tangannya terus terusan menggoncang bahu Hakim untuk menyedarkan abangnya.

" Hanan, sudahlah tu nak.."Halim masih berusaha untuk menarik Hanan walaupun dia sendiri rasa seperti sangat lemah hingga tidak mampu berdiri.

Lima belas minit kemudian, Halim membawa Hakim ke hospital.

Sampai di sana, Hakim terus dimasukkan ke wad kecemasan. Manakala yang lain hanya tunggu di
luar.

" Abang ,macam mana sekarang bang ? Kita kena cepatkan pembedahan tu sebelum sakit Hakim makin teruk." Hidayah bersuara.

Sudah banyak kali Hakim pengsan dan banyak kali juga doktor yang merawat Hakim mencadangkan pembedahan tapi apakan daya, duit gaji Halim tidak banyak kalau dibandingkan dengan kos pembedahan itu. Hampir mencecah 20 ribu.

Hidayah kian risau, takut terjadi sesuatu yang buruk.

Hampir 3 jam mereka menunggu, akhirnya doktor yang bertanggungjawab merawat Hakim pun keluar disusuli dengan wajah yang menunjukkan sesuatu yang tidak baik.

" Doktor, macam mana dengan anak saya ? " Hidayah menerpa ke arah doktor lelaki itu.

" Err Puan ni waris Mohamad Hakim Bin Halim ke ?"

Hidayah mengangguk laju.

" Beginilah Puan..."

"Hidayah "

"Puan Hidayah, keadaan hati Hakim sudah kian teruk. Kita perlu lakukan pemindahaan hati secepat mungkin. Kalau tak, Hakim mungkin tak ada peluang untuk survive " Terang doktor itu.

Hidayah terus menghamburkan rasa sedihnya .Tak sanggup dia membayangkan satu hari hidup tanpa Hakim disisi.

Halim mengusap belakang Hidayah yang terduduk. Hanan hanya memerhati tanpa satu pun bicara keluar dari mulutnya. Masih keliru dengan apa sebenarnya yang terjadi. Pemindahan hati ? Dia langsung tiada klu!

=======================

Sudah dua hari Hidayah bertapa di hospital bermaksud dua hari jugalah Hakim tidak sedarkan diri.

" Dayah, awak pergilah solat dulu. Hakim biar saya jaga " Halim muncul bersama nasi bungkus di tangannya.

" Tapi bang, saya.."

"Sudah Dayah. Awak turun solat, awak doa banyak-banyak supaya Hakim sembuh."Halim memotong bicara Hidayah. Hidayah patuh. Dia mencapai beg kain telekungnya dan turun ke bawah bersama Hanan.

Selesai menunaikan solat Zohor. Hidayah menyapa seorang wanita yang kelihatan muram.

"Assalamualaikum "Sapa Hidayah.

"Waalaikumusalam."Wanita itu menjawab salam Hidayah.

" Kenapa puan ni murung aje saya tengok ? "Dia melabuhkan duduk di sisi wanita itu. Manakala Hanan sibuk bermain dengan patung beruangnya.

"Anak saya..anak saya baru disahkan meninggal kak.Kemalangan dengan lori "

" Innalillah.."

" Saya minta maaf ya, saya tak tahu."Hidayah mohon maaf. Sedar dia telah terlajak. Pasti wanita itu masih bersedih.

"Tak apa lah kak, saya terima seaadanya takdir yang Tuhan dah tetapkan untuk anak saya." Wanita itu tersenyum. Hidayah kagum dengan ketabahan wanita itu.

" Akak ni pula? " Soalan itu berbalik kepada Hidayah.

" Anak saya menghidap penyakit hati dan sekarang masih tak sedarkan diri "

" Kenapa tak buat pembedahan ?" Soal wanita itu.

" Kalaulah saya boleh, tapi kami ni hanyalah orang biasa. Tak mampu nak bayar kos rawatan yang terlampau tinggi." Luah Hidayah.

Wanita itu berasa kasihan melihat wajah kecewa Hidayah.

" Akak nak saya tolong ? "

"Tolong apa? "

" Saya tolong bayar kos rawatan tu tapi dengan syarat..." Matanya teralih kepada Hanan yang ralit.

" Saya nak anak akak jadi menantu saya sebagai ganti anak perempuan saya yang dah meninggal "

Hidayah jelas sekali kelihatan terkejut. Kalau dia bersetuju adakah Hanan akan bahagia?
Pasti hidupnya lebih terjamin bukan?

===================

Aku meraup wajah, sedar -sedar saja ingatan aku kembali ke waktu dia masih berumur 7 tahun, masih melekat dengan patung beruang koko pemberian abang Hakim. Ya berkat pertolongan Datin Mastura, abangnya Hakim telah berjaya melepasi pemindahan hati itu dengan lancar. Berkat ibu juga kerana sanggup mendermakan hatinya.

Dan sekarang, abangnya sedang melanjut kan pelajaran di UK dan sedang menghadapi peperiksaan semester akhir sebelum boleh pulang ke Malaysia.

Wahh, tak sabarnya nak jumpa abang Hakim. Maybe dia dah jumpa awek mata biru kut.Haha.

Isy kau ni Hanan, boleh pulak kau berangan. Encik Singa kau tu tengah tunggu makanannya.

Aku menyambung masak dan menyediakannya.

Walaupun hanya ayam sambal, tapi lepas dah ni kalau nak bagi makan orang yang cerewet tu.

Aku meletakkan mangkuk yang berisi ayam sambal itu dan cepat-cepat ingin beredar. Tak sanggup dah aku nak pandang lelaki yang dah ragut kesucian aku.

Argh, naik benci pula aku bila memikirkannya. Yang kau pun satu Hanan ! Macam mana kau senang- senang je serah diri kau dekat dia? Tengok apa yang jadi sekarang?

Dah lupa janji kau pada diri sendiri yang kau takkan sesekali serah diri?

Aku menampar diri aku sendiri.Megat Syahmi memandang aku pelik.

" Kau dah kenapa tampar diri sendiri? Gila ? "

Aku mendengus. " Diam lah kau " aku menjelirkan lidah dan terus berlalu ke dapur.

Bodoh kau Hanan! Asal kau pergi tampar pipi kau dekat depan dia?!

Megat Syahmi hanya membiarkan. Bukan dia tak tahu, pasti ada sebab mengapa Hanan bersikap begitu pasti sebab tindakannya semalam terhadap Hanan.

" Aduh, camne kau boleh terhanyut Syahmi ?" Niat di hati hanya mahu mengusik tapi sekali terlajak daaa.

Macam mengiyakan kata-kata Hanan pon ada yang kau ni buaya.

Megat Syahmi tergeleng sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience