dua

Romance Series 1849

Tengahari.

Uzzam malas mahu makan di luar jadi dia hanya memesan makanan daripada setiausahanya saja, Sofhina.

Interkom di sebelah pcnya ditekan, menyambung panggilan kepada Sofhina.

"Ya Encik Zam? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" jawab Sofhina formal.

Setiausahanya itu masih lagi baru bekerja dalam sebulan lebih dan hubungan mereka masih belum serapat staff-staff yang lain.

"Masuk sekejap." arah Uzzam ringkas.

Tak seberapa lama, kedengaran pintu diketuk sedikit sebelum dibuka. Sofhina menghampiri sopan beserta senyuman.

"Ya Encik Zam?" soalnya lagi.

Uzzam mencuri pandang Sofhina. Sengaja dia mahu meneliti semua mangsa yang berkemungkinan untuk dia jadikan isteri. Terdesak.

"Ah ye.. lupa saya nak tanye pada awak, paperwork Mr. Yong tu awak dah ambil untuk saya teliti berapa peruntukan wang untuk kite lancarkan produk baru tu?"

Sengaja Uzzam memasuki tajuk kerja agar perbuatannya tidak terlalu terlihat jelas.

"Maaf Encik. Saya rasa Encik tak ada minta pun sebelum ni. Nanti saya akan inform pada bahagian kewangan untuk serahkan jumlah peruntukannya pada Encik segera. Ada apa-apa lagi Encik Zam?"

Sofhina menjawab tenang dan sangat profesional.

Uzzam sedari tadi menilai Sofhina. Berkulit sawa matang, bercermin mata bulat, tubuh badan dan berketinggian sederhana. Tapi seorang yang pandai berfesyen dan sangat cekap.

"Tak ada apa. Itu saja. Dan tolong belikan saya lunch nanti, boleh? Awak nak makan di mana?" soal Uzzam lagi.

"Am.. saya nak makan fast food Encik Zam. MCD. Encik tak kisah ke?" soal Sofhina ragu-ragu.

"Ye.. saya tak kisah. Awak pun makan jela macam biase. Saya boleh je makan lambat sikit. Tolong ye. Ni duitnya. Saya belanja awak sekali." pinta Uzzam lagi.

Sehelai not 50 dihulurkan pada Sofhina dan wanita itu terus mengambilnya. Sofhina mengangguk dengan senyuman.

"Encik nak makan apa? Nanti saya orderkan." Tersenyum lebar Sofhina bertanya.

"Saya tak kisah. Sama macam awak punya pun takpe." Uzzam masih dengan lakonan baiknya.

"Baik Encik Zam."

"Awak boleh keluar sekarang."

Wanita itu pun keluar dengan cermat. Suka juga Uzzam tentang Sofhina. Tak pernah lagi Sofhina melakukan perbuatan dan sikap yang buruk di matanya.

Tetapi dia perlu lebih menilai wanita itu kerana sepertinya dia masih belum mengenali Sofhina sebetul-betulnya.

~~~~~~~~~~~

Pintu kaca itu dibuka setelah mendapat kebenaran Uzzam. Fatimah masuk dengan selamba.

"Bos nak apa suruh akak datang ni. Nasib baik akak tak makan luar tau." tegur Fatimah atau lebih mesra dengan Kak Timah oleh staff-staff dan Uzzam juga.

"Kau dah makan ke kak? Kalau belum, pergi la makan dulu. Nanti masuk balik." ujar Uzzam. Tidak mahu menganggu Fatimah jika wanita itu sibuk.

"Akak puase la bos. Ni, ada apa-apa ke nak cakap dengan akak? Gosip ek?" Kak Fatimah terus masuk ke topik perbualan.

Sangat sporting. Sebab itulah hubungan dia dengan wanita itu bagai adik dan kakak memandangkan dialah yang paling tua dan merupakan staffnya yang paling lama iaitu semenjak 10 tahun yang lalu.

"Bukan gosip la.. Aku ade problem sebenarnye ni. Nak mintak tolong kau, kak " Uzzam meluahkan isi hatinya.

Dia yakin sangat Fatimah mampu menolongnya memandangkan wanita itu juga punya anak-anak yang sudah berumah tangga. Pasti amat membantunya.

"Ha problem apa bos? Share la." soal Fatimah ingin tahu.

"Tolong aku carikan yang terbaik..boleh?" soal Uzzam penuh pengharapan.

Kening Kak Fatimah terangkat sedikit dengan dahi tuanya sedikit berkerut. Tidak memahami.

"Mak aku.. die suruh kahwin. Masalahnya aku takde calon." beritahu Uzzam tanpa segan silu. Dia sudah terbiasa dengan Fatimah.

"La.. itu rupenye, kahwin... Apa nak jadi masalah bos. Ni, dekat office kite pun banyak je anak dare. Janda pun ade kalau bos nak. Hahaha." ketawa suka Fatimah apabila melihat Uzzam menjelingnya.

"Memang la aku ingat nak cari kat office ni je.. tak pun office sebelah ke.. yang dekat-dekat a. Masalahnya, kau rase kan kak, sape yang sesuai ek aku buat bini?" soal Uzzam serius.

"Bos takde suke sesiapa ke? Takde buah hati? Si Anis tu? Bukan main rapat lagi akak tengok kau orang." tersengih kambing Kak Timah menampakkan lesung pipitnya.

"Hmmm.. Anis tu pun okay kot. Tapi just okay jela.. Entah la kak. Kalau boleh, aku nak cari yang betul-betul bagus untuk aku buat bini. So nak kene check dulu la mane pilihan yang ade." kata-kata Uzzam menyebabkan Fatimah menghamburkan ketawa.

"Asal kau gelak kak? Aku tengah serius ni." cemberut wajah Uzzam apabila Fatimah mengetawakannya. Salah ke kata-katanya?

"Takde la.. bos ni. Boleh pula ade check check . Alahai.. takpe bos. Bia akak yang bantu bos kalau nak cari isteri. Kite start dengan office ni dulu. Bos rase siapa yang sesuai?" bersemangat saja Fatimah gamaknya.

Sudah seperi ejen pencari jodoh lagatnya. Lantaklah..

"Eh aku mintak tolong kau, kau tanye aku balik. Kau kan dah jadi nenek-nenek, kau la yang pilih. Kau kan ade pandangan seorang wanita, ha.. mesti kau boleh judge orang punye. Amacam kak?" soal Uzzam kembali.

"Ouh.. boleh boleh boleh. Boleh sangat! Ee.. ni yang tak sabar ni. Okay, siape ek yang akak nak. hmmm.." Kak Fatimah terkinja-kinja kecil akibat teruja.

Tangan naik mengetuk dagu beberapa kali sambil berpura-pura memandang ke atas. Haih.. tak padan dengan usie.

"Akak rase kalau yang okay dalam ofis kite ni, si Anis.. Hazalina.. Zura dengan Sofhina. Itu jela. Kalau bagi akak la." beritahu Fatimah selepas beberapa ketika berfikir.

"Kenapa tak nak Lisa dengan Yana? Tak elok?" soal Uzzam ingin tahu.

Dua orang pekerja itu pun agak menarik baginya tetapi tidak pula termasuk dalam pilihan Fatimah.

"Haih.. itu la bos. Nak pilih berdasarkan rupa paras je. Rupa ni akan dimamah usie tau satu hari nanti. Hati dan sikap tu kite kene tengok jugak."

Tak pasal-pasal dia diceramahkan oleh nenek ini pula. Sudahlah lebih kurang sebaya ibunya saja.

"Yela yela.. tapi elok apa due orang tu. Baik je aku tengok si Lisa dengan Yana tu." Uzzam masih tak puas hati.

Di dalam pejabatnya, Yana lah perempuan melayu paling lawa. Manakala Lisa pula berasal daripada keluarga berada dan agak popular di kalangan pekerja kerana sikap dan perwatakannya.

Musykil.

"Ish bos ni.Tadi suruh pilih. Kalau tak percaya, Meh sini bia akak gosip dengan bos." Kak Timah memandang ke luar tingkap kaca Uzzam yang boleh melihat ke pejabat luar.

Ada beberapa orang staff tetapi semuanya tidak menumpukan perhatian pada mereka.

"Si Yana tu seksi sangat.. akak tak suka. Walaupun dia tu bagus dan kemas je orangnya.. tapi pemakaian dia tu akak tak kenan." cemberut wajah tua itu menyatakan ketidaksukaannya.

"Ala.. kalau lepas kawin, boleh je dia ubahkan? Biase la tu hidup membujang lagi." soal Uzzam lagi, tak mahu kalah.

"Bos rapat ke dengan Yana tu? Bos kenal peribadi dia macam mana? Akak ingat bos kate nak yang terbaik tadi." soal Kak Timah bertalu-talu dengan sedikit perlian.

Seperti dalam perdebatan pula. Uzzam mengangguk mengalah. "Yela.."

"Bagi akak Yana dengan Lisa tu terlalu bersosial. Tengoklah akaun ig diorang, followers memang la beribu-ribu. Orang famous kan. Tapi tu la.. Sikit-sikit nak post, sikit-sikit nak post. Haih..naik meluat akak nengoknye." macam luahan perasaan pula yang Uzzam rasakan.

Hai akak ni boleh percaya ke tak ni?

"Lepas tu, ni mai akak nak cakap ni, die tu, Ya Allah.. berlagak gile dengan akak. Cakap pun nak tak nak je. Die mane masuk geng-geng biase ni, sebab tu asyik melekat je dengan geng die. Sudahlah tak nak bergaul, sombong pulak tu." luah Kak Timah bertalu-talu.

"Hmmm... boleh caye ke ni kak? Ke.. ni hal peribadi akak ni? Ha?" soal Uzzam mencuka.

"Heheheh. Mungkin. Eh lupekan la apa akak cakap tadi. Mungkin akak terluahkan pulak perasaan pada bos. Haha."

"Tapi kalau Bos betul-betul nak kenali diri mereka yang sebetul-betulnya untuk dibuat isteri, akak cadangkan bos perhatikanlah mereka dalam diam."

"Citarasa bos..tak sama dengan citarasa akak. Akak hanya boleh beri nasihat je mane yang elok, mane yang tak.Tapi kalau hati bos dah berkenan, akak tak boleh nak cakap apa." terang Kak Timah cermat.

Uzzam mengeluh berat sambil mendongak memandang siling. Susahnye...

Perlukah dia mencari sendiri? Ataupun setuju saja dengan pilihan ibunya? Wanie? Tisha? Lina?

Haih.. dia betul-betul tak mahu dengan wanita-wanita itu. Entah mengapa hatinya tidak mahu.

Mungkin kerana mereka berkawan semenjak kecil hingga ke besar. Perasaan cinta itu tak akan wujud, dia hanya menganggap tak lebih dari seorang rakan saja.

Kak Timah pun diam memikirkan sesuatu sambil memandang ke arah Uzzam lama. Kesian anak teruna itu, ligat memikirkan masalahnya.

Agak lama tiada sesiapa bersuara, bagai berfikir sendirian buat seketika sebelum Fatimah mula teringatkan sesuatu.

Senyumannya terukir nipis, cuba disembunyikan.

"Bos. Akak tahu siapa yang paling bagus dan terbaik untuk bos." suara Kak Timah menarik perhatian Uzzam.

Dia kembali memandang Kak Fatimah dengan tanda tanya pada wajahnya.

"Tapi..... mungkin bos tak akan suka dengan pilihan akak." ragu-ragu juga Fatimah mahu menyuarakan pendapatnya.

"Ish akak ni. Bagitahu jela. Siapa yang akak maksudkan tu?" terlihat sedikit sinar pada pandangan Uzzam.

Jika tadi Kak Timah hanya merasakan pilihan-pilihannya sekadar 'okay', kali ini Fatimah kelihatan lebih yakin. Membuatkan Uzzam tidak sabar mahu mendengarnya.

"Bos tak rapat pun dengan dia. Entah-entah bos tak kenal pun die siapa." Kak Timah sepertinya sedikit berdolak-dalih daripada memberitahu kepada Uzzam.

"Akak Bagitahu je dulu. InsyaAllah saye kenal. Cepat la kak.. siapa perempuan tu?" gesa Uzzam. Excited.

"Dia budak office sebelah.." beritahu Kak Timah lambat-lambat sambil memandang teliti wajah Uzzam. Gusar.

"Siapa yang akak maksudkan? Sasha? Sindy? Hana? Atau.. Emylia?" semangat saja Uzzam bertanya.

"Amm.. dia.. dia.." ternanti-nanti Uzzam, wajah Kak Timah tak lepas dari pandangannya.

"Husna."

"Ha?!"

"Ye.. Husna. Akak rase dia yang paling sesuai dengan bos. Lagipun die memang ade hati dengan bos." jawab Kak Timah perlahan.

Raut wajah terkejut dan cemberut Uzzam dipandang takut-takut. 'Aduh.. diorang ade masalah ke?'

"Perempuan sombong dan berlagak tu terbaik untuk aku? Seriously?" berkerut wajah Uzzam bertanya pada Kak Timah.

Ternyata tidak suka dengan apa yang baru saja dikatakan Fatimah tadi.

"Bos tak kenal diri die yang sebenar lagi.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience