Bab 6

Romance Series 9028

Dengan sekali lafaz Helena sah bergelar isteri Harriz.Disebalik senyuman Helena dia sangat sedih sebab mama papa tak dapat melihat hari bahagianya.Namun,dia telah menunaikan permintaan mamanya iaitu cari kebahagiaan terhadapa dirinya jika mamanya telah pergi dahulu."Mama El dah tunaikan permintaan mama El dah jumpa lelaki yang mampu jaga dan bahagiakan El.Mama mesti happy kan kalau mama tahu!"gumam hati Helena.

Helena terlebih dahulu naik atas untuk bersihkan diri,Harriz masih lagi melayan tetamu yang masih ramai.Raf dan Daus turut sama melayan tetamu ada kalanya mereka mencuri tulang!Selepas bersihkan diri,Helena melihat setiap sudut bilik Harriz yang agak besar itu.Bilik Harriz kemas dan tersusun,lagi best bilik Harriz ada balkoni yang cukup cantik dan bolehlah dia melihat bintang setiap malam.

"Raf,Daus mana El?"

"Takkan terpisah sekejap pun dah rindu abang Harriz" Raf mengusik.Harris merenung tajam.

"Bini kau dah naik masuk bilik dulu penat katanya.Kau pergilah naik atas kitaorang boleh settlekan dekat sini" Daus menjawab.Harriz terus masuk menuju ke biliknya.

Helena berdebar saat pintu bilik dibuka.Bukan dia tidak tahu itu Harriz tapi entah kenapa tiba-tiba jantung nya berdegup laju.Harriz masih kelihatan segak walaupon mukanya nampak sangat penat.

Helena hanya senyum dan sambung susun bajunya dekat almari Harriz.Jantung Helena sekali lagi berdegup laju bila Harriz menghampiri dirinya.

"Sebelum awak sentuh saya,awak pergi bersihkan diri dulu."

Harriz sudah mencebik tiba-tiba muncul idea nakalnya.

"Jom"

Helena menjongkit keningnya.Pelik Harriz tiba-tiba kata 'jom'.

"Mandi sama sama"

Helena terbelik mata bila mendengar kata Harriz yang selamba.Pantas dia menggeling.

"Sorry honey,saya dah mandi and malas nak mandi lagi sekali" Ingatkan dia sorang je yang gelenya rupanya Harriz lebih gelenya darinya betullah kata Raf dan Daus,Harriz seorang yang manja.

Helena menuruskan kerjanya dia langsung tak pandang Harriz yang masih berdiri di sebelahnya bukan apa dia takut dia cair dengan panahan mata Harriz yang cukup boleh menggoda dirinya.

***

"Mana pengantin baru tak nak turun makan ke?" kata Raf.Muka Raf yang menahan geram bila Mak Senah kata tunggu sehingga Harriz dan Helena turun makan sama-sama.Sudahlah perutnya menyanyi dari tak di.

"Haa turun pun ingatkan nak berkurung dalam bilik tu sampai esok!" Raf mencebik.Geram pulak dia tengah lapar diorang siap gelak ketawa lagi.Daus hanya menggeleng melihat Raf yang tengah menahan geram.

"Abang Raf,Mak Senah tak makan sekali ke?"

"Tak,katanya dah makan dahulu." Jawab Raf dengan muka masam.

"Kau dah kenapa macam orang baru putus cinta je muka?" Harriz yang dari tak di diam menegur sepupunya.Raf hanya menjeling Harriz.

"Tunggu korang turun makan sekali.Mak Senah suruh tunggu orang turun makan baru boleh makan.Tu yang muka baru lepas putus cinta" Daus menjawab bagi pihak Raf.

Helena terhambur ketawanya.Lalu dia menjeling manja dekat Harriz.Harriz hanya tersenyum senget bila melihat jelingan yang diberikan oleh Helena.Ceh!menyempat lagi diorang ni.Raf dan Daus perasan akan perubhaan Harriz yang sudah senang mengukirkan senyum.Ini semua kerana Helena,tak sangka gadis yang mulanya niat untuk diselamatkan berjaya mengubah Harriz sedikit demi sedikit.

Selepas selesai makan malam Raf dengan Daus sudah lepak di ruang tamu manakala Helena dan Harriz masih di dapur.Sudah jadi kebiasaan Helena mengemas selepas makan dan Harriz hanya datang menyebukkan diri kacau Helena.Sudah mati akal Helena nak halau Harriz tapi Harriz tetap kacaunya.Lama-lam dia biarkan sahaja.

Sedang Helena basuh pinggan Harriz tiba-tiba 'backhug' Helena.Helena mula naik rimas dengan perangai miang Harriz yang dari tak di.

"Hello,husband boleh lepaskan tak?Saya nak basuh pinggan ni"

Harriz memeluknya dengan lebih erat adalah.Helena tak mampu nak buat apa-apa dia biarkan sahaja Harriz memeluknya.Helena terasa tenang dan selamat bila dalam dakapan Harriz.

****

Helena masuk ke bilik dahulu tanpa Harriz sebab Harriz kata dia ada perbincangan dengan Raf dan Daus.Fikirannya sudah pikir macam-macam.Apalah yang penting sangat sampai tak de hari esok!

Helena merehatkan dirinya di balkoni sambil termenung memandang langit yang indah.Harriz tersenyum bila melihat Helena yang suka melihat langit malam dia tahu isterinya itu sangat rindu arwah mama papa.Harriz mengambil tempat disebalah Helena dan menarik Helena ke dakapannya Helena meletakkan kepala di dada Harriz.Terasa hangat apabila didakapan Harriz.Siapa sangka lelaki yang dingin dan mulanya kasar melayan dirinya kini sudah menjadi suami yang sah.

"Aku tak suka nak ulang benda ni tapi aku nak kau tahu yang aku sayang kau"

Helena tersenyum mendengar kata-kata keramat dari Harriz.Benar,Harriz bukan seorang yang suka cakap seperti itu dia lebih kepada perbuatan untuk menunjukkan kasih sayang!

Helena meilhat jari nya yang disarungkan cincin tanda dia sudah dimiliki oleh Harriz.

"Terima kasih sebab sayang saya husband and I love you more than you know"

Harriz tersenyum bahagia dia mengusap kepala Helena.Pertama kali dia dapat merasakan kasih sayang yang dah lama dia tidak dapat selepas arwah mama papanya kini dia sudah ada isteri yang buatkan dia angau dan bahagia.Entah dari mana muncul rasa cinta itu tapi rasa hatinya jujur untuk Helena.

****

"Ingat aku tak benarkan kau keluar harini!" suara Harriz agak tegas.

"Ye saya ingat" Pelik Helena kenapa Harriz tidak membenarkan dia keluar tapi dia turutkan saja malas mahu mencari pasal dengan Harriz.

Seperti biasa Raf dan Daus akan jadi tunggul dalam kereta menunggu pasangan mahligai selesai dengan scene yang macam berpisah selama setahun.

"Aku tak balik lunch harini kau jangan tunggu"

"Okay awak jangan balik lambat kalau awak balik lambat saya tak nak kawan awak" Harriz mencebik.Boleh percaya ke perempuan ni?Entah-entah nanti dia yang miang datang dekat bukan dia tak perlah lalui.Baru lima minit Helena sudah datang cari dirinya.

Helena menghulurkan tangan utnuk salam dengan Harriz.Harriz menjongket kening.

"Hish saya nak salam honey.Kan tugas saya sebagai isteri sayang?!"

Harriz menghulurkan tangan lalu Helena salam sempat Harriz mencium dahi isterinya.

"Hoi pak cik,mak cik dah habis ke belum,lama betul bukannya Husband kesayangan awak tu pergi setahun malam kang balik lah!Kecoh betullah!" Raf sudah melepaskan geram.Daus hanya tersenyum.Inilah Raf bukan dia tak nak bercinta tapi dia malas layan karenah perempuan yang mengada lagi-lagi seperti Helena tapi dia layan Helena sebab dia sayang Helena sebagai adik dia sendiri.

Helena menjelir lidah sibuk je nak kacau tahu le tak de awek kacau orang pulak.Sempat lagi Helena flying Harriz bila mata mereka bertembung sebelum Harriz tinggalkan halaman rumah.

****

"Apahal kau ni datang bilik aku tersengih-sengih" marah Harriz.

"Alah tak di bukan miang sangat bila sampai aku marah-marah!Hormon tak stabil ke?" Raf mencebik.

Harriz menahan sabar melayan sepupu dia yang tak betul ni.

"Aku nak cakap yang aku dapat rasakan Syarif dah tahu pasal Helena yelah anak-anak buah dia dah mula melawat rumah kau"

Tapi Harriz tidak melayan dia lebih fokus dengan telefonnya.Hmmm!apa lagi kalau bukan message dengan Helena.Raf mencebik geram betullah dengan Harriz.Nilah jadinya orang angau bercinta dulu bukan lagi berkeras tak nak bercinta sekrang tengok apa jadi.Nasib sepupu kalau tak memeang mendapat Harriz dari Raf.

"Sudah lah kau,aku bercakap sibuk dengan awek yang macam tk leh jumpa dekat rumah!Baik tak yah pergi kerja!" Sekali lagi Raf tidak dilayan oleh Harriz.Raf yang sudah berang lalu pergi dari bilik Harriz.

Perbualan Message Harriz&Helena

"Saya rindu awak sweet husband"

"Mengadanya isteri siapa lah ni"

"Isteri Tengku Harriz Fareeq lah.Husband tak rindu wifey ke?"

Harriz sengih haish comel betul Helena.

"Tak buat apa nak rindu bukannya tak boleh jumpa kat rumah"

"Merajuk lah macam ni.Okay bye!"

Harriz ketawa kecil.Dia sambung kerjanya yang tergendala disebabkan Helena.

****

Helena mula bosan.Berapi kali dia log masuk instagram disebabkan bosan.Bila dia nak masak untuk lunch Mak Senah sudah beri amaran yang dia akan masak jadi Helena tiada kerja untuk buat.Nak keluar suaminya sudah tidak beri izin.Dia terasa di kurung.

"Sorry encik husband saya kena keluar jugak sebab bosan sangat"kata Helena sendiri.

Dia melihat sekeliling nampaknya tiada pengawal yang berjaga di depan mungkin ke tandas atas pergi ke belakang jadi dia mengambil peluang keluar dari situ.Masa nya tepat bila grab sampai terus dia naik dan keluar dari rumah.Helena menghela nafas lega.Tapi Harriz lagi bijak,dia sudah tahu Helena melanggar arahannya bila dia melihat cctv yang tdipasang di halaman rumahnya.

Harriz sudah mengarahkan Raf dan Daus mengikut Helena secara senyap.Raf dan Daus pantas bergerak bersama 3 orang pengawal.

****

Helena memuaskan rasa bosannya dengan membeli barang dapur dan barang keperluannya.Bukan barang keperluan tapi tudung,baju dan makanan ringan.Walaupun Harriz marah kerana Helena suka membeli makanan ringan dengan kerap tapi tidak diendahkan.Sudah mengisi perutnya yang lapar dia membuat keputusan untuk pulang.

Helena berjalan menuju ke kereta grab yang ditempah malangnya dia kena jalan jauh sebab grab hanya tunggu di luar.Semasa dia sedang berjalan,seorang dari belakang menekup mulut Helena dengan kain.Raf dan Daus bertindak dan 3 orang pengawal mengikat dua orang yang anak buah Syarif dan masukkan ke dalam kereta.Raf dan Daus membawa Helena pulang dengan segera.

****

"Helena kena rehat dan mungkin dia akan muntah-muntah atau rasa pening sebabkan kesan cecair tu terlalu kuat"

"Okay terima kasih Faris tolong rawat isteri aku"

"Hmm.Kau tu jangan lah marah sangat dia tak sihat lepas dia sihat bincang elok-elok"

Harriz hanya mengangguk.Inilah perkara yang dia paling takut!

****

"Argh!Bodoh macam mana boleh gagal!"

"Kami minta maaf tapi kami tak perasan yang sepupu musuh ada " Mereka semua sudah tertunduk dek kerana tuan mereka mengamuk.

"Macam mana korang tak boleh perasan sial!kerja senang aku bagi tak boleh buat.Berambus sebelum aku bunuh korang!!"

Mereka semua keluar takut juga tengok Harimau mengamuk.

****

Helena tersedar kepalanya sangat pening sampai tak larat nak bangun.Oleh kerana Helena ingin muntah dia terpaksa gagahkan diri untuk masuk ke bilik air.

Harriz melihat Helena tiada di atas katil dan terdengar seperti orang batuk di tandas,lantas dia letakkan bubur dan menuju ke bilik air.

"Kau okay?" Harriz menepuk belakang Helena,kemudian bawa Helena ke atas katil.

"Makan bubur lepastu aku bagi makan ubat" mendatar suara Harriz.Helena hanya mengangguk dan tenung muka Harriz yang dingin tahulah dia apa kesilapannya.Baru beberapa suapan dari Harriz,Helena menolak kerana dia rasa loya dengan bubur.Harriz tidak bercakap banyak dia menghulurkan ubat Helena hanya menurut.

Helena yang melihat Harriz yang tidak mengendahkan dirinya terasa seperti mahu menangis tapi dia tahu apa yang menyebabkan Harriz marah.Selesai sahaja makan,Harriz turun untuk menghantar bubur yang masih tersisa di dapur.Helena gagahkan diri menuju ke balkoni.Matanya hanya tenung di langit malam tapi kepalanya memikirkan cara nak pujuk Harriz.

****

"Kau ni jangan lah marah sangat kat dia.Silap kau jugak,dia bosan sampai tak tahu nak buat apa!"

"Boleh je kan kalau dia call atau message aku nak keluar ni keluar macam tu kalau aku tak tengok cctv tak di Helena dah ada kat tangan diorang dah!"

"Masalahnya kau yang larang dia keluar kan?Macam mana dia nak minta izin kalau dia dah tahu jawapan dari kau"

"Kau cakap lah dengan dia elok-elok dia pun tak tahu benda tu nak jadi" Daus membuka mulut bila melihat ketegangan antara Raf dengan Harriz.

Harriz terus memasuki bilik tengok-tengok Helena sudah ada di balkoni.

"Kau tu tak sihat yang duduk luar ni kenapa kan sejuk?"

Helena hanya berdiam dia takut air matanya keluar tapi dia tidak mampu bertahan laju sahaja air matanya membasahi pipi.

"Tak pelah awak masuk rehat dulu saya nak duduk sini" kata Helena perlahan.

"Hish sukahati kau lah!Degil betul" Harriz terus sahaja masuk dan baring di atas katil.

Kepala Helena sakit sekali lagi dia tidak boleh nak bergerak kepalanya terasa berat.Bukan dia tak nak panggil Harriz dengan emosi Harriz yang dingin dengannya jadi dia hanya baring dan cuba untuk tidur.Tepat pukul 12 tengah malam Harriz bergerak ke markas.Ingin sahaja Harriz mengangkat Helena ke atas katil tapi ego menugsai diri dia membiarkan sahaja Helena di luar kesejukan.

****

"Memang sah itu anak buah Syarif,aku syak diaorang dah mula game Harriz" terang Daus.

Harriz hanya mengangguk dan meunuju ke bilik seksaan.Sampai sahaja Harriz bagi isyarat untuk bangunkan mereka.Anak buah Harriz menyimbah mereka dengan air sejuk.Gila kut tengah malam dapat mandi air sejuk free!

Tanpa sabar Harriz terus mencekik salah seorang dari dua orang yang ingin mencuri Helena.

"Kau memang mintak mampos dengan aku!Syarif nak buat apa dengan Helena!" Suara Harriz bergema menandakan kesabaran Tengku Harriz Fareeq sudah dicabar.

Mereka hanya berdiam tidak kata apa-apa.Harriz mengeluarkan pisau lipatnya dan mengiris mereka.Anak buah Syarif meraung kesakitan.

"Bagitahu aku Syarif nak apa?!!" kini Harriz sudah itdak memberi peluang pistol dikeluarkan dan diacu tepat di kepala anak buah Syarif.

"Untuk umpan kau lah bodoh!" kata seorang daripada mereka.

Harriz terhambur gelak.Dia kemudiannya menendang kedua-duanya.Dua das dilepaskan dan semuanya tamat.

"Uruskan seperti biasa darah mereka hantar dekat tuan biar dia tahu aku tak main-main!" arah Harriz dengan tegas.

Kerja membakar mayat atau seksa sudah jadi kebiasaan Raf dan Daus.Harriz membersihkan dirinya sebelum pulang ke rumah dia tak nak Helena dapat kesan kerjanya terlalu awal.

****

Helena terjaga dari tidurnya dia melihat Harriz tiada di bilik.Dia menangis dia takut Harriz meninggalkan dirinya.Dia memeluk kakinya dan dan nangis.

Harriz mendengar orang menangis di biliknya terus melangkah dengan cepat.

Harriz melihat Helena yang menangis dia menghampiri.

"Kau kenapa?" suara Harriz agak dingin.

"Harriz jangan tinggal saya,saya takut!Saya minta maaf saya salah tapi tolong jangan tinggal saya please!" Helena mendapatkan Harriz.

Harriz hanya membiarkan Helena tenang di dakapannya yang tidak dibalas.Harriz masih marah dengan Helena.

****

3 hari sudah berlalu,Harriz masih dingin dengan Helena bukan Helena tak pujuk tapi dia sendiri tidak larat dengan keadaan dirinya yang tidak sihat.Kini Helena sudah mula rasa sihat.Dia tak nak manjakan dirinya dan gagahkan diri untuk bangun.Sudah berapa hari dia tidak jejak diri di dapur.

Kepalanya yang mula berat dibiarkan sahaja.Harini dia kena berbaik dengan Harriz dia mula rindukan Harriz.

"Mak Senah,harini bagi El masak boleh?"

"Helena kamu dah siap ke?Nanti kalau Mak Senah bagi Harriz marah lagipun Helena masih tak sihat biarlah Mak Senah yang masak.Kamu pergi berehat"

"Tak apa Mak Senah.El tak nak manjakan diri bagi Helena masak ye harini" Helena mengukirkan senyuman.

"Haa yelah kalau nak minta tolong panggil Mak Senah"

"Baik Mak Senah"

Sedang dia potong bahan untuk masak tengah hari dia memikirkan tentang Harriz.Yelah 3 hari Harriz langsung tidak mengendahkan dirinya.Marah sangat Harriz dengan dirinya.Helena tersilap potong tanggan sudah terluka dia terus membasuh dan menampal plaster.Dia meneruskan memasak.Helena pasti Harriz balik makan tengah hari kerana dia sudah message Harriz.

****

"Harriz balik makan tengah hari saya masak"

"Siapa benarkan kau masak?"

"Balik tau bye!"

Helena mematikan telefon.

****

"Raf,aku nak balik lunch."

"Harriz.Kau masih marah dekat Helena?"

Harriz hanya mengangkat bahu dan berlalu pergi.Raf sekadar menggeling.

****

Helena terdengar kereta Harriz masuk ke halaman rumah dia pantas menutup tv dan menyambut Harriz.

"Ingatkan tak nak balik lunch" Helena menghulurkan tangan untuk salam dan Harriz menyambut.

Helena cuba sedaya upaya sorok jarinya yang terkena pisau akibat kecuaian sendiri.Kalau Harriz nampak mesti dia marah dan membebel.

Harriz hanya makan tanpa melihat Helena di depan.

"Awak balik terus atau masuk office balik?" Helena membuka topik untuk berbual.

"Balik office"

"Kerja awak okay?"

"Hm"

"Ada masalah tak dengan kerja?"

"Tak"

"Ada pekerja yang curi tulang?"

Harriz hanya menggeling.

"Ada perempuan goda awak?"

"Helena Sofia boleh senyap tak aku nak makan pon tak senang" Suara Harriz agak tinggi lalu Harriz membasuh tangannya.Tiada selera!

Helena hanya tertunduk dan membiarkan Harriz pergi.Helena mengalirkan air mata.

"Saya minta maaf"

Itu je mampu Helena mengeluarkan kata-kata sebelum Harriz hilang diri dari dapur.Harriz rasa bersalah tapi dia biarkan sahaja.EGO!

****

Helena tiada selera dia hanya membersihkan diri dan menenangkan dirinya di balkoni.

"Mama papa,Harriz dah benci Helena!El tak tahu nak buat apa mama papa.Kenapa Harriz marah El sampai macam tu sekali!El ringu Harriz tapi Harriz benci El!"Helena meluahkan rasa yang terkubu dalam hati.

****

"Harriz!" panggil Mak Senah.

"Ye Mak Senah"

"Mak Senah risau dekat El dia tak makan dari pagi tak di duduk berkurung dalam bilik sahaja.Bila Mak Senah ketuk bilik panggil makan Mak Senah dia menangis sahaja.Harriz dengan Helena tak berbaik lagi ke?"

"Tak pelah Mak Senah.Harriz naik atas pujuk dia makan,terima kasih bagitahu Harriz"

Helena mendengar pintu bilik dibuka dan Harriz masuk tapi dia tidak mengendahkan Harriz.Dia tidak sanggup mendengar Harriz memarahinya.

Harriz membersihkan diri dan baru menghampiri Helena.Dia mengambil tempat di sebelah Helena.

Helena tidak langsung pandang menghadap Harriz.Hatinya sangat sakit bila Harriz melayan dia sebegitu Helena terasa tangannya dipegang oleh Harriz tapi dia biarkan saja.

"Mak Senah cakap kau tak makan dari pagi lagi,kenapa?"

Helena menangis sekali lagi.Kali ni dia sudah menunduk.Harriz membuang egonya dan memujuk Helena dia tahu yang dia sudah keterlaluan.

"El pandang aku" Helena akur dia menghadapkan badannya menghadap Harriz dan memandang Harriz.Timbul rasa bersalah dekat Helena bila melihat muka Helena yang sudah pucat.

"Jom makan nanti kau sakit lagi"

Helena hanya menggeling.

"Helena kenapa kau degil sangat?Kau tahu tak aku sakit bila tengok kau sakit tolong kalau kau sayang aku,kau makan"

"Awak jahat!Kenapa awak kena risaukan saya kalau awak dah benci saya?" Helena membuka mulut.Harriz mengeluh.

"Aku tak pernah benci kau El.Aku cuma risaukan kau.Aku tak marah kau tapi aku marah diri aku sebab tak jaga kau dengan betul.Kau tahu tak betapa takut dan terkejutnya aku bila Raf dan Daus bagitahu yang kau hampir kene culik?Apa perasaan seorang suami bila dapat tahu isteri yang dia sayang hampir kena culik?Tolonglah El jangan jadi macam ni"

Harriz menarik Helena ke dakapannya.

"Aku minta maaf sebab layan kau macam tu sampai kau anggap aku dah benci kau"

"Saya sayang awak,Harriz!Saya tak sanggup kehilangan awak Harriz.Saya minta maaf sebab buatkan awak risau"

Harriz lega segala-galanya berakhir.

"Dah jom makan nanti kau demam" Helena mengangguk.

****

"Kenapa kau sorokkan jari kau yang luka kena pisau tu?"

Helena beriak seperti tertanya-tanya macam mana Harriz tahu.

"Tak payah sorok apa-apa aku nampak jari tu.Lain kali hati-hati"

Helena hanya mengangguk.

"Awak tak makan lagi ke?"

Helena pelik Harriz turut makan sama.

"Dah,tapi tengok kau makan aku selera pulak"

Helena tersenyum.Sayang awak Harriz!You are mine forever!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience