Rate

Bab 6

Romance Series 26403

Mama memanggil kami untuk turun ke bawah. Aku dan dia sama-sama meneka apa yang ingin dibincangkan mama dengan kami. Lebih kepada pertandingan.

" Mama ada nak buat kenduri kut " Fikirku. Lelaki itu mengeleng. " No, mama nak cakap hal kerja "

" Kalau hal kerja, kenapa aku kena turun sekali ? " soalku, logik.

" Mana tahu mama nak kau kerja jadi secretary ke,anything can happen. "

Aku menyiku lengannya. Tak pernah langsung nak bagi aku menang kan ?! Aku menjelingnya dengan tajam.

" Mama nak kamu pindah. " Mata aku membuntang, langsung tak sangka itu yang akan keluar dari mulut mama dan sama sekali jauh dari sangkaan kami.

Aku memandang Megat Syahmi yang juga tidak tahu mahu berkata apa.

" Err , Syahmi mana ada rumah, kan Syahmi duduk rumah mama je."

Aku mengangguk laju, menyokong jawapan Megat Syahmi.

" Sebab tu mama nak kamu pindah duduk rumah sendiri, mama nak korang berdikari.
So how? Bila kamu nak pindah ? " Soal mama lagi. Aku memberikan isyarat kepada Megat Syahmi untuk berkata sesuatu.

" Mama, mama tak sunyi ke duduk di rumah ni? Papa kan sibuk. Kalau ada Hanan boleh la mama berteman, kan "

Aku harus mengaku, seteruk mana pon lelaki itu, waktu-waktu begini berguna juga. Aku mengangguk " Ya la mama, mama tak bosan ke? Rumah ni kan besar " kataku penuh keyakinan.

Mama memandang kami berdua dengan pandangan hairan. Aku hanya mampu menelan air liur.

" Ada apa-apa yang kamu sorokkan dari mama ke? "

" Mana ada mama, kami okey je " Kata Megat Syahmi sebelum memandang aku. Aku tahu apa yang ada dalam otak Megat Syahmi.

"Syahmi Hanan, dengar cakap mama. Pindah duduk rumah sendiri. Lagipun boleh lah kamu ada masa berdua sikit. Soal rumah, korang jangan risau. Papa boleh uruskan " Mama tersenyum ada makna.

Dapat aku rasakan pipi aku membahang.

" Okay mama " Megat Syahmi bersetuju.

Membulat mata aku bila Megat Syahmi memberikan jawapan secepat itu. Isy, dia ni dah kenapa. Fikir la dalam-dalam dulu!

Sekarang , pandangan mama teralih kepada aku.

Sesak nafas aku bila mata aku bertembung dengan mata mama.

" Ha-hanan ikut abang Syahmi je " Akhirnya aku terpaksa mengalah bila mama dah bagi pandangan lain macam. Biar lah, sekarang bukan masanya untuk aku menolak apapun idea mama. Rahsia kami lebih penting.

Belum sampai waktu untuk dibongkarkan, maka selagi itu aku akan menyimpannya dengan rapat.

Sekarang hanya tinggal aku dan Megat Syahmi di ruang tamu, mama dan papa sudah naik ke atas untuk tidur. Megat Syahmi ralit menonton rancangan televisyen.

" Hey, kenapa kau setuju tadi ?! Kan tak pasal kita kena pindah keluar dari rumah ni " Marah ku sambil menampar bahu lelaki itu. Wajah aku cemberut.
" Kalau aku tak nak, mesti mama syak something wrong with us, kau nak ke diorang marah dengan kita?" Katanya.

" Ergh, habistu sekarang apa rancangan kita ?"

" Kita ikut je la plan mama. Dekat sana, kita buat hal masing-masing "

Kepala aku tertunduk. Aku tak boleh bayang keadaan aku dengan Megat Syahmi di sana. Aku sebenarnya takut berduaan dengan lelaki itu.

Aku isteri kut, isteri yang sah. Apapun dia boleh buat dekat aku.

Tapi betul juga kata Megat Syahmi, selalunya pasti pasangan yang sudah berkahwin akan duduk bersama. Tapi kami ni? Dah macam orang belum kahwin pon ada.

========================

Aku menarik selimut hingga ke dada, memandangkan malam itu aku tidur dengan Megat Syahmi. Of course aku harus lebih berjaga-jaga.

" Kau tidur bawah eh ? " Aku mencuba, mana tahu dia bersetuju.

" Hello cik puan Hanan, this is my room." Aku naik menyampah.

Fine! kalau dia tak tidur bawah aku pon takkan tidur bawah. Tak sanggup aku nak bersejuk kat situ.

Sofa pon sempit.

Hisy, susahlah kalau mama dan papa ada. Maybe berpindah ke rumah sendiri lebih baik. Ada juga kebaikan sebenarnya.

Megat Syahmi berbaring disebelah aku. Agak pelik kenapa dia tidak mempersoalkan aku masih belum berganjak dari atas katilnya.

" Kau tak marah ke aku tidur sini ? "tanyaku perlahan.

" Tak," jawabnya sepatah.

Belum sempat aku berkata apa-apa, Megat Syahmi mengiring ke arah aku. Bau perfume Megat Syahmi membuatkan aku berdebar. Ditambah dengan jarak kami yang hanya beberapa inci.

" Err kau n-nak apa? "

Aku berpaling dan menampar pipi aku, kenapa kau gagap time-time macam ni Hanan?!

Aku menenangkan hati aku. Aku kembali memandang Megat Syahmi dan secara tiba-tiba bibirnya sudah mendarat di bibir aku. Aku tidak menolak malah diam membeku. Badan aku seperti tidak tahu mahu beri reaksi apa.

Mata helang Megat Syahmi merenung bibir aku. Wajah aku kembali membahang. Tanpa disangka, tangannya naik mengelus rambut aku dan aku masih juga diam statik.

Kenapa aku tak tolak?

Kenapa aku rasa suka?

Soalan itu bergentayangan di dalam minda.

Saat bibir nya kembali melekat dengan bibir aku, aku hanya mampu pasrah dengan apa yang berlaku selepas itu. Apa yang aku pasti, aku tidak marah dengan perbuatan lelaki itu.

Apa dah jadi dengan kau Hanan?

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, aku masih berjaga begitu juga Megat Syahmi.

Aku yang masih berselimut hingga ke dada menggigil kesejukan. Aku melihat baju aku yang berada di lantai. Bohonglah kalau aku tak malu dengan apa yang jadi sebentar tadi.

Tapi aku masih tak boleh marah dia, memang dia berhak ke atas aku. Aku sedar.

"Sejuk?" Tanya Megat Syahmi. Aku mengangguk. Kaki aku didekatkan dengan kaki Megat Syahmi, ingin menumpang kehangatan lelaki itu.

" Come here " Megat Syahmi membuka tangannya, aku mengesot ke arahnya dan masuk ke dalam bukaan lengan Megat Syahmi. Berpelukan. Dengar macam mengarut, tapi percayalah itu yang terjadi.

Suasana menjadi diam, aku hampir terlena kerana berpelukan dengan Megat Syahmi membuatkan aku jadi selesa. Aku hampir terlelap bila terdengar suara berdehem.

" Kau tak marah dengan apa yang jadi? " Soalnya. Aku diam,memikirkan jawapan yang betul.

Akhirnya aku menggeleng. Megat Syahmi tertawa, mungkin geli hati dengan tingkah aku yang langsung tidak bersuara. Hanya mengangguk dan menggeleng.

" Good, so kau tak marah if aku buat lagi " Megat Syahmi memandang aku dengan pandangan nakal + gatal.

" Ei jangan mengada eh, sepak kang baru tahu ", aku menjelingnya sebelum tersenyum.

Pelukan kami dieratkan, perkara terakhir yang aku lihat ialah Megat Syahmi mencium bibir dan dahi aku sebelum aku terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience