satu

Romance Series 1849

Kereta Honda City kelabu miliknya diparkingkan cermat di suatu lot di basement syarikat.

Uzzam mengambil beg dan segala failnya sebelum keluar daripada kereta dan dikunci. Sempat dia menegur beberapa kenalannya yang kelihatan turut sama hendak ke pejabat.

"Hai Encik Zam... awalnya Encik sampai pagi ni." suatu suara menegurnya dari belakang menarik perhatian Uzzam.

Kepala ditoleh seraya mengukir senyuman gulanya.

Anis berlari anak ke arahnya untuk bergandingan dengan senyuman.

"Ah ye.. Saya sengaje datang awal. Ade bende nak kene buat sikit. Anis selalu datang awal macam ni ke? Bagusnya.." Uzzam mula berbual dengan salah seorang staffnya. Anis Damia.

Selalunya dia tidaklah seawal itu. Disebabkan ada tugasan yang tertunggak, Uzzam merajinkan diri untuk datang awal.

"Eh tak la Encik Zam. Anis selalu datang pukul 8 lebih.. tak sangka pulak dapat jumpa Encik Zam. Encik Zam apa khabar? Sihat?" Anis mula beramah mesra.

Uzzam tahu wanita itu ada menyimpan hati padanya. Tetapi dia masih senang jika berseorangan saja buat masa ini.

Eh. Kejap..

Wanita berambut panjang tinggi lampai itu dikerlingnya. Anis masih lagi ramah berbual tanpa henti.

'Dia ni pun boleh agaknya...' fikir Uzzam.

'Sesuai ke nak jadi isteri aku? Ahh.. nanti la pike.' tergeleng-geleng kepala Uzzam luar sedar.

"Encik Zam? Kenapa ni? Tak sihat? Pening ke?" soal Anis bertalu-talu.

"Eh tak la.. Saya terfikirkan sesuatu. Anis cakap ape tadi?" Uzzam hanya melayan saja bicara ramah Anis sambil berjalan menuju ke bahagian lif. Tiba-tiba..

"Anis!"

Dengan sekali rentap, dia menarik lengan Anis apabila suatu motosikal agak laju menuju ke arah wanita itu semasa dia melintas.

"Awak okay tak ni?" soal Uzzam caring. Pandangan dibuang pula pada si penunggang motosikal.

Si dia menghentikan motosikalnya betul-betul bersebelahan bahagian lif dan membuka helmet.

Uzzam kenal wanita itu. Husna, staff financial. Budak pejabat sebelah.

"Anis okay Encik Zam.. Siapa tu? Kurang aja betul! Bawak la moto elok-elok." sedikit bengang Anis sambil turut memandang ke arah yang sama.

Tak semena-mena, wanita tinggi lampai itu terus melulu ke arah Husna yang sedang membuka jaketnya.

"Hei! Oo awak rupanye. Awak tahu tak awak hampir langgar saya tadi? Lepas tu awak boleh buat bodo je" tegur Anis sedikit kasar. Masih bersisa marahnya.

Husna membuang pandang dengan wajah bosan. Kening kanan diangkat kerek.

Uzzam tahu akan ada perbalahan nanti. Dia mengikuti langkah Anis agar mereka tak berterusan bergaduh nanti.

"Habis tu? Kau nak aku buat apa?" Husna membalas dingin.

Dia turun daripada motosikalnya dan berdiri megah menghadap Anis walaupun sedikit mendongak memandang wanita itu.

"You should show some respects to other. Kalau saya kene langgar tadi macam mana? I'll sue you." ugut Anis sambil menunjuk ke arah muka Husna.

"Anis. That's enough." Uzzam cuba meredakan amarah Anis. Hujung baju wanita itu ditariknya sedikit. Jarang dia melihat wanita itu naik angin.

"Cik.. Cik tak sepatutnya buat macam tu. Bawa motosikal laju-laju di kawasan basement. Bahaye. Kalau Cik terlanggar sesiapa macam mana? Nasib baik tiada sesiapa yang cedera." Uzzam cuba berdiplomasi cermat.

Tak mahu ada pergaduhan seperti yang dilakukan Anis tadi.

Husna mengeluh lemah dan diam sebentar. Wajah Uzzam ditatap kosong bagai memikirkan sesuatu.

"Jadi Encik nak kata yang saya yang salah? Begitu?" soalan Husna membangkitkan amarah Anis kembali. Wanita itu menyampuk,

"Dah memang salah awak! Awak yang hampir langgar saya jadi sekarang awak nak salahkan siapa? Saya? Apologize, now!" tegas saja suara Anis cuba menegakkan keadilan.

"Aku tak akan minta maaf. Ianya salah kau, bukan aku. Sudahlah. Tepi, kau menghalang laluan aku."

Husna melanggar bahu Anis dan sedikit pun tidak memandang ke arah Uzzam di sebelah. Bagai tidak wujud saja.

"Ee! Tengoklah tu Encik Zam. Anis benci betul la orang macam tu. Dah la berlagak, sombong pulak tu. Encik sepatutnya beritahu je pada Mr. Yong pasal perempuan tu. Huh!"

Anis berpeluk tubuu dan menghentak beberapa kali kakinya tidak puas hati. Uzzam juga turut tergeleng-geleng melihat pergaduhan wanita-wanita itu.

"Sudahla tu. Nak buat macam mana.. Awak maafkan jela die. Jom la naik." ajak Uzzam pada Anis, tak mahu melayan sangat baran wanita itu.

Ketika sampai saja pada bahagian lif, lif hendak ditutup. Husna di dalam tidak langsung membantu menekan butang 'buka' kepada mereka.

Sebaliknya hanya membiarkan saja pintu ditutup dan sibuk dengan phone di tangan.

"Sombong betul." gumam Anis perlahan, tapi masih boleh di dengari Uzzam di sebelah.

"Teruk jugak perangai si Husna tu." komen Uzzam juga.

Dia juga perasan akan perangai Husna walaupun tidak sepejabat. Seorang yang selalu berwajah ketat dan pendiam.

'Kalau yang ni.. aku reject jadi bini. Kene tolak awal-awal daripada list.' rungut Uzzam seorang diri.

Apabila lif sampai, mereka berdua pun naik ke aras 7 sambil berbual sesekala.

Pejabat ditujui.

"Okay la Anis. Saya masuk dulu ye." pamit Encik Zam sebelum mahu ke biliknya di hujung pejabat.

"Okay Encik Zam." riang saja suara Anis menjawab. Senyuman cantik wanita berkulit cerah itu sentiasa menawan dimatanya.

Uzzam turut membalas senyuman Anis. Pada tika itu sudah ada beberapa orang staffnya.

Dia berjalan pergi, sempat Uzzam menegur sapa juga pekerja-pekerja cleaner nya yang datang membersihkan pejabat sebelum waktu pejabat bermula.

Tubuh dilabuhkan di atas kerusinya. Dibiarkan kerusinya sedikit kebelakang sehingga dia mampu mendongak ke siling.

Senyumannya terukir sendirian.

'Anis Damia ye.. not bad.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience