Welcome back Malaysia!Helena gembira dapat menjejakkan kakinya ke tanah air kembali bukan dia tidak suka kat Paris tapi dia lebih suka keadaaan dan cuaca Malaysia.
Harriz hanya tersengih melihat gelagat isterinya.
"El ,aku kene pergi office dulu ada hal sikit!Kau balik rehat dulu ea?"
"Alah awak ni kita baru je balikkan rehat lah dulu esok boleh je pergi?" Helena mencebik.Baru habis honeymoon dah kerja ingatkan nak cuti dulu ke ni tak terus dengan kerja dia.Huh!
"Sorry tapi aku dah tinggal office lama.Don't worry love sekejap je"
"Haa yelah,awak balik lambat tidur luar!"
Harriz sudah tergelak.Macamlah Helena berani buat Harriz dah lah bantal peluknya setiap malam.
****
Sampai sahaja rumah Helena terus bersihkan diri,badannya dah melekit akibat duduk dalam pesawat.Selesai sahaja dia terus rehatkan badan.Dia tiba-tiba teringat dekat sara.Pelik?Kenapa perempuan tu dah lama tak nampak ke dah mampus?Kalau dah mampus baguslah tiada lah dia risau dekat Harriz.
Helena bangun dari lenanya dia dapat rasa ada tangan melingkar di pinggang dia memusingkan badannya.Dia tenung wajah lelaki di depannya dia mengukirkan senyuman.Sekali-sekali dia mengusap pipi milik Harriz.Bila Harriz tidur je dia berani buat kalau tak dia malu.
"Saya sayang awak Harriz!Apa pun dugaan yang datang dalam rumah tangga kita saya akan sentiasa di sisi awak.Kalau awak tak sanggup kehilangan saya,saya lagi tak sanggup!Saya hanya ada awak.You will be mine forever!Helena Sofia hanya untuk Tengku Harriz Fareeq." Helena berkata perlahan tak nak bangunkan Harriz.
Dia bangun lalu menuju ke dapur untuk sediakan masakan.Mak Senah?Sudah meneruskan hidup nya di kampung dengan membesarkan seorang anak angkat.Katanya dia nak kami hidup sebagai suami isteri.Puas juga kami memujuknya tapi Mak Senah tetap berkeras.Setiap bulan Harriz akan melawat Mak Senah dan mencukupkan keperluan Mak Senah.Aku bersyukur mempunyai suami seperti Harriz.Walaupun sikapnya dingin tapi hatinya baik.
****
Harriz yang sudah memastikan Helena keluar dengan mendengar pintu ditutup perlahan.Dia tersenyum dengan kata-kata Helena.Dia tahu isterinya malu!Sebenarnya dia baru balik dan baru sahaja ingin tidur dia dapat rasakan Helena sudah berjaga dan menghadap tubuhnya ke arah Harriz,Harriz pantas menutup mata.
****
Baru sahaja Helena ingin menyiapkan sarapan dia terdengar pintu utama diketuk.Helena membuka,alangkah terkejut bila melihat perempuan di depannya.Siapa lagi kalau bukan Sara!
"Masuklah Sara"
"Aku tahu lah rumah ni nanti akan jadi rumah aku jugak dan masa tu aku akan halau kau dari rumah ni"
'Eleh nak halau aku konon!Kalau kau tahu aku isteri Harriz kau yang aku halau!'gumam hati Helena.
Helena membiarkan Sara dan menuju ke dapur untuk melakukan tujuan asalnya.Sara yang geram dengan Helena mengikut jejak Helena.
Helena hanya berselamba badak dan mula memasak.
"Eh kau ni memang tak ada adab ea?Aku ni tetamu kau sepatutnya layan tetamu bukannya kau biar aku tunggul kat depan"
Helena hanya mendiamkan diri malas dia nak layan minah gila ni.Dia cuba sabarkan diri kalau tak ada yang kena hempuk dengan kuali panas ni!
"Aku cakap dengan kau ni perempuan gila!" Sara rentap tangan Helena.
"Eh,kau le yang gila!datang rumah orang buat huru-hara pulak apa kata kau duduk diam kat depan sana tengok tv ke tak pon lagi bagus berambus je dari rumah!Buat semak kepala otak aku je!" Helena mula tidak tahan sabar.
"Suka hati kau je halau aku.Kau ingat kau siapa?Kau tahu tak aku ni bakal tunang Harriz and kau tu tak ada apa-apa dengan Harriz"
"Dengan tittle bakal tunang tu apa yang dibanggakan sangat dengan tittle dengan isteri kan?Lagipun aku lebih berhak dalam rumah selain daripada Harriz.Dan aku nak guna hak aku dengan kau berambus dari rumah!Jangan kacau aku nak masak,kang kuali yang aku nak guna untuk masa aku hempuk kepala kau"
Harriz yang mendengar suara Helena bergaduh dari arah dapur terus menuju ke dapur.Dia mengeluh perlahan bila melihat Sara.Dia berdehem bagi menarik perhatian mereka yang sedang bertengkar.
"You!Tengoklah perempuan gila.Dia halau I !Dia bukannya siapa-siapa pun nak halau I"
Harriz hanya menarik Sara ke ruang tamu.Helena mengomel bila mendegar suara gedik Sara.Tak kuali,kaki aku bagi!
****
"Ni I nak tanya.Apa maksud minah tu dia cakap yang dia lebih berhak dalam rumah ni selain dari you?You ada sorok apa-apa ke Harriz?"
Soalan Sara diendahkan.
"Kau duduk sini diam-diam jangan kacau El masak"
Lalu Harriz pergi.Sara menghentak kaki kegeraman.
****
"Hai good morning!" sapa Harriz.Helena hanya ketatkan muka.Harriz memusingkan tubuh Helena menghadapnya.Helena menunduk.
"Aku tahu kau terasa dengan perempuan tu tapi jangan lah muncung dengan aku.Nanti aku boleh nak pergi kerja."
"Saya tak terasa tapi saya ni geram dengan minah gila tu!Datang rumah orang buat bising nasib saya masih sabar kalau kuali ni saya hempuk kepala dia tu"
"Amboi,garangnya isteri aku ni!Dah pergi sambung masuk jangan muncung.Me love you!"
Helena tersenyum tawar.
Sara yang melihat kemesraan Harriz dengan Helena sudah menghentak kaki.Lalu dia kembali ke ruang tamu.Raf dan Daus datang,mereka pelik dengan kehadiran Sara tapi diendahkan lalu menuju ke dapur di mana Harriz dan Helena berada.
"Apahal minah tu datang pagi-pagi?"Raf terlebih dahulu tanya sebelum Daus.
Harriz hanya mengangkat bahu lalu menolong Helena menghidangkan makanan di atas meja makan.Sara dengan sendirinya datang ke meja makan kerana terdengar seperti orang bergurau senda.Keadana menyepi bila Sara datang.Belum sempat Helena mengambil tempat di sebelah Harriz,Sara mendahului tetapi dihalang oleh Harriz.
"Kau duduk situ"Harriz mengarahkan Sara duduk didepannya.
"Kenapa pulak?Apa pasal nak bagi minah ni duduk sebelah you?"
"Dah tumpang makan tu buatlah cara menumpang tak payahlah buat kacau kat sini"sindir Raf.Daus hanya mengiyakan.
Sempat lagi Sara menjeling ke arah Helena tapi Helena seperti biasa buat tak tahu.Mereka makan sarapan dengan penuh selera dan tiba-tiba ideanya terkeluar.
Sara batuk lalu berlakon muntah menuju ke singki.Harriz memandang Helena tetapi Helena mengangkat bahu.
"Eh,kau bagi aku makan apa ni?Kau nak aku mampos ke?Harriz you jangan makan perempuan ni letak racun"
"Eh,selama ni kitaorang makan helok je tak de pulak rasa nak mati kau je yang melebih.Kalau dah tahu tak boleh makan makanan orang kampung pergilah restoran mahal tempat yang kau selalu bazir duit!Bukannya datang rumah orang pagi-pagi lepastu memekak"Daus bersuara setelah lama berdiam.
Harriz hanya membuat keputusan mendiamkan diri.
Selepas sarapan Raf,Daus dan Harriz berbual di ruang tamu manakala Helena dan Sara masih di dapur.
Sara sudah idea jahat.Helena yang sedang membuat air untuk 3 jejaka.Sara mengambil cawan yang ada air panas lalu sengaja menuangkan air panas ke tangan Helena.
Helena sudang mengerang kesakitan.Dia tersenyum jahat tapi cepat-cepat berubah bila 3 lelaki datang ke dapur.
"Harriz I'm sorry I tak sengaja!"
"Eh perempuan,kau berambus sekarang kau fikir kitaorang bodoh?" Raf sudah mengamuk.Dia tahu sangat taktik Sara.
Sara yang ketakutan akibat kena tengking dengan Raf berlari anak keluar dari rumah tu.Sebelum dia keluar Harriz bersuara.
"Sekali lagi kau sentuh isteri aku,kau mampos!"
Harriz membawa Helena masuk dalam bilik manakala Raf dan Daus menunggu ketibaan doktor peribadi selaku juga sebagai sahabat mereka iaitu doktor Faris.
****
"Ubat ni kau sapu dekat tangan Helena supaya merah tu hilang.Satu hari tukar dua kali balutan.Pagi dan malam.Nasib baik tak melecur."
"Nasib baik kalau tak hancur muka perempuan tu aku kerjakan suka hati dia je simbah air panas dekat adik aku!" marah Raf masih belum surut.Daus menenangkan Raf.
****
Helena tenung muka Harriz yang sedang menukar balutan ditangannya.
"Aik takkan duduk serumah,sebilik pun masih tak puas tengok muka aku yang handsome ni?"
"Lah takkan nak tenung muka suami pun tak boleh,cik abang?"
Harriz sudah tersengih lalu mencuit hidung Helena.
"Terima kasih tolong saya tukar balutan"
"Hmmm takkan terima kasih hadiah tak ada?" Harriz sudah tersenyum nakal.
Muka Helena sudah berubah menahan malu.Lalu 'hadiah' diberi.Dengan pantas Helena menarik selimutnya menutupi kepala.Harriz sudah terhambur gelak.
Share this novel