Rate

Bab 5

Romance Series 26403

Kilat yang sabung menyabung sedikit pon tidak menganggu tidur aku. Malah lebih membuatkan aku malas. Dengan cuaca sejuk begini, siapa yang boleh tahan mengantuk??

Jam sekarang menunjukkan hampir 4 pagi. Sekejap lagi azan subuh pasti akan dilaungkan. Lima belas minit kemudian, baru aku perasan rumah ini gelap semacam. Selalunya aku akan nampak biasan cahaya dari bawah pintu bilik aku, tapi pagi ini tidak pula.

Ah, mungkin Megat Syahmi yang tutup lampu kut?

Aku menutup mata semula bila otak aku menerima sepenuhnya jawapan tadi. Kalau betul tiada eletrik, apa nak kesah ? Aku bukan jenis yang penakut. Kalau Megat Syahmi, maybe aku akan takut.

Takut di'baham' lagi sekali. Sekali kena, takkan aku nak kena lagi?

Trauma seumur hidup.

Di saat mata aku hampir terlena, terasa pipi aku dihembus nafas panas. Aku terkaku disitu, cuba memproses apa yang berlaku mungkin nafas aku sendiri kot?

Aku membuat andaian. Lagipun, keadaan bilik yang gelap membataskan pandangan aku. Langsung tak nampak !

" kruh,kruuhh"

Aku mendengus, setelah mendengar bunyi dengkuran itu, aku pasti itu bukan nafas aku sendiri seperti yang aku andaikan sebentar tadi, tapi manusia!

Menggunakan lampu dari telefon bimbit aku, aku menyuluh ke muka manusia tersebut.

" Kau buat apa dalam bilik aku? " Mata aku mencerlung Megat Syahmi yang baru membuka mata.

" Eii tutup la flashlight tu, sakit mata aku tahu ?! " Megat Syahmi merampas telefon bimbit aku lantas menutup flashlight. Aku hanya mampu menahan geram dalam hati.

" Kau buat apa dekat sini ? " Aku mengulang soalan dengan tegas bila dia tidak menjawab.

" Alah ,biarlah aku nak tidur mana pon kau sibuk asal? Rumah aku kan. " Katanya selamba.

Huh, kalau kau tu tak demam, tak sakit dah lama aku halau kau keluar dari rumah ni. Biar berhujan dekat luar. Kesah apa kalau ni bukan rumah aku pon.

" Keluarlah, bilik kau ada kan ? Kau pergi tidur sana ! " Aku menolak-nolak bahu lelaki itu.

Hairan betul aku, bilik dia 2 kali ganda lebih besar dan mewah dari bilik ni kut, apa lagi yang tak cukup sampai nak tidur kat bilik aku?

Memang katil dia tak cukup empuk ke camne?

Atau dia nak tidur dengan aku? Isy, takkanlah. Pepandai je kau Hanan, habistu awek dia tu dia nak sumbat mana?

" Eiii, yalah ! " akhirnya dia mengalah dengan aku, mungkin dia dah tak larat nak bergaduh.

Ha padan muka, tak padan dengan diri tu tengah sakit.

Aku memasang kembali lampu telefon bimbit dan memerhati Megat Syahmi berjalan keluar. Lemah.

Masih tiasa rasa kasihan aku pada dia, tambah-tambah lagi lepas apa yang dia buat dekat aku.

Memori malam itu kembali bergentayangan di dalam kepala. Aku merebahkan badan di atas katil.

" Tak guna punya Megat Syahmi ! " Aku menjerit sambil menutup wajah aku dengan bantal.

Hampir aku lemas disitu. Nasib tak meninggal.

======================
Lega aku bila esok mama dan papa akan pulang, bolehlah ada juga tempat mahu selamatkan diri aku dari anak lelaki tunggal diorang tu.

Hurm, aku terfikir juga jika orang tua kami tahu kami begini, adakah mereka akan sedih? Perkahwinan ni dirancang dan kami sama-sama tidak rela. Jika kami tak mencintai satu sama lain, bukan diorang dah boleh jangka hal tu ?

Yalah, malam pertama pon kami dah bertengkar, apatah lagi hari-hari selepasnya. Boleh runtuh rumah ni dengar kami bergaduh macam anjing dan kucing kerana aku dan Megat Syahmi sama sekali tidak serasi. Gaya hidup dia lain, aku lain.

Aku yang berpakaian santai dengan T-shirt putih merenung keluar tingkap. Telefon yang retak beribu itu aku pandang dengan pandangan kosong.

Dulu, ibu dan ayah tak mampu bagi aku telefon bimbit yang aku inginkan. Tapi dia, dia yang bagi.

Katanya mudah untuk aku menelefonnya dengan lebih kerap. Sayangnya, telefon ini sudah rosak kerana terjatuh. Walaupun aku sudah menukar telefon bimbit baru, aku masih menyimpan barang ini.

Masakan aku sanggup membuangnya bila ini adalah pemberian Khaleed Afwan?

Aku tersenyum bila teringat kenangan aku bersama Khaleed Afwan. Lelaki sopan dan pemalu. Tapi pelawak. Itu yang membuatkan aku jatuh hati pada dia. Bukan sahaja kerana perwatakannya yang baik tapi wajah kacukan arabnya yang sememangnya tampan. Lelaki gred A+.

Harta? Tidak, dia juga berasal dari keluarga yang sederhana. Aku langsung tak pandang harta. Yang aku mahu hanyalah lelaki yang mampu menjaga aku dan menghargai aku seaadanya.

Aku mendail nombor lelaki itu. Apa agaknya dia sedang lakukan?

Khaleed Afwan tahu aku sudah berkahwin. Agak lama juga dia merajuk, tapi nasib aku berjaya memujuknya kembali. Tapi dengan janji aku akan kembali kepada dia. Itu sesuatu yang ku juga tak pasti aku boleh tepati. Tapi aku akan berusaha.

Sudah berkali-kali aku mendail nombornya tapi tetap juga tidak diangkat. Hati aku menjadi galau. Dia marah atau sudah lupa tentang janji nya dulu?

Aku berputus asa apabila sudah kali ke sepuluh aku cuba menghubunginya. Sudah lama aku ingin berjumpa lelaki itu, bagi menghilangkan rasa rindu di hati yang sudah lama dipendam.

Disebabkan dia tidak menjawab panggilan, mood aku berubah 100%.

Mujur juga Megat Syahmi tidur di atas, maka tak bertambah lah geram aku. Geram dengan Khaleed Afwan dan geram dengan Megat Syahmi. Satu kerana selalu menganggu hidup aku dan satu lagi kerana mungkiri janji, kata mahu menelefon aku setiap minggu. Padahal satu pesanan mesej pon aku tidak terima apatah lagi panggilan.

Kalau boleh, mahu saja aku hamburkan kemarahan aku. Tapi kepada siapa? Aku tiada kawan di bandar ini. Dulu di kampung tak apalah juga kerana ada Aini, teman sekampung aku.

Katanya Aini sudah bertunang dua hari lepas dengan lelaki yang sudah lama disukainya.
Pasti hidup sahabatnya itu bahagia. Saling menyayangi antara satu sama lain. Sekaligus membuat aku cemburu, bukan cemburu apa. Cemburu yang aku dan Khaleed Afwan tidak dapat kehidupan bersama seperti yang kami harapkan.

Kerana budi, aku yang terpaksa berkorban melepaskan cinta aku.

Tak mengapa, aku buat semua ni hanya untuk lunaskan hutang Ibu, bukan kerana aku ada perasaan pada Megat Syahmi. Sebab tu aku buat keputusan bila sampai waktu yang tepat, aku nak minta cerai.

Pasti dia akan lepaskan aku kerana dia juga mencintai orang lain.

Memikirkan semua ini, membuatkan kepala aku sakit.

Aku mencapai kain tuala dan menutupi kepala aku sebelum pergi ke halaman rumah. Disitu aku menutup mata cuba menenangkan fikiran.

Yeayy chap 5 was done. Sorry sbb ambik msa yg lama untuk siapkan chap ni. Btw ni je yg aku mampu tulis sbb author still pelajar and fhm ii je la bila dh cuti ni bnyk hw kna siapkan.Next next chapter akn diupdate sprti biasa insyaallah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience