prolog

Romance Series 1849

Bunyi penggera mengejutkan Uzzam daripada tidurnya. Tanpa membuka mata, tangan menggagau mencari arah bunyi yang mengganggunya.

Phone di atas meja katil di sebelah ditutup malas. Mata yang berat dibuka digosok sesekali menghilangkan ngantuk.

Uzzam mengesot perlahan, menyandar di kepala katil. Masih mamai.

Nampaknya kehidupan hariannya akan berjalan seperti biasa. Membosankan.. Tapi sebagai seorang dewasa, itulah rutinnya.

Bangun pagi, kerja, balik, rehat, melepak, tidur.. bangun tidur semula..

Segalanya berpusing di tempat dan aturan yang sama saja.Dia sudah terbiasa dengan semua itu.

Uzzam menggeliat kecil sebelum bangun dari baringnya, menuju ke bilik air. Semua pakaian di tubuh dilucutkan dan dibuang ke dalam bakul bujangnya. Kain tuala di penyidai diambil sepintas lalu.

Dia membersihkan diri dan bersiap untuk ke pejabat. Rakan-rakan sewa serumah dengannya tiada yang kelihatan.

Uzzam bersarapan sendirian sambil memikirkan perbualannya dengan si ibu beberapa hari yang lepas.

"Mak nak orang buat apa?!" sedikit meninggi suaranya akibat terkejut.

Wanita sekitar umur 60an itu ditatap tidak percaya. Tak dia sangka ibunya itu punya rencana untuk memperkenalkannya dengan anak kepada kenalan ibunya.

"Ala hang ni.. Wanie anak Mak Cik Izah tu elok apa? Keje cikgu.. baik, cantik pulak tu. Hang tak mau ka?" Pn Raudah cuba memujuk.

"Ish mak ni.. haritu Tisha, si Lina, ni Wanie pulak. Haih.. orang tak mau la si Wanie tu. Orang tak kenan care die." Uzzam tayang wajah mencuka.

"Itu tak kenan.. ini tak kenan... bilenye hang nak kawin? Nak tunggu datang bidadari sempurne dulu? Hang pun satu, nak yang elok ja semua. Hang pun bukannya elok mana." balas Pn Raudah memerli.

"Nanti ade la yang orang kenan tu. Jodoh tak sampai lagi.." balas Uzzam malas.

Dia lemah sungguh bab-bab rumahtangga ni. Sudah beberapa bulan hal ini berlarutan.

"Macam mana jodoh nak sampai kalau hang tak usaha?"

"Doh tu kalau hang tak mau mak kenankan kat hang, hang bawak jumpa mak mana yang hang kenan sangat tuh. Along haba' kat mak hang banyak ja awek. Bawak mai sorang.. mak nengok elok ke tidak." Pn Raudah mengalah. Cuba mencari jalan lain.

"Tsk. Itu awek-awek part-time je la mak.. orang bukannya serius pun dengan depa semua." keluh Uzzam lemah.

'Tak guna punya along.. berani hang haba' kat mak aku ramai awek. Cis.'

"Habis tu? Bilenya nak serius? Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Nunggu hang kawin ni macam nunggu ayam jantan bertelo' ja. Susah sangat." bidas mak pantas.

Taguna taguna..

"Bende ni mak.. bukannya orang boleh pilih-pilih sesuke hati. Orang pun tak nak la terpakse setuju dengan sesape yang orang tak suka.." Uzzam bercakap lemah.

Tiada lagi mahu melawan. Reda jela..

"Nanti la orang usehekan. Mak tak yah risaula. Tau la orang, orang yang akan kawin, bukannya mak." rimas sungguh!

"Huh, iye la tu. Entah berapa lagi la.. mak suruh carikan mak menantu. Bukannya cari hantu. Susah bebeno. Hang tu makin tua tau dak? Umur pun dah nak masuk 40. Risau jugak hang ni tak kawin-kawin. Pi la cari sesapa.."

Celoteh Pn. Raudah lagi-lagi dan lagi..Uzzam hanya mampu menadah telinga. Wajah cemberut anak lelaki bongsunya itu dikerling apabila Uzzam bersuara lagi menyatakan pendiriannnya.

"Zam tak puas lagi hidup membujang la mak.. nanti kalau kawin, kene ade tanggungjawab pulak. Leceh la. Baik Zam jage mak je." balas Zam malas.

Rambut diraup kebelakang beberapa kali. Gusar.

Masih mahu melawan anak teruna tua sorang ni!

"Hang tak nak ka ade orang rumah sendiri? Ade orang jage makan minum pakai hang.. ade anak sendiri.. keluarga sendiri.. nanti sampai menua la hang sorang-sorang." Bla..bla..bla..

Uzzam pasrah. Dia hanya tayang wajah bosan memandang si ibu sambil nenongkat dagu. Tua sangatkah untuk lelaki berumur 37 tahun sepertinya tidak berkahwin?

Masalah betul..

"Woi! Mengelamun apa bro?" tepukan bahunya daripada belakang menghentikan lamunan Uzzam.

"Oh Mal.. Aku tak perasan kau pulak turun. Kau tak gi keje ke harini?" soal Uzzam sekadar berbasa-basi apabila melihat rakannya itu masih tidak bersiap untuk ke kerjanya seperti biasa

"Tak.. aku off day la. Petang ni aku nak balik kampung. Dua hari. Kau tengok-tengokkan la Putih tu." Pesan Akmal.

Putih adalah kucing jalanan yang selalu datang ke dapur rumahnya untuk mencari makan. Akmal lah yang selalu memberi Putih makan setiap hari.

"Ye.. nanti aku tengokkan die. Dah la tu bro.Aku gerak dulu. Lambat pulak nanti." Uzzam mengangkat pinggan dan cawannya ke dapur untuk dibasuh.

Beg kerja diambil dan dia memanaskan kereta sebentar sebelum terus memulakan perjalanan ke tempat kerja.

Dalam otaknya masih berlegar-legar perdebatan parlimen dengan Pn Raudah.

'Mak nak sangat orang kawin kan.. tunggulah. Orang carikan menantu kat mak.'

Dia sudah punya rencana dimana dia mahu memulakan pencariannya. Iaitu..

'Budak perempuan ofis aku dengan ofis sebelah pun ramai. Nanti aku tanye la kat Kak Timah mana yang elok.' fikirnya sendiri.

Fatimah adalah pekerja senior yang amat rapat dengannya. Wanita itu sudah berumur 50an tetapi masih aktif bekerja dan amat menyenangkan.

Mungkin wanita itu boleh membantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience