Haii,call me Nel! Sebernanya Nel more to active dekat .Instagram?Nel dah letak nama id dekat description okay!
Trailer Nel keluarkan dalam dua bentuk.Satu text satu lagi video.Buat masa sekarang Nel keluarkan dalam bentuk text dulu!
ENJOY THE TRAILER!!
******
KISAH CINTA AKU DAN DIA
“If there’s one thing I am sure of,I am sure that you have always belong with me”
“I want you to love me and just me”
Berikan ku cinta si dia
Dia yang aku cinta
Selamanya.
THIS IS OUR LOVE STORY
TENGKU HARRIZ FAREEQ Seorang yang ego tahap tinggi melangit.Lelaki yang sentiasa berperwatakan dingin dan serius terutama sekali bila berdepan dengan perempuan.Harriz kehilangan ibu bapanya sejak usia 17 tahun,di sebabkan inilah perwatakan Harriz berubah.Hal ini juga menyebabkan,Harriz melibatkan dirinya dalam dunia kegelapan iaitu dunia mafia yang penuh kekejaman dan dendam,hanya kerana untuk membalas dendam atas kematian ibu bapanya.
HELENA SOFIA Gadis yang jelita dan murah dengan senyuman namun nasib kehidupannya tidak seindah yang disangka.Nasib hidupnya malang selepas kematian ibu bapanya.Helena dibuang oleh kedua-dua belah keluarganya selepas mendapat harta yang ditinggalkan untuk Helena.Selepas kejadian itu,Helena membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur bagi menyara kehidupannya dan memulakan kehidupan yang baru.
Disebabkan kejadian pada malam itu,Helena memasuki dunia Tengku Harriz Fareeq tanpa sengaja.Demi keselamatan Helena,Harriz membuat keputusan untuk berkahwin dengan Helena.Lama-kelamaan pergaduhan betukar menjadi cinta.Harriz yang dulu sukar untuk senyum dan sentiasa dingin kini berubah menjadi penyayang dan romantik.
Kisah cinta mereka tidaklah selalu bahagia dan indah.Banyak dugaan yang mereka tempuhi sehinggakan hampir bercerai.Semuanya kerana musuh Harriz.Pelbagai cara yang digunakan untuk menghancurkan kebahagian mereka.
Disebabkan kepentingan diri,Harriz kembali dingin dan ego,Helena pula tetap dengan pendirian.Mahu pula kerja gelap Harriz tidak diketahui oleh Helena.Bukan niatnya mahu merahsiakan dari Helena namun Harriz takut jika Helena tidak menerima kerja gelapnya iaitu sebagai seorang mafia.
“Siapa perempuan ini Harriz?”
“Oh,dia bakal isteri aku”
“Apa salah saya sampai awak tergamak buat saya macam ni,Harriz?”
“Kau bohong aku Helena!Kau ikut kepala kau dan abaikan arahan aku sebagai suami kau!Kau tak ingat apa yang aku cakap atau pura-pura lupa?“
Rahsia yang Harriz simpan selama ini akhirnya terbongkar.Kerana ini semuanya bermula.Hubungan mereka suami isteri semakin keruh dan akhirnya masing-masing mengagungkan ego mereka.
“Cinta dan kepercayaan saya dah mati untuk lelaki bernama Tengku Harriz Fareeq”
“Saya benci awak,penipu!!”
Masalah ini kian keruh apabila Helena dapat tahu dia mengandung,setibanya dia membawa diri ke Eropah.Tidaklah lama kemudian Harriz dapat mengetahui keberadaan Helena dan segera ke Eropah.
“Ceraikan saya selepas sahaja saya melahirkan anak dalam kandungan ni”
“Penceraian adalah langkah terkahir untuk kita?Itu memang kau impikan dari dulu?Cinta kau untuk lelaki dihadapan kau betul-betul dah mati?Tiada langsung peluang untuk aku bertakhta dalam hati seorang perempuan yang bernama Helena Sofia?”
Selepas beberapa bulan,sebab utama Harriz menjadi seorang mafia dan terlibat dalam dunia kekejaman telah terbongkar dan membuatkan Helena menyesal dengan kata-katanya.
Namun semuanya sia-sia,Harriz menjadi dirinya yang dahulu.Hatinya keras,egonya kian diagungkan.
“Tolong jangan ceraikan saya,Harriz!”
“Baik,kalau itu yang kau nak aku akan ikut tapi aku nak kau tahu yang tidak lama lagi kau akan dapat madu.Jadi kau faham-faham jelah apa yang aku maksudkan dan paling penting cinta lelaki dihadapan kau dah lama mati untuk perempuan yang bernama Helena Sofia.
Kehadiran Hanan Amani merubah segala-galanya.Helena terima jika ini yang tertulis untuk kisah cinta dia dan Harriz.
“Tak apa,aku okay.Mungkin ini takdir aku,sudah tertulis ini adalah kisah cinta aku dan dia”
Bagaimankah pengakhiran cinta Tengku Harriz Fareeq dan Helena Sofia?Dapatkah mereka mempertahankan cinta mereka?Masih adakah peluang untuk Helena bertakhta dalam hati seorang lelaki yang bernama Tengku Harriz Fareeq?
Share this novel