Rate

Bab 2

Romance Series 26403

Aku mendapat panggilan telefon daripada mama mengatakan mama dan papa tak balik rumah hari ni kerana terpaksa ke luar negeri sebab hal kerja Dato' Megat Khalid.Ibu dan Ayah pula balik ke kampung kerana ingin melawat makcik aku yang tenat.

Damn.Kenapa semuanya bagai nak aku dan Megat Syahmi berduaan ? Atau diorang memang dah plan semua ni ?!

Aku merengus.Ketiadaan Ibu di rumah membuatkan aku bosan.Yalah,selalunya aku dan ibu akan bersembang dan memasak didapur bersama.Sekarang apa dia boleh buat ? Takkan nak ajak Megat Syahmi pula memasak.Memang tak lah,entah -entah bawang dengan serai pon dia tak reti beza.

" Kau tak reti nak masak bagi aku makan ke ?. " Megat Syahmi muncul dari balik pintu belakang.Aku mengurut dada.Fuh,nasib tak kena serangan jantung !

"Sekarang masih awal kan.Kau tak sarapan ke tadi ? "Jawabku dengan nada suara yang dikawal.Megat Syahmi bercekak pinggang.

Hek eleh ingat hensem lah kau buat macam tu ??

" Aku lapar , so kau pergi la masak. Takkan itu pon aku nak kena ajar ?"Ujar Megat Syahmi.Aku mengeluh dan bangkit dari sofa.T-shirt yang aku pakai aku betulkan sedikit sebelum berjalan ke dapur . Permintaan Megat Syahmi aku turutkan jua walaupun aku rasa macam nak letak racun tikus dalam nasi goreng kampung yang aku masak. Biar berbuih mulut dia tu baru tahu nak diam . Kalau tidak, tahu mengarah orang aje kerja.

" Nah Tuan Putera. " Aku meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng itu dihadapannya.Senyuman yang manis aku ukir walaupun aku tahu nampak palsu.

Megat Syahmi memandang aku dan kemudian memandang pinggan itu. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu sampai keningnya bertaut.

"Makan je la ,aku tak letak racun pon. "

Selepas aku berkata begitu ,dia terus menjamah masakan aku.

Cis ,cilaka punya laki.Ingat aku kejam sangat ke.Kalau ya pon, aku tak letak racun aku letak bom terus.Tak tahan dengan bahang panas yang meluap ,aku memanjat tangga untuk ke bilik.Pintu aku hempas kuat -kuat biar dia tahu aku tengah sakit hati.

========================

Malam itu terasa biasa seperti hari -hari sebelumnya.Tapi disebabkan hari ni parents kami takde so aku tidur bilik sebelah.

Lagi aman dan damai sebab tidur aku tak terganggu dengan Megat Syahmi.

Aku menyelak kain selimut dan memakai selipar berbulu pink aku.Tekak aku terasa kering pula mungkin sebab aku tak minum air sebelum aku tidur tadi.Aku segera menuju ke tingkat bawah.Lampu ruang tamu aku buka.Terang benderang jadinya ruangan yang asalnya gelap gelita tadi.Bukan apa ,aku takut berada dalam gelap.Takut aku bukan keseorangan.Ha nun ta wau.

Aku mencapai gelas kaca di dalam kabinet dan segera membasahkan tekak.Tak betah berlama-lama disitu seorang diri.Aku menjenguk pintu bilik Megat Syahmi.Aku lekapkan telinga aku dipintu. Senyap ,ku agak dia sudah tidur lagipun sekarang sudah hampir pukul 3 pagi .Kalau dia berjaga lagi, hm dia tu dah jadi burung hantu la kut.

Saat aku ingin kembali ke bilik aku, aku terdengar suara orang seperti sedang berbisik.Yang pasti bunyi itu datang dari arah bilik Megat Syahmi.

Aik, dia mengigau ke apa ni? Tapi tekaan aku sama sekali salah, semasa aku sedang menumpukan perhatian kepada suara itu, aku terdengar suara perempuan.

Erk, dia bawak balik perempuan ke ?!

Kut ya pon agak -agaklah. Aku ada dalam rumah ni la!

Rasa tak sedap hati mula terasa. Isy apa kau ni Hanan?! Dia bawak balik perempuan je kut bukan bawak balik penjahat ke pembunuh ke.

Aku menepis jauh andaian buruk -buruk yang bertandang dalam fikiran .Seketika kemudian, mata aku membulat .Segera aku menjauhkan diri aku dari bilik Megat Syahmi.

Yuks, apa benda yang aku dengar tadi tu ?!

Bunyi mendesah.

OMG, jangan cakap diorang...Ergh!

"B, I rasa ada orang la depan bilik U ni ."Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan.

" Perasaan U je tu. Mana ada orang dalam rumah ni. Mama papa I pergi oversea. Don't worry okey ?"Kemudian suara serak Megat Syahmi pula kedengaran.

Kepala hotak dia ! Habistu aku ni?! Hantu?Almari ?

"Tak, betul I rasa macam ada someone. U pergi check okey ?"

"Baby , I malas lah."

Baby?! Apakah ?

Tanpa mahu berlengah, aku terus berlari masuk dalam bilik aku. Kalau berlama kat situ habis loya tekak aku dengar diorang bahasakan diri baby , b ,I, you .

Cemburu ? Tak langsung. Hati aku masih belum ada pada Megat Syahmi sebab aku hanya mencintai kekasih aku dulu, Khaleed Afwan. Malas mahu mengingati hal itu, aku menyambung tidur aku yang tergendala dengan fikiran yang serabut.

=========================

" Semalam berapa lama kau buat benda tu ? " Soal aku berani. Aku sendiri tak tahu mana aku dapat keberanian sebegitu.

Megat Syahmi yang kelihatan bagai tak terurus hanya tersenyum senget. Dengan rambut serabai and l-love bite di merata tempat. Hadui, dia tak malu ke dengan aku ?Kalau tak malu pon, please la hormat aku nih. Mata aku dah tercemar lagipun Megat Syahmi sekarang tak pakai baju! Hanya berseluar pendek. Terdedah habis badannya yang hot.

Sabar Hanan.

" Jadi kau la yang senyap-senyap berdiri depan bilik aku ?"Katanya.

Dan sekarang baru aku tersedar. Isy, bodohnya kau Hanan, kenapa kau pergi cakap dekat dia ?Kan dah kantoi !

"Err-er mana ada. Aku just ter-terdengar.." kata aku perlahan. Kepala aku tundukkan, tak mampu nak bertentang mata dengan lelaki itu. Pheww kalau dah kena tenung dengan mata helang dia tu, memang tak boleh gerak ke camne ?

Mengancam ehh.

"Asal? Kau marah? "

"Eh, asal pulak aku marah?!"bantah aku. Eii sedap mulut je kata aku.

"Yela sebab kau kan isteri aku tapi aku tak layan kau seperti yang sepatutnya. "Katanya lagi.Aku mengetap gigi. Geram dengan mamat perasan bagus ni. Macam aku hadap sangat layanan dia tu.

"Eh hello, jangan perasan okey. Aku tak nak lah layanan kau tu. Boleh blah la. Ingat aku hadap dengan mamat buaya macam kau ni ?! "Aku bersuara tegas. Takkan sesekali aku biarkan dia pijak kepala aku.

Ini Hanan la, harimau pon tunduk dengan aku.

Merepek!

"Kau cakap apa?"

Isy dia ni telinga tersumbat ke camne ni? Punya kuat aku cakap tadi.

"Aku cakap, aku tak hadap la dengan mamat buaya macam kau ni !"Ulangku sekali lagi.Kali ini lebih jelas dan lebih kuat daripada tadi. Biar manusia pekak ni dengar.

Megat Syahmi merenung aku.Tajam.

Erk aku ada salah cakap ke?

Aku jadi blur seketika sebelum teringat sesuatu.OMG Hanan! kau dah terlepas cakap dia buaya la!

Damn.

"Err,k-kau nak buat a-apa ni??"Kata ku kalut bila melihat Megat Syahmi makin mendekat.

Tiba-tiba ,Megat Syahmi menolak tubuh aku.Aku yang belum bersedia hanya mampu menutup mata. Aku tersandar di dinding sementara Syahmi meletakkan lengannya ditepi kepala aku. Ha sudah, macam mana aku nak lari? Sebelah kiri ada almari dan sebelah kanan pula lengan Megat Syahmi yang memerangkap aku.

"Mamat buaya huh ?"Megat Syahmi tersenyum sinis. Dia pantang kalau ada orang yang menggelarnya tidak-tidak. Tambah-tambah lagi mamat buaya. Dia seorang yang setia, belum pernah lagi dia sakiti hati perempuan.

"Now, you'll see if aku ni mamat buaya or not."

Ibu tolong Hanan!!!!

Yeayy,another chapter was done.Btw abaikan segaaalaa kesalahan ejaan bcause aku malas nk check balik. Iesya out.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience