tiga

Romance Series 1849

Kata-kata Kak Fatimah beberapa hari lepas masih bermain di fikiran Uzzam walaupun dia cuba untuk tidak memikirkannya.

'Husna.. apa yang hebatnye perempuan muke ketat tu? Nak kate lawa tu, tak la lawa sangat. Baik? Hmmm.. nope.' fikir Uzzam.

Senang cerita perempuan tu takde attraction la!

Entah mengapa Fatimah mencadangkan wanita itu kepadanya. Terbaik? Are you kidding me? Lantaklah.

Kini Uzzam mula merapatkan diri dengan Sofhina dan Anis untuk menilai wanita-wanita itu untuk dibuat suri hidup.

Dia sudah nekad untuk menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai pilihan hatinya.

Semasa waktu lunch pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Fikir Uzzam, dia mahu membawa Sofhina makan di luar, tetapi terbantut pula niatnya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Selepas mendapat kebenaran, Sofhina menjenguk ke dalam.

"Sorry ye Sofhina. Hari ni saya tak dapat nak bawak awak makan luar macam yang saya janjikan kelmarin. Kite ke cafeteria je boleh?" Uzzam tayang senyumnya.

Sofhina seperti biasa tidak pernah membantah kata-katanya, hanya anggukan yang diterima.

"Saya tak kisah Encik Zam." mereka berdua bergerak pergi ke cafeteria bersama beberapa orang lagi staff yang turut mahu ke sana.

Termasuklah Anis.

Wajah wanita itu cemberut saja apabila melihat kemesraan bos dan pa.nya itu. Dia hanya mampu memandang ke arah sepasang pasangan itu.

'Encik Zam ni nak mainkan Anis ke? Siapa yang Encik Zam mahu sebenarnye? Ania atau Sofhina?' getus hati Anis sambil melihat Uzzam dan Sofhina berbual rancak ke cafeteria.

Mereka duduk semeja seramai 6 orang dan menjamu selera selepas mengambil makanan.

"Bos dengan Sofhina ni ade apa-apa ke? Rapat semacam je kitorang tengok." Rafiq, salah seorang staff lelakinya menegur.

"Hahaha.. takde la. Kami teman je." nafi Uzzam. Sofhina di sebelah sudah ketawa suka sambil tersenyum malu.

"Teman.. tapi special kan? Sweet la bos ni." Hazalina menyampuk, sengaja mahu bergurau.

"Tak ade la. Tak baik tau cakap orang macam tu, kan Encik Zam?" Sofhina menjawab lembut sambil 'cover' suka.

"Kalau awak setuju pun apa salahnya..? Saya boleh terus masuk jarum. Hahaha." ketawa Uzzam. Ayatnya seperti gurauan, tetapi Sofhina juga dapat merasakan lelaki itu suka padanya.

Dia juga.. mungkin.. sudah mula menyukai Uzzam. Layanan dan tumpuan lelaki itu.. dia sukakannya..

Anis sudah mencuka wajahnya sedari tadi. Dia berpura-pura sibuk dengan makanannya seperti tidak fokus dengan perbualan mereka.

Sakit telinga dan hatinya! Rasa seperti mahu menangis.

Wajah Uzzam yang sentiasa ceria kerana diusik itu dikerling sesekali.

'Kalau Anis bukan sesiapa untuk Encik Zam.. kenapa Encik Zam buatkan Anis rase istimewa? Kenapa perlu Encik Zam mainkan perasan Anis? Ataupun hanya Anis je yang bertepuk sebelah tangan selama ni?'

Monolog hatinya sendu.

Sepasang telinga dari tadi lagi mencuri dengar perbualan kumpulan itu. Husna yang duduk di meja sebelah mampu melihat raut wajah Anis dan Sofhina.

Dia tahu ada sesuatu yang berlaku di sana. Hatinya juga sakit apabila mendengarkan gurauan mengenai Uzzam dan Sofhina tadi.

Rakan-rakan sepejabatnya yang lain seramai 3 orang masih ralit makan dan hanya sesekali bersuara. Mereka seperti sekumpulan introvert dalam office financial.

Walaupun diam dan suka menyendiri, Husna selalu memerhatikan Uzzam. Lelaki yang diminatinya semenjak dua tahun yang lalu.

Mengapa? Dia juga tidak pasti.

Ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Husna dan dia ralit memikirkannya hinggakan makanan yang diambil tadi hanya sedikit saja yang berluak.

Adakah Uzzam serius dengan kata-katanya? Mereka ada hubungankah?

Lagipula Husna mendapat tahu daripada Kak Fatimah bahawa Uzzam sedang mencari bakal isteri.

Kak Fatimah juga sudah memberitahu Uzzam mengenai dirinya dan ternyata Uzzam tidak sukakannya.

Husna sedikit kecewa tetapi dia hanya berlagak seperti tidak mengetahui apa-apa. Dia sedar Uzzam hanya tidak mengenali dia.

Lagipula imej cool Husna perlu dijaga. Sebab itulah wajahnya sentiasa dibiarkan dingin agar tiada yang berani mendekati dia.

"Bella." panggilan Izzati, salah seorang rakannya menarik perhatian Husna.

"Hmm?" Husna hanya memandang sekilas dan kembali menyambung suapannya.

"Kau jeles ke? Aku tahu kau jeles.. kau sabar jela ek?" Izzati menegur perlahan. Hanya sekadar mereka berempat saja yang mendengari.

"Hmm.. nak buat macam mana." pasrah saja jawapan Husna bagai nak tak nak saja melayan. Dia memang begitu.

"Apa kata kau confess je dekat dia betul-betul? Mana tahu dia terima kau ke? Kite ni walaupun perempuan.. kene usehe jugak Bella." Kyra pula menyampuk perlahan. Memberikan dorongan.

Bagi Kyra, Husna terlalu memendam. Hanya sekadar suka dan memerhati dari jauh saja tanpa niat mahu menegur.

Husna perlu cuba memberanikan diri jika dia mahukan orang yang disukainya.

"Aku mana pandai bende-bende macam tu. Lagipun aku ingat nak buat something sebenarnya.. Cuma aku tak tahu okay ke tak." balas Husna pula.

"Apa yang kau cuba maksudkan?" Izzati menyoal kembali. Suara mereka masih perlahan dikelilingi suara riuh cafeteria.

"Aku ingat nak masuk minang dia je kalau susah sangat." jawab Husna direct.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience