"Encik Harriz saya nak keluar boleh?" Helena memecahkan kesunyian sarapan mereka.Dia memang ingin keluar hendak membeli baju.
"Pergi mana?"
Haih dah macam soal jawab dengan bapak tabah jelah Helena.
"Saya nak pergi beli baju sebab saya tak ada baju"
"Habis semalam baju sapa kau pakai?"
"Entah saya tengok almari tu penuh dengan baju saya pakai jelah"
"Selamba kau je pakai baju orang!"
"Nak buat macam mana takkan saya nak pakai baju sama je"
"Eh,kau ni tahu menjawab je kan!"
"Okay,okay saya tak nak bergaduh!Encik Harriz bagi tak saya keluar?"
"Boleh tapi satu syarat" Harris tersenyum.
"Kalau saya cakap tak pon kene juga kan?So apa syaratnya?"
"Aku ikut"
"Itu je ingatkan apa lah takdi mahu tercabut jantung orang dibuatnya"
"Banyak cakaplah kau!"
Sarapan mereka kembali menyepi.
Semasa di kereta,Helena hanya mencampakkan penglihatannnya di luar.Helena yang mula bosan mula mencari tajuk berbicara.
"Encik Harriz"
"Kau pikir aku ni boss kau nak ber 'encik' bagai panggil aku Harriz"
"Buat apa panggil Harriz kalau boleh panggil sayang kan,kan?" Helena cuba melawak tapi silap time lah Helena.
"Okay start dari sekarang kau panggil aku sayang and segala pernyataan kau nak cakap menggunakan nama aku tidak dilayan!"
Helena terbeliak.Padan muka nak main sangat dengan Harriz kan dah mendapat!
"Erkk saya melawak je.Lagipun awak tu bukan sesiapa pon dalam hidup saya"
"Kalau macam tu jom kahwin!" Harriz sendiri terkejut dengan tutur bicaranya.
"Haish,layan awak boleh naik gila saya!" Berdegup laju jantun Helena mendengar ayat yang dikeluarkan dari mulut Harriz.
Tiba-tiba dia melihat dua kereta sedang mengekori mereka.Bukan baru tapi dah lama Helena perasan tapi dia buat tak endah sahaja.Kali ni dia berasa kurang selamat.
"Awak,saya perasan yang dua kereta ikut kita!" kata Helena,takut juga dirinya bila ada yang mengekori mereka.Harriz terus melihat kereta tersebut di cermin sisinya.
"Shit!" Harriz terus mengambil telefon nya dan call Daus.
"Okay aku tahu apa kau nak cakap.Give me five minutes!" Daus terus mematikan talian.Tiba-tiba Helena terdengar bunyi tembakan dari luar.Cemas mukanya
"Ya Allah kau panjangkan lah nyawa hambamu ini"gumam hati Helena.
Cengeng kan Helena ni memang betul Harriz kata Helena memang cengeng!Haririz bukan tak perasan muka Helena yang cemas cuma dia buat-buat tak tahu.Ego?Ya memang pun agaknya kalau Helena mati baru nak kisah agaknya.Nasib kau lah Helena dapat lelaki macam ni.
Helena kembali lega bila tiada lagi kereta yang mengikut mereka.Helena pelik dengan Harriz yang terlihat tenang sahaja tak de pon cemas bila ada orang ikut.Lantaklah,asal dia tak merepek dah!
****
"Raf,aku nak kau cari siapa yang ikut Harriz!" Daus mengarahkan Raf.Raf memang pakar dalam hal-hal seperti ini.Tak sampai 30 minit Raf sudah dapat mengesan.
"Ni anak buah Syarif!"
"Takkan Syarif dapat kesan Helena?Tak mungkin sebab pergerakan Helena dikawal ketat!"
Ya,bila Harriz pergi ke kerja ramai pengawal yang mengawal keliling rumah Harriz.Helena?Memang dia akan pelik tapi dia tak kisah pon asalkan dia tak kembali dalam dunia gelap tu.Itu sungguh menyeramkan sekali.
"Tak pe kumpulkan maklumat nanti kita bincang dengan Harriz"
****
Helena terpegun dengan kemewahan decoration butik itu.Eh helok sikit Helena bukan suka kikis tapi sudah mati akal dia nak memujuk Harriz beli baju bundle tapi Harriz tetap dengan keputusannya.Haih,susah betullah orang yang keras kepala!
"Neyna macam biasa"
"Alright miss..."
"Helena"
"Okay miss Helena come follow me"
Helena hanya akur.Nak bantah mahu cari nahas dengan Harriz?Harriz hanya tersenyum bila melihat perlakuan Helena yang agak kaku dek kerana layanan yang istimewa."kau akan tinggal aku ke Helena kalau kau tahu kerja mafia aku?"soalan itu sering Harriz tertanya tanya.Dia tidak bersedia nak bagitahu Helena dia tak nak Helena takut atau tinggalkan dirinya.Dah mula sayang agaknya.Namun itulah yang dia cuba menafikan dan tolak jauh!
****
Harriz mendapat message dari Daus.
"Harriz malam ni kita jumpa,aku nak bincang pasal Helena"
"Datang rumah aku je kita bincang bilik bawah pukul 8 sharp!"
Terus dia menghentikan perbualan dia dengan Daus bila dia melihat gadis yang memukau hatinya.Tidak lain tidak bukan Helena lah orangnya.Neyna hanya tersenyum dengan reaksi Harriz.Betul,Helena sungguh cantik dan baik memang sesuai untuk saudaranya Harriz.Itu pandangan Neyna bila pertama kali jumpa Helena.
Lain pula Helena entah kenapa dia nak beli baju tapi dia pula kene bersiap sampaikan kene tukar baju bagai.Dah lah dia tengah lapar lepastu kene buat macam macam!inilah Helena bila dia lapar memang semua serba tak kena!
Harriz membayar semua baju Helena,gentlemen sungguh!
"Kau lapar?"
Helena pantas mengangguk,seperti tahu tahu sahaja yang dia lapar.
Mereka menuju ke restoran kegemaran Harriz.Helena mengikut sahaja asalkan perut dia kenyang sudah.
"Omaigod!tak sangka boleh jumpa you Harriz" sempat juga gadis yang tak cukup kain tu menjeling Helena.Itulah yang Helena yang membuat pandangan.Bajunya boleh menaikkan nafsu lelaki sahaja mujur lah Harriz bukan begitu.Macam mana dapat kepastian tengok muka Harriz sahaja buat Helena ingin gelak tapi ditahan kang tak pasal pasal dalam maki free.
"Kau nak apa?" tanya Harriz dengan dingin.Alahai cik abang walaupon mukamu dingin tetap menggoda hatiku!
"Sayang apa marah-marah ni?I'm back Harriz and I akan di sisi you buat selamanya"
Naik loya Helena mendengar bila perempuan sewel itu dengan suaranya yang rasa nak ditampar oleh Helena.Gedik!
"Eh,kau karut apa?Bila masa pulak aku tunggu kau balik?Asal kau tak mampus je terus tak habis-habis buat masalah dalam hidup aku!" mendatar sahaja suara Harriz tahulah yang Harriz akan dingin.Sebelum gunung api meletus ada baiknya Helena membuka mulut.
"Erkk,excuse me!Saya lapar ni nak tunggu saya mati kebulur ke baru nak bawa pergi makan?"
Marah?memang pon entah sape sape perempuan depan dia ni tiba-tiba menggedik nasiblah dia boleh menahan sabar kalau ada yang dapat penampar free je.
"Eh,perempuan kau boleh senyap tak?Kau tu sekadar bibik Harriz je banyak bunyi pulak!"
"Excuse me,bibik kau cakap!Dasar perempuan sewel tak cukup kain!"
bahagia Helena dapat mengeluarkan kata-katanya.Harriz?Huh!apa lagi terkejut lah dengan tindakan Helena mahu tak terkejut selama ni gadis yang nampak ayu tapi bila dia marah hush boleh sentap habis-habisan!
"Eh,dah dah malas nak layan korang berdua!Aku nak makan dah lama sangat dah ni.Korang selesaikanlah masalah percintaan korang dekat sini!" Ingin Helena pergi tapi dihalang oleh Harriz.Ingin pergi sama sama katanya.
"Tunggu kau perempuan berani kau kutuk aku ea!" Sakit hatinya bila Harriz layannya seperti tunggul.Alah bukan tak biasa dia dilayan sebegitu oleh Harriz cuma dia terasa bila Harriz melebihi gadis itu.Dia percaya yang ada sesuatu diantara Harriz dengan perempuan tu.
****
Harriz hanya mendiamkan diri dan bermain telefon sambil menunggu pesanan mereka sampai manakala Helena pula hanya memandang tajam Harriz.Mana tak naik darahnya bila dia tiba tiba terpaksa jadi penonton free show aksi teman wanita balik kepangkuan teman lelakinya tapi teman lelakinya sudah membencikannya.Lahh memang betul drama!
"Awak"
Diam.
"Harriz"
Diam.
"Tengku Harriz Fareeq"
Diam.
Eh mamat ni ada aku sekeh kepala baru tahu buat buat pekak pulak!Teringat perbualan mereka dalam kereta,Helena tersenyum nakal.
"sayang" panggil Helena meleret serupa seperti minah menggedik.
Akhirnya Harriz pandang Helena dengan senyum.Ceh!menyampah pula tengok perangai mamat ni sama je dengan perempuan sewel tu!
"Ye,nak apa?"
"Disebabkan awak dah banyak tolong saya and paling baik sekali selamatkan saya,jadi saya turutkan apa sahaja kehendak awak.Tapi!tak boleh melebihi 3 kehendak."
"Eh mana boleh?Kau dah bagi greenlight pastu letak syarat.Tak fair!"
"Suka hati sayalah awak tu kalau bagi peluang sikit macam!"macam lebih baik saya ambil langkah selamat.So deal?"
"Ok deal!.Jadi aku nak guna yang pertama.Aku nak kau kekalkan panggil aku sayang."
Terbeliak mata Helena!Menyesal pula dia buat deal dengan mamat ni.Harriz hanya menggangkat kening sebelahnya.Helena hanya mengeluh dan mengangguk perlahan nak buat macam mana nasi dah jadi bubur.Berani buat beranilah tanggung!
****
"Macam mana perempuan tu boleh lepaskan diri!" Syarif meneking anak-anak buahnya.
Rupanya Syarif lama menghilangkan diri sebab ada urusan syarikat di Barcelona.Balik-balik sahaja habuannya terlepas.
Flashback
"Syarif aku jumpa habuan!" siapa lagi kalau bukan Ariana di talian tersebut.
Sebenarnya niatnya untuk bawa perempuan tu ke Syarif tapi malang sekali Syarif di Barcelona.Jadi dia Helena yang malang itu ke orang tua di mana tempat penyimpanan habuan.Okay untuk tidak memeningkan kepala korang aku jelaskan.
Orang tua yang cuba goda Helena tu adalah orang yang akan menyimpan semua habuan untuk dijadikan sebabgai aktiviti haram bagi mafia-mafia yang menjual atau membeli.Iya termasuk perempuan terutamanya yang masih dara.
Kenapa Ariana dapat duit dari orang tua tu?
Sebab Ariana minta upah dari Syarif jadi orang tua tulah yang paskan upah tu.So clear!
"Bagus bagus tunggu aku balik Malaysia!"
End flashback
"Kami tak tahu boss!orang yang kejar Helena semuanya hilangkan diri.Kami masih belum dapat apa-apa maklumat" kata seorang anak buah dengan gagap.Silap sikit kata boleh masuk keranda.
"Bodoh!!Takkan jaga perempuan tu pon susah.Kerja makan gaji buta je!Aku nak korang cari perempuan tu smapai jumpa sebelum aku bunuh korang faham?!!"
"Faham!" jawab anak-anak buah serentak.
"Mana Ariana?"
"Erkk dia ada di cafe bawah"
"Suruh perempuan bodoh tu naik atas!Benda senang pon susah!"
****
"Ada apa kau panggil aku?"
"Kau tanya aku ada apa?!"Kau tahu tak yang kita terlepas habuan yang besar!"Syarif mula menarik rambut Ariana dengan kasar.Mahu tercabut kepalanya bila direntap begitu kasar dengan Syarif.
"Lepaslah bodoh!Dah perempuan tu dah lari nak buat macam mana"
Sejurus itu Ariana terus ditampar kuat oleh Syarif sampaikan berdarah bibirnya.
"Kau jangan main apa dengan aku Ariana.Aku nak kau bawa perempuan tu faham!Dah berambus!"
****
Sebaik sahaja tepat pukul lapan Raf,Daus dan Harriz sudah berkumpul untuk berbincang isu penting.
"So kau nak cakap apa?"tanya Harriz
"Anak buah Syarif yang ikut kau tengah hari takdi.Tapi aku tak rasa dia tahu lagi yang Helena ada ditangan kau!Better kau amik langkah dulu Harriz"Raf mula berkata-kata.
Raf kalau serius jangan dibuat main ada yang mati juga.Pernah lah sekali habis barang pecah dalam officenya oleh kerana sikap pekerjanya yang ambil sambil lewa dengan kewangan syarikat.Nasib sahaja tidak bankrup mahu dia menempah maut dengan Harriz.
"Betul,aku setuju!Harriz memang diorang tak mula game tapi untuk keselamatan Helena kau kene ambil tindakan awal aku tak nak bila dah jadi baru terhegeh-hegeh kita buat plan.Alamatnya memang Helena akan ditangan diorang!" tokok Daus.
"Jadi any plan guys?"tanya Harriz.
"Takkan kau tak dapat apa yang kitaorang cuba sampaikan Harriz?" aduh mahu sahaja dia mencekik sepupunya itu.Lembab betullah!
"Dah korang tak cakap mana aku nak tahu?" serius dia blur apa yang sepupu-sepupunya cuba sampaikan.
"Kau kene kahwin dengan Helena"
Bagai dipanah petir Harriz bila mendengar perkataan 'kahwin'.Nak ke Helena bersetuju berkahwin dengannya kalau tahu kerja mafia yang dia lakukan.
****
Helena turun ke bawah untuk mengisi pertunya yang berbunyi.Tak tahu perut gajah ke apa makan banyak sangat.Kalau tak di isi mahu hura-hara rumah ni dibuatnya.
Sedang syok Helena menikmati makananya,dia tersedak dek kerana Harriz menjerkahnya.Harriz apa lagi menghamburkan ketawanya sungguh kelakar muka Helena terkejut.
"Apa masalah awak?Nasib saya tak de sakit jantung mahu meninggal kalau ada" marah Helena.Siapa je yang tak marah yelah tengah sedap melantak ada orang kacau
"Sebab kau tak de sakit jantung lah aku berani buat!"
"Hish apa awak nak?Ganggu orang makan je" geram betul Helena dengan Harriz baru nak senang sahaja dia muncul.
"Tak ada apa saja laksankan hobi aku kacau kau"
"Ceh,ingatkan apa takdi!Ouh,saya nak cakap yang saya tak boleh terima permintaan awak untuk saya panggil awak 'sayang'"
"Sebab?"
"sebab kita tak ada apa-apa hubungan!Setahu saya panggilan itu hanya untuk orang yang ada hubungan bercinta dan awak tak ada sebab kukuh untuk saya panggil awak dengan panggilan itu so permintaan lain please!" tenang hatinya bila dapat luahkan rasa yang terkubu dalam hatinya.
"Siapa kata tiada sebab kukuh?" kata-kata Daus terngiang-ngiang di pemikirannya.Jadi dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Helena atas dasar keselamatanya bukan CINTA.
"Okay apa sebab kukuh awak?" Helena buntu.Apa lagilah idea dalam otak yang tak betul dia tu.
"Aku nak kahwin dengan kau"
Itu sahaja sudah membuatkan Helena berhenti makan dan memandang tepat ke muka Harriz seperti tidak percaya kata-kata Harriz.Bermimpikah dia?
Share this novel