Bab 1

Romance Series 9028

Kehidupannya yang sebatang kara,tiada tempat mengadu dan tempat berteduh.Helena membawa dirinya ke KL dengan harapan dia mendapat kerja.Sedang dia berjalan melihat keadaan KL kerana ini adalah kali pertama dia menjejakkan kakinya di KL.

Sedang dia berjalan....

"Auchh!!Eh,kau ni buta ke?Aku yang lawa lagi hot ni takkan kau tak nampak?!" marah Ariana.

"Saya minta maaf!saya tak perasan" kata Helena sambil bangun dari jatuh.Helena terkejut bila melihat gadis didepannya sebaik sahaja dia bangun dari jatuh.

"Ariana!Are you Ariana?" tanya Helena dengan teruja."Wait,Are you Helena?Helena Sofia?" Ariana yang cuba memastikan gadis yang kelihatan tidak terurus ialah kawannya ketika sekolah menengah.Helena dengan Ariana bukanlah kawan rapat tetapi sebagai kenalan biasa biasa je.

"Yes,It's me!Tak sangka aku boleh jumpa kau dekat sini"ramah Helena dengan gembira.Namun Ariana disebaliknya,dia hanya memandang Helena sebelah mata sahaja tetapi menyorok segala rasanya."Aku pon,btw kau buat apa kat sini and apa yang dah jadi dengan kau?!" tanya Ariana,dia ingin juga tahu apa yang terjadi dengan Helena.

Muka Helena berubah serta-merta bila mendengar pertanyaan oleh Ariana.Sayu hatinya bila mengenangkan nasibnya yang sebatang kara.Bukanlah dia tak de sedara mara tetapi semuanya sudah buang dia atau lebih tepat menggap Helena orang asing dalam hidup mereka hanya disebabkan keluarganya tidak sama darjat seperti mereka.

"I'm sorry kalau tersalah tanya" meluat juga hatinya untuk berbual secara ramah dengan gadis didepannya tapi demi mengetahui apa yang berlaku terpaksalah dia mengatasi rasa hatinya.

"Eh,tak tak kau tak salah tanya!Sebenarnya.."

"Takkan kita nak borak kat sini come ikut aku"

Helena hanya tersenyum nipis.

Helena terpegun dengan 'deco' cafe yang sangat mewah.Ariana yang melihat reaksi Helena hanya tersenyum."Dasar miskin,jakun betul perempuan ni"gumam hati Ariana.

"Okay,apa kata kita order dulu?"

"Erkk..tak pe aku nak pergi tempat lain lepasni"

"Tempat lain?pergi mana?"

Helena seperti kehilangan kata-kata apabila dituju dengan soalan seperti itu.Sebenarnya dia sendiri pun tak tahu nak pergi mana,dia tiada hala tuju semenjak berada di KL.

"Am am erkk"

Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

"Okay tak pe,now aku nak tahu apa yang terjadi dengan kau sampai kau jadi macam ni?!"

"Selepas kita habis SPM,mama dengan papa aku bercerai" gugur air mata Helena bila mengimbas kembali kisah kehidupannya.Ariana hanya buat muka kesian hampir menyampah juga namun hanya berpelakuan seperti biasa.

"Aku tak tahu sebab apa diorang bercerai sampai sekarang!3 bulan selepas tu aku dapat berita yang papa meninggal sebab heart attack,luluh hati aku sebab tak dapat jumpa papa aku buat kali terakhir.Lepas papa pergi,mama pulak pergi.Rupanya mama dah lama ada kanser rahim tapi dia tak pernah bagitahu aku.Aku rasa aku anak tak guna sebab aku tak tahu mak aku sakit macam tu.Lepas sahaja arwah papa mama tak de semua keluarga aku buang aku,diorang langsung tak kisah dekat aku."

"Habis arwah mama papa kau tak tinggalkan wasiat dekat kau,yelah kau kan anak tunggal?"

"Aku tak tahu apa yang jadi tapi semua harta wasiat yang arwah mama papa aku jatuh dekat sedara-mara aku!Lepas dari pengumuman wasiat tu aku dihalau keluar dari rumah.Aku tak tahu nak pergi mana,aku buntu!Aku buat keputusan untuk datang KL nak cari kerja untuk tanggung kos sara hidup aku yang tunggang langgang ni!"

Lega hatinya dapat meluahkan segala hasrat dihati.Jujur dia katakan yang dia sangat rindu dengan arwah mama sebab arwah mama lah tempat dia meluahkan segalanya tapi sekarang dia sudah tiada siapa untuk dijadikan tempat dia mengadu.

Ariana tersenyum penuh makna.Inilah masanya untuk come back dari dunia dia yang sekarang ni.

"Aku rasa aku boleh tolong kau!"Ariana memulakan langkahnya.

"Tolong?tolong apa?"

"Alah lembab betullah perempuan ni" gumam hati Ariana.

"Takdi kan kau cakap yang kau nak cari kerja,so kebetulan tempat kerja aku ada kosong untuk seorang pekerja." Ariana memulakan kata-katanya.

"Betul ke ni!Kau nak tolong aku?!"kata Helena dengan penuh teruja.Ariana hanya senyum sumbing.

"So,kau setuju tak?"

Helena senyum lalu mengangguk.

"Baik kalau macam tu kau ikut aku balik rumah,siapkan diri kau apa semua then malam ni aku bawa kau"

"Kerja apa malam malam?"tanya Helena tiba-tiba sahaja dia tidak sedap hati.

"Sebenanya malam ni kitaorang ada meeting so aku boleh lah kenal kenalkan kau dekat boss aku untuk cakap pasal kerja kosong tu" terang Ariana meluat juga dibuatnya banyak pula pertanyaan yang muncul dari mulut Helena.

"Ooo okay lah mcm tu.Erkk tq Ariana sebab tolong aku!!"

Ariana hanya senyum.Bukan senyum keikhlasan tapi senyum seribu penuh makna."Tunggu nasib kau malam ni Helena"gumam hati Ariana.

Malam yang dinanti-nanti oleh Helena.Dia telah berjanji dia akan berdikari dan teruskan hidupnya walau macam mana pun.

~POV ARIANA~

"Ye kau ingat aku tipu kau ke?Eh tolong sikit ea,pukul 11 tepat aku bawa perempuan tu jumpa kau kat tempat biasa.Ok bye!"

Nasib kau malang Helena sekejap saja lagi aku lumayan.Ariana tersenyum bahagia.

~POV HELENA~

"Baju apa yang Ariana bagi ni?Seksi betul.Sebenarnya kerja apa lah sampai kene pakai baju macam ni"Helena mengomel sendiri.

"Haih lama betul perempuan ni bersiap.Tah apa tah yang lama,mcm siput betullah minah ni!Ariana mengomel.Dia terus pergi ke bilik Helena.

"Helena cepat sikit nanti aku lambat sampai untuk meeting"

"Okay kejap.(buka pintu).Okay tak?"

"Okay cantik.Dah jom nanti kita lambat"meluat pulak bila Helena mengaju solan begitu.


*****

"Ariana,kita buat apa kat sini?"Helena mula tidak sedap hati.Gusar hatinya bila Ariana membawa dia dekat tempat haram,tempat orang berhibur dan mabuk.

"Banyak bunyi betul lah kau ni!Kau kata nak cari kerja kan?"

"Memanglah,aku nk cari kerja!tapi apa kita buat kat sini?"

"Ikut jelah aku!Nanti kau tahulah!"

Panas pula hatinya bila Helena banyak bunyi.

"Kau tunggu sini duduk sini diam diam!Jangan pergi mana-mana!"Ariana memberi arahan.

"Hah tu perempuan yang tengah duduk tu!"

"Betul ea,dia masih dara?"

"Sekarang ni kau nak tak?Banyak bunyi pulak"

"Hah yelah,yelah!Aku chaw dulu"

"Eh kau,duit aku mana?!"

"Alah kau ni!nah dah berambus"

"Aduh,mana pulak Ariana ni!"

"Hai,cantik you ni!"

Lelaki itu tiba-tiba menggeling Helena lalu bau rambut Helena.

"Eh,apa ni!"

"Kau nak buat apa ni?Jangan ganggu aku boleh tak?"

"Garangnya I like"

Helena cemas dia terus sepak perut lelaki yang cuba menggodanya lalu dia terus berlari keluar dari tempat neraka tu.

"Hoi!!tunggu apa lagi!Kejarlah perempuan tu sampai dapat!"lelaki itu mengarahkan anak-anak buahnya.

"Encik tolong saya!Saya nak kene rogol tolong encik"

Walaupun Helena tidak kenal siapakah gerangan lelaki yang dia merayu minta tolong tapi dia pasti yang lelaki itu baik.

"Hoi,tu perempuan tu!"

Helena terus menyorok di belakang lelaki yang badannya tegap dan berkulit putih itu.

"Asal kau ni?"

"Sorry bro that girl my boss punya"

"Eh kau gila ke apa?Ni Harriz Fareeq bongok!"kata seoang daripada 3 lelaki itu.

"apa lagi chaw lah!!"

Mereka melarikan diri sebaik sahaj perasan yang di depan mereka tak di mafia yang digeruni ramai orang siapa lagi kalau bukan Tengku Harriz Fareeq.

"Dah kau dah selamat!"muka yang dingin tak ada langsung senyuman dia yang terukir di muka laki itu.

"Terima kasih sebab selamatkan saya"

"Kau ni gila ke pergi jual diri dekat orang tua yang tak de otak tu"marah Harriz.

Entah kenapa dirinya menjadi marah bila gadis itu sanggup menjual dirinya.Ada tak betul dia ni.Namun dia menafikan semuanya.Biasalah ego dengan dirinya memang tk dapat ditandingi.

"Kau dah selamatkan?Aku bla dulu"

"Tolong,tolong jangan tinggal saya seorang di sini.Saya takut saya tak de hala tuju"

"Tak de hala tuju?Dari mana kau datang balik lah tempat kau tu!Dah pandai cari masalah pandailah selesaikan sendiri!"

"Bawa jelah saya dekat mana-mana asalkan saya tak de kat tempat neraka ni!Tolong lah"rayu Helena.Dia sendiri tak tahu kenapa dia berani mintak tolong pada orang yang dia tidak kenal.Itu bukanlah dirinya.Bagi Helena asal dia dapat tinggalkan tempat ni dah cukup baik untuk dirinya.

"Eh kau ni tak takut ke kalau aku culik kau ke?bunuh kau ke?tak takut?main sukahati ikut orang tak kenal"Harriz terus memasuki keretanya dan pergi.

"Aduh macam mana ni!Takkan aku nk duduk sini sah sah nanti orang tua tu cari aku"gumam hati Helena.Tanpa berfikir panjang Helena terus berlari dan tinggalkan tempat tersebut.

~POV HARRIZ~

Harriz tiba-tiba muncul rasa risau terhadap gadis itu.Entah kenapa dia merasakan semua ini selama ni bila dia melihat perempuan di luar sana tidak pernah pula dia rasa perasaan sebegini.Harriz membuat keputusan untuk patah balik dan mendapatkan gadis itu.

Sampai sahaja Harriz di club dia tidak nampak kelibat gadis itu.

"Haih kemana pulak minah ni pergi,takkan lah pula masuk dalam balik!gila ke apa dia ni"gumam hati Harriz.Baru sahaja Harriz ingin memasuki keretanya dia terdengar perempuan menjerit minta tolong.Cepat sahaja Harriz mencari suara perempuan itu.

"Hoi!!Kau buat apa hah?!"

Harriz terus menumbuk lelaki-lelaki yang mengacau Helena.Stelah semua gerangan lelaki itu pergi.Harriz mendapatkan Helena.

"Kau okay?"

Helena sekadar mengangguk.

"Dah jom ikut aku balik"

Helena hanya mengikut Harriz tanpa bertanya.Malang sungguh nasibnya harini.Sepanjang perjalanan,Helena tertidur.Penat juga dirinya lari ke sana ke sini untuk melepaskan diri.Harriz membiarkan Helena berehat jatuh kesian pula pada nasib Helena.Banyak benda Harriz ingin mengatahui tentang gadis di sebelahnya.

Sekali sekali dia melihat wajah Helena yang tidur lena,kadang-kadang senyuman dia terukir.Entah mengapa tenang sungguh dirinya bila melihat wajah gadis yang jelita itu.Tidak dinafikan Helena memang mempunyai rupa paras yang cantik.Harriz?Harriz juga sama mempunyai rupa paras yang membuatkan ramai perempuan di luar sana tergila-gilanya tetapi Harriz tidak layan bagi dia Perempuan ni menyusahkannya.

Sampai sahaja dirumah,Harriz mengangkat Helena bawa masuk ke dalam biliknya.(Haip bukan bilik Harriz tetapi bilik tetamu yang berada di hadapan biliknya)

Bukan dia tak nak mengejut Helena tapi dia kasihan Helena yang lena akibat penat.Harriz berehat seketika di ruang tamu sebaik sahaja meletak Helena dalam biliknya.

"Apa cerita bawa balik perempuan dalam rumah ni"tegur Raf.Raf merupakan sepupu rapatnya mana tidaknya Harriz,Raf dan Daus merupakan mafia yang terkenal dalam dunia mereka.

"Eh mulut kau sedap sikit ea!Aku tolong perempuan tu je.Aku nak kau cari pasal perempuan tu kalau boleh aku nak esok faham!"dingin sahaja muka Harriz.Antara mereka bertiga Harriz merupakan orang yang paling susah nak senyum bukan apa sejak kematian arwah mama papa nya dia langsung tak senyum.Nak gelak?Ouh jauh sekali.

"Faham boss!Ni aku gerak dulu.Esok kita jumpa.Kitakan kalau tak jumpa sehari kau rindu"gurau Raf.Harriz hanya menjeling tajam.Hari ni Merupakan hari yang sangat penat baginya.Ingatkan mahu bersuka ria tapi lain pula jadinya.

Sikap Harriz dan Raf memang berbeza.Raf lebih ceria berbanding Harriz.Susah juga jadinya jika dua dua dingin mahu boleh runtuh rumah ni kalau dua dua ikut kepala,jadi kebiasaanya Raf yang banyak bertolak-ansur.

****

Helena bangun dari tidurnya.Alangkah terkejutnya bila dia melihat keadaan sekeliling.

"ARGHHHHH!!!"jerit Helena.

******

Haii semua!!

ENJOY YOUR READS!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience