Bab 4

Romance Series 9028

"Aku nak kahwin dengan kau"

"Awak ni sejak bila pandai bergurau macam ni?"

Walaupun dia tahu yang Harriz tidak bergurau namun dia cuba mengelak daripada situasi begini.Tiba-tiba selera makannya hilang bila dengar Harriz berkata begitu.Adakah dia tengah bermimpi?Tengku Harriz Fareeq mengajaknya berkahwin!Ouh boleh pengsan dibuatnya!Tapi kenapa secara tiba-tiba Harriz ni.

Sebenarnya dia sudah perasan lama yang ada benda yang dia tidak tahu dalam rumah ni tapi dia hanya berdiam.Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu diantara Harriz,Raf dan Daus.

"Aku tak bergurau.Aku serius sekarang!"

"Awak ni kenapa tiba-tiba macam ni?Dah lah saya malas layan awak"

Helena cuba melarikan diri.Apa yang cuba Harriz lakukan sampai kene berkahwin dengannya.Harriz hanya membiarkan Helena pergi dari dapur.Tanpa dia sedar dia sudah mengeluh.Tak ada cara lain selain berkahwin dengan Helena untuk menjaga keselamatannya.

****

"Kenapa korang datang rumah aku pagi-pagi ni?"

"Kitaorang ada benda penting nak bagitahu kau" jawab Daus dengan serius.

Mereka berkumpul di bilik bawah tanah di mana setiap kali mereka ingin berbincang pasal kerja mafia mereka.Bilik tu penuh dengan senjata dan cctv yang dipasang di sekeliling rumahnya supaya dapat mengenal pasti musuh.

"Ada apa sampai serius sangat?"

"Syarif dah balik Malaysia dan dia dah buat plan untuk cari Helena sampai jumpa!"

"Dari mana kau dapat maklumat?"

Terkejut juga Harriz.Bila pula musuhnya balik ke Malaysia.Nampaknya dia kene mulakan langkah sebelum semuanya sia-sia.Syarif juga licik orangnya.Dia akan dapatkan apa yang dia nak tak kisah lah dengan cara apa sekalipun.

"Budak-budak yang tengok pergerakan Syarif yang dapat tahu" jawab Raf selamba.

"Harriz kau dah cakap dengan Helena pasal tu" Sengaja dia tak nak sebut perkataaan 'kahwin'.

"Dah,tapi dia tak percaya pastu bla macam tu je."

"Baik kau cepat Harriz!Sekurang-kurang Helena ada dekat dengan kau!"

****

Helena sedang berkarya di dapur hanya disebabkan dia inginkan biskut kegemarannya.Sambil dia menunggu biskutnya siap dia mengemas apa yang perlu.

"Gila apa mamat tu tiba-tiba ajak aku kahwin?Ke dah berjangkit dengan minah sewel tak cukup kain haritu!"gumam Helena sendiri.Geram juga dibuatnya sesuka hati mengajaknya kahwin.Dah pulah ajak macam tu je huh tak sweet langsung!

"Hah mengumpat je kerja!"

"Eh,awak ni tak boleh bagi salam dulu ke asyik datang jerkah orang je!" Helena naikkan bola matanya ke atas.

"Kau ni period ke apa suka marah-marah?"

Helena mencubit lengan Harriz.Geram betul!

"Awak nak apa ni datang kacau orang dapur tak de kerja lain ke?Mana sepupu-sepupu awak tu pergilah layan diorang duduk sini buat apa?"

"Eh,sukahati akulah nak buat apa ni rumah aku!Ni kau tak jawab lagi pertanyaan aku semalam."

"Tanya apa?Semalam awak tak tanya saya apa-apa pun?!" Dalam hati Helena berharap jangan lah bangkit soal 'kahwin' dia masih lagi belum bersedia nak alami alam perkahwinan lagi-lagi dengan lelaki didepannya.

Harriz memandang Helena dengan penuh makna.Helena di situ sudah kecut.Dia melarikan matanya boleh cair dibuatnya.

Ting!bunyi oven yang digunakan untuk bakar biskutnya sudah siap.

"Haa biskut saya dah siap!awak pergi duduk dekat depan nanti saya hidangkan" Helena cuba melarikan dirinya sekali lagi tapi gagal Harriz terlebih dahulu mengepung dirinya.

"Awak nak apa ni!"

"Aku nak jawpaan dari kau malam ni last nak tak nak kau tetap kene kahwin dengan aku faham?"

"Lah kalau macam tu baik saya tak bagi jawpaan kalau tak de pilihan!dah lah daripada layan awak yang otak tak semenggah ni baik saya makan biskut saya yang sedap"

Helena menolak Harriz ketepi.Harriz tersenyum senget gembira hatinya dapat mengacau Helena.Baru bagi eye to eye belum lagi dia buat gadis ni betul betul cair dengan kata-kata keramat lelaki!

****

Helena duduk di buaian yang terdapat di halaman rumah milik Harriz.Pikirannya bercelaru.Apa yang harus dia lakukan?Kenapa Harriz tiba-tiba mengajaknya untuk berkahwin sedangkan mereka tiada rasa suka sama suka?

"Helena?" suara garau menegur Helena tapi kali ni bukan Harri.Suara Harriz agak soft sekali dia ayat perempuan boleh cair!

Helena hanya tersenyum sebaik pandang siapa gerangan lelaki itu.Rupanya Raf,Daus juga ada tapi hanya menguntumkan senyuman.Mereka berdua mengambil tempat di Hadapan Helena.(buaian tu kembar,Alah pahm phm jelah)

"Kenapa Helena nampak macam tengah serabut je?cuba cerita mana tahu abang-abang handsome ni boleh tolong ye dok?" kini Daus membuka mulut memecahkan kesunyian.

"Panggil El je.Sebenarnya El tengah serabut fikir pasal Harriz ajak kahwin!Entah apa dia mimpi sampai ajak El kahwin"

"Mungkin ada sebab Harriz buat macam tu lagipun baik unutk kamu berdua.Duduk rumah ni memang ada Mak Senah tapi nampak tak manis tinggal berdua tak ada orang"Daus mencipta alasan.

"Betul tu lagipun Raf tengok dia tu ikhlas ajak El kahwin dan mungkin juga dia nak jaga keselamatan El?Yelah berkahwin korang lebih rapat tak ada batas jadi senang lah Harriz nak jamin keselamatan El" tokok Raf.

Lain betul perangai sepupu Harriz.Mereka lebih ramah dan senang ukir senyum tapi Harriz dingin je memanjang pastu baran tak bertempat.

"Macam mana El nak setuju sedangkan El tak kenal pun Harriz.El hanya tahu dia ada syarikat sendiri and nama dia.Yang lain El langsung tak tahu tapi dia boleh tahu semua pasal El dari A sampai Z"

Kalini Raf dan Daus saling berpandangan tidak tahu tahu nak jawab apa.

"Alah jangan risaulah Harriz tu nampak je dingin tapi sebenarnya dia tu manja terlebih cuma tulah sejak arwah papa mama dia meninggal Harriz berubah macam sekarang ni.Dulu dia seorang yang ceria dan tidak lah panas baran keterlaluan.Tapi bila El datang dalam hidup dia makin hari Harriz berubah mana tahu bila El kahwin dengan dia Harriz jadi seperti dulu?"

"Yelah tu abang Daus!Abang,macam mana El nak tahu semua pasal Harriz?"

"Pergilah tanya dia!" serentak Raf dengan Daus.Helena sudah bantai gelak.Aduhai boleh pula mereka ptak berhubung.

"Kalau El nak tahu Harriz tu kalau pandailah El goda dia boleh jadi sweettalker tau!"

"eeww nak goda mamat dingin tu tak ada masa El entah-entah dia ada perempuan lain kat luar kita mana tahu kan?"

"Harriz tak pernah langsung ada perempuan semua perempuan yang tergilakan dia semua dia tak layan tapi El pulak lain ceritanya." Raf menafikan kenyataan Helena.Dia tahu Harriz bukanlah lelaki yang tukar-tukar perempuan dan dia yakin Harriz sayang dekat Helena cuma tulah EGO tak menyempat.

Daus yang dari tak di senyap sudah perasan ada mata-mata yang sedang melihat mereka m[antas dia berbisik dekat Raf.Raf hanya mengangguk.

"El tak di El ada buat biskut kan jom kita makan sambil borak lagi?"

"Okay jom?"

Nasib Helena tak banyak tanya,boleh mati akal nak jawab nanti.

****

Helena memilih untuk melihat cerita kegemarannya sudah lama dia tidak menonton tapi sekejap sahaj dia sudah termenung.Kata-kata Raf dan Daus berligar dalam pemikirannya.Ada betul kata mereka namun Helena berkeras ingin tahu apa yang menyebabkan Harriz ingin berkahwin dengannya.Apa yang harus dia lakukan?Memanglah perasaan suka tu dekat Harriz tu ada tapi entah kenapa dia langsung tak gembira Harriz ajak dia berkahwin.

Helena tidak sedar Harriz sudah berada diselahnya.Bukan Harriz tidak tahu yang mata Helena dekat tv tapi kepal tempat lain.Inilah masanya!

culp!

Helena tersedar lamunan terkejut dibuatnya dengan tindakan berani Harriz mencium pipinya.Helena pantas mencubut lengan Harriz.Harriz sudah terhambur ketawa puas hatinya dapat mengenakan Helena.

"I'm warning you Harriz!"

"Dah kau tu termenung macam nak makan tv tu dah kenapa?"

Helena menjeling Harriz sakit betul hatinya ada sahaja Harriz mengenakannya.

"Harriz,kalau awak bagi saya masa lagi boleh tak?

"Tak,aku nak jawapan kau sekarang!" Harriz kembali serius.

"Tapi ini bukan main-main ini masa depan saya Awak tak ada hak control hidup saya" Helena membela diri.Dia paling tak suka orang control dirinya kecuali mama papanya.

"Helena listen!Bila aku cakap sesuatu aku akan buat faham?"

"Sekarang ni apa masalah awak sesuka hati awak je ajak saya lepastu tak bagi saya peluang langsung nak berfikir?!Saya langsung tak kenal peribadi awak dan awak pula tahu semua pasal saya,tak pelik ke?Sebenarnya apa yang awak cuba sorok dari saya Harriz!" Helena kini sudah tiada senyuman kata-katanya kini sudah jelas yang dia sedang serius.sebenarnya Harriz pertama kali melihat Helena serius ini kali ini dia pasti helena tidak main-main jadi dia pun serius.

"Hey,rilek lah!Asal emo sangat kau ni?"

"Bila masa saya emo?Kenapa awak terlalu mendesak saya Harriz?Macam mana saya nak terima awak sebagai suami saya kalau saya sendiri tak tahu pasal awak Harriz?" Air mata Helena sudah bertakung.

"Helena kalau kau bagi aku peluang lama-lama kau akan tahu!Tolong aku cuma nak kau setuju kahwin dengan aku.Aku bukan pentingkan diri cuma aku nak kau selamat!Aku tak sanggup nak kehilangan kau Helena!" Harriz sudah berlembut.

Helena terkejut dengan ayat terkahir Harriz.Adakah Harriz juga mempunyai rasa hati yang sama?

"Bagi saya sebab kenapa saya kena kahwin dengan awak Tengku Harriz Fareeq?!" Helena semakin mendesak Harriz.

"Sebab aku tak kehilangan kau Helena!Apa yang aku boleh cakap aku tak nak kau dalam bahaya."

Helena kaku.betul ke apa yang Harriz katakan yang Harriz tak sanggup kehilangan dirinya?

"Harriz,awak kahwin dengan saya atas dasar cinta atau sekadar selamatkan saya then bila dah selamat awak tinggalkan saya?" Helena cuba beranikan dirinya untuk bertanya.Harriz agak terkejut dan dia tersenyap seketika.Dia keliru dengan dirinya.Apa yang dia sudah buat sampai terkeluar ayat sampai begitu.Harriz ego untuk ucap kata sayng dekat Helena.

"Harris jawab soalan saya awak cintakan saya atau tidak?!"

"Ya,aku sayang kau Helena aku takut nak hilang kau cukuplah mama papa tinggalkan aku!" Harriz terus pergi dia terkejut dengan pengakuan dirinya.Malam tu menyepi kembali.Helena terdiam,Harriz pula termenung sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience