Rate

Bab 4

Romance Series 26403

Bunyi telefon yang berdering menganggu tidur aku yang nyenyak. Aku membaca nama yang tertera di situ.

Megat Syahmi.

" Kenapa? " Kata aku selepas talian disambungkan.

" Aku ganggu kau tidur ke ? "Soalnya.

Aku menjeling jam dinding yang tergantung dalam bilik itu. 2 pagi?!

" Kau rasa? Sekarang pukul 2 pagi kut ." Jawabku malas.

Megat Syahmi tergelak. Aku agak terkejut mendengarnya. Sejak bila pula mamat ni reti ketawa?

" Hisy, cepatlah cakap apa kau nak. Aku nak sambung tidur lah !" Aku menarik selimut hingga ke dada. Sudah bersedia untuk tidur semula.

" Aku balik lewat malam ni, so jangan kunci pintu ."

" Haduhh kau ni, aku dah kunci pintu baru kau nak cakap. Aku mengantuk tahu?! "

Menyusahkan betol !

" Apa susah sangat, kau turun bukak kunci then naik atas tidur la balik. Itu pun susah ke? Kau lupa yang kau tu menumpang dalam rumah aku ?"Megat Syahmi membebel. Aku menjauh kan telinga aku dari telefon bimbit.

Hello, rumah mama dan papa bukan rumah kau, kau pon menumpang ada hati nak kata aku?

Aku mematikan talian, malas mahu melayan karenah entah apa-apa lelaki itu. Tu mesti nak bawa balik girlfriend dia. Huh, ingat aku nak bersubahat dengan maksiat kau tu?

Mata aku mula memberat kembali. Tanpa menghiraukan kata-kata Megat Syahmi, aku menyambung tidur tanpa membuka kunci.

" Kau nak apa lagi?! " Aku menggosok mata sambil berdecit.

" Hanan Amani binti Halim, kau bukak pintu ni cepat sebelum aku pecahkan " Keras kedengaran suara Megat Syahmi, berang dengan aku mungkin.

Aku gagahkan juga untuk turun ke bawah. Takut juga aku bila dengar suara Megat Syahmi begitu. Gerun.

Terjengul kepala Megat Syahmi, tanpa sedikit pon menoleh ke arah aku, lelaki itu merempuh masuk belum sempat aku membuka pintu sepenuhnya.

Aku hanya melihat bahagian tubuh belakang Megat Syahmi sebelum dia menghilang ke dalam bilik.

Bunyi hempasan pintu membuatkan aku tersentak, terdetik rasa bersalah dalam hati aku. Selalunya pasti ada saja benda nak digaduhkan dengan aku, tapi lain pula hari ini. Macam ada masalah negara pon ada aku tengok.

Megat Syahmi, kau okey ke tak?

==================

Hari ini terasa kosong bila Megat Syahmi tidak seperti selalu. Lelaki itu lebih banyak berdiam diri di dalam biliknya. Turun ke bawah pon tidak, bila ditanya mengapa, katanya sudah kenyang. Aku pun tak tahu lipas mana yang dia makan. Tak nampak pula Megat Syahmi turun tadi.

Atau dia merajuk dengan aku ?

Sebab semalam ke?

Huh, peninglah aku dengan manusia seorang ni.

Telefon bimbit aku yang menjerit minta diangkat aku pandang. Ni manusia mana pulak yang call aku ni?

Dengan malas aku menekan punat hijau.

" Assalamualaikum, ni Puan Hanan isteri Tuan Megat Syahmi ke ? " Kata si pemanggil.

" Ya saya, ni siapa ? "

" Saya Farah, PA boss " Farah memperkenalkan diri.

" Okey, ada apa awak call saya ?"

" Saya nak tanya, boss tak datang office ke hari ni. Sebab dia tak maklum apa-apa pon dekat saya " Soal Farah.

Dahi aku berkerut.

" Kenapa awak tak tanya dia sendiri ? "

" Saya dah cuba call banyak kali,mesej pon boss tak reply, sebab tu saya call Puan "

" Oh yeke? Maaflah saya dekat kampung, dia pon tak inform saya maybe dia sakit and tak nak buat saya risau " Aku segera membuat alasan. Takkan la aku yang duduk serumah tapi tak tahu hal Megat Syahmi, pasti akan menimbulkan syak wasangka bukan-bukan tentang perkahwinan kami.

" Baiklah, boleh Puan call dia nanti ?Kalau boleh secepat yang mungkin sebab sepatutnya boss ada meeting pukul 3 nanti. Kalau boss tak datang bolehlah saya cancel awal-awal, takut nanti pelabur merungut " Ujar Farah.

Selepas talian diputuskan aku buat keputusan untuk pergi ke bilik Megat Syahmi. Pintu aku ketuk terlebih dahulu sebelum masuk. Takut dia tengah pakai baju kang tak pasal aku jugak yang malu.

Tapi boleh juga buat hiburan mata. Megat Syahmi kan kaki gym. Gatal !

" Aku masuk boleh tak ? " Aku mengendap di dalam bilik Megat Syahmi.

Kelihatan Megat Syahmi sedang duduk di atas sofa dengan kain tuala di kepalanya. Lahh demam ke mamat ni ?

Aku duduk di sebelah Megat Syahmi. " Kau demam asal tak bagitahu aku hah ?" kata aku sambil membetulkan kain tuala di dahi Megat Syahmi tapi pantas ditepis lelaki itu.

Ehh dasar, orang dah nak tolong tu tak boleh ke berterima kasih sikit ?

" Tak payah menyibuk la kau " katanya pendek.

Aku menyumpah seranah di dalam hati. Eii nasib kau ni laki aku tau. Kalau tak ada juga yang meninggal kena cekik.

Tapi terselit juga rasa kagum. Pandai juga dia uruskan diri sendiri dan tak tergedik-gedik suruh aku yang buat.

Satu perkara yang boleh dibanggakan daripada perangai kuku besi dia tu. Buat menyakitkan hati aku yang dah sedia sakit ni ada lah. Sakitnya tuh di sini di dalam hati ku. Cewah !

" Ni kau dah kenapa masuk dalam bilik aku ? Keluarlah, kacau je " Megat Syahmi menolah bahu aku sebagai isyarat untuk aku keluar.

Eii mulut Megat Syahmi ni memang jenis yang tak reti diam ke? Demam-demam pon ada saja modal nak sakitkan hati aku.

Kalau keluar ayat-ayat yang elok takpalah, sejuk juga hati.

" Kau lah, kalau kau tak nak cakap dekat aku, cakap lah dekat PA kau tu yang kau sakit. Kan tak pasal aku kena menipu yang aku ni dekat kampung. Kau nak diorang syak ke hubungan kita ni bukan macam hubungan suami isteri orang lain ? " ucapku panjang lebar. Bukan apa, aku takut mak ayah kitorang akan tahu dan mesti diorang akan sedih.

" Aku malaslah, lagipun telefon aku habis bateri, charger aku kabel rosak tikus gigit "

Megat Syahmi memandang aku. Erk, dia ni dah kenapa pandang aku macam tu?

" Kau tak rasa apa yang jadi semalam tu dah cukup untuk mengatakan hubungan kita ni macam pasangan biasa ? " ujar Megat Syahmi selamba.

Wajah aku serta merta berubah merah. Aku baru sahaja dapat melupakan 'sejarah hitam ' semalam, sekarang dia mengungkit pula? Aduh.

" Hey, " panggil Megat Syahmi.

Aku menoleh ke arahnya. Kelihatan dia tersenyum.

" Aku minta maaf pasal semalam. I didn't mean it "

Aku merenung sepasang mata redup lelaki itu. Mencari keikhlasan.

" Aku tak boleh kawal-"

" You know what. Let us just forget about it. Anggap macam tiada apa yang berlaku " Aku segera mencelah. Takut makin lama Megat Syahmi bercakap, makin aku tak tahan dengan malu aku.

Agaknya dah berapa merah muka aku sekarang? Semerah cat merah mungkin.

Aku tidak menghiraukan pandangan Megat Syahmi yang hairan dengan gelagat aku yang seperti langsung tidak kesah.

' Senang betul dia lupakan hal tu, kalau aku ni entah minggu depan pon belum tentu ' desis hati Megat Syahmi.

" Jangan pandang aku macam tu, aku tahu apa ada dalam otak kau. Bukan aku tak kesah, aku just tak nak kita cakap pasal hal tu lagi..kau faham kan ? "

Anggukan lelaki itu sudah cukup buat aku sebagai jawapan.

Yeayy chapter 4 was done, huhu sorry aku selalu update lambat.Aku bz dgn kelas online and hw yang berlambak.So sorry sesangat.But keep support novel yang tak seberapa ni guys.Tq and sorry again.

Share this novel

El widy Ana
2020-11-26 17:40:57 

Best


NovelPlus Premium

The best ads free experience